BELUM sempat hujung bibir bertemu straw, kedengaran suara garau
datang menegurnya dalam nada teruja. Eline tak jadi sedut jus kiwinya. Kenapa kiwi? Sebab dia tak suka strawberry. Mata tunak pada wajah lelaki yang sudah pun mengambil tempat di depannya. Mata bertentangan dengan pemilik wajah iras pelakon Thailand kegemaran adiknya, Bright Vachirawit."Excuse me. Do I know you?" Pertanyaan dilontarkan pada lelaki asing itu.
"No you don't. But.. would you do me a favour?"Dahi Eline berkerut. Gentleman dah ada dah tapi masalahnya kenal pun tidak, tahu-tahu muncul macam kilat, lepas tu minta tolong macam dah kenal lama. Prank ke apa ni?
"Nopp.. not interested in getting involved with someone I don't know," balas Eline selamba sambil sandarkan tubuh genitnya pada kerusi.
Pandangannya tepat pada lelaki di depannya itu. Tak dinafikan dari segi penampilan fizikal elok sangat rupanya. Tapi itu sedikit pun tidak menjejaskan pertimbangannya.
Bibir si jejaka koyak dengan senyuman. Tidak mudah melatah dengan penolakkan serta-merta gadis cantik di depannya. Ternyata gerak hatinya benar. Gadis di depannya ini bukan jenis yang mudah 'dibeli' dengan kekacakkannya.
"Jangan risau I bukan lelaki jahat. I cuma nak minta tolong je kalau you tak kisah."
Hujung bibir Eline tersungi senyuman sinis. Mana ada orang jahat mengaku dirinya jahat? Eline hela nafaspanjang. Sempat dia kerling jam di pergelangan tangannya.
"Menyamar jadi girlfriend I."
"Excuse me?" Eline mendengus. Terus tegak badannya. Mata mencerlung pada wajah kacak lelaki itu.
"Please..sekejap je."
"Tak berminat. You boleh cari orang lain," balas Eline kembali tunduk ingin menyedut minumannya.Ingat dia ada masa nak terlibat dengan masalah orang lain?
Malangnya, sekali lagi dia gagal untuk basahkan tekak dengan jus kegemarannya apabila telinga menangkap suara nyaring seorang
perempuan menghampirinya. Perhatian semerta tertumpu pada seorang wanita yang sudah berdiri di depannya. Kepala Eline automatik terangkat ke atas memandangkan dia tengah duduk. Eline pandang si lelaki dan wanita silih berganti.
Jangan cakap lelaki ni lari dari sugar mummy dia? Mulut Eline hampir terlopong. Namun tangan sempat menekup bibirnya. Risau jeritan batin terlepas keluar tanpa sedar. Mana tidaknya..si lelaki muda, segak, bergaya tapi yang perempuannya dah berusia. Macam mak-mak Datin.
"Apa semua ni, Ian?" Mata si 'Mak Datin' mencerlung pada si lelaki.
Eline senyum sinis dalam diam. Tengok reaksi kalut lelaki itu sahlah tu anak ikan 'Mak Datin'. Sayang..ada rupa tapi..hurmm..
"Err.. mummy, kenalkan. Ini girlfriend Ian." Laju lelaki yang bernama Ian itu raih lengan Eline agar berdiri di sisinya.
Tak habis terkujat ditarik tiba-tiba, Eline dihadiahkan pula dengan kejutan yang dia ni teman lelaki malaun yang tak dikenali ni!
"She what??" Mata si 'mummy' terbuntang.
Lelaki bernama Ian itu berdehem. Cengkaman pada lengan gadis di sebelahnya diperketat sehingga tubuh gadis itu terdorong rapat dengan tubuhnya. Dan wajah si gadis yang telah berubah tak diendahkan."Mummy nak sangat kan Ian buktikan yang Ian straight? Haa.. sekarang Ian buktikan yang dia ni teman wanita Ian. Ian tak 'bengkok' macam yang kawan-kawan mummy mulut jahat tu cakap." balas lelaki bernama Ian itu yakin.
Eline melonggo. Ini sudah lebih. Nak buktikan kejantanan tu buktikan jelah, tak payahlah heret orang luar. Ingat ni drama telenovela ke?
Rahang si mummy bergerak- gerak. Menahan amarah barangkali."Ian jangan nak malukan mummy." Bergerak-gerak rahang 'mak datin' tahan marah.
"Mummy please.." rayu si Ian.
Eline ketap bibir. Drama yang sedang berlangsung di depannya diperhati dengan hati yang sebal. Apa si 'mummy' dengan si 'Ian' ni ingat dia ni tunggul kayu ke? Sedap tekak dia je buat sketsa sendiri. Tak cukup dengan nama dia dipetik, dia dipegang sentuh sesuka hati. Rupa tak lawa tak apa janji budi Bahasa itu ada.
Geram dan sakit hati punya pasal, laju tangan Eline capai jus kiwinya yang belum terusik atas meja. Tak tunggu barang sesaat, jus kiwi tersebut selamatmendarat atas kepala si 'Ian. Dengan straw-straw sekali tersadai atas kepala lelaki itu.
Pecah jeritan si 'mummy' melihat 'Iannya' yang sudah lencun dengan jus Kiwi!
"Ni sebab kacau I nak minum." Gelas yang kosong dihentak kuat atas meja.
"Ehh..perempuan, you dah gila ke apa??"
Jeritan petir si 'mummy' Eline tidak endahkan. Tas tangan atas kerusi dicapai kasar.
"Dan ini sebab suka-suka hati sentuh dan mengaku isteri orang teman wanita dia."
Kaki si 'Ian' dihentak sekuat hati dengan tumit kasut 5 incinya sebelum tas tangan LV di tangan dihayun sebelum dilibas ke perut 'si Ian' yang sudah terbongkok menahan senak.
Eline lepaskan nafas kepuasan. Tak tunggu lama, dia buka langkah meninggalkan 2 beranak tersebut. Kaki yang baru diorak beberapa langkah terhenti tatkala satu suara garau menegurnya. Pemilik suara garau tersebut tepat berdiri di depannya. Dahi Eline berkerut melihat apa yang berada di kedua-dua belah tangan lelaki itu. Seriously tealive? Sejak bila lelaki itu pandai minum bubble tea?
"What did I missed?" Wajah kacak itu jelas tepinga-pinga. Dahi berkerut saat terpandangkan kekecohan kecil yang sedang berlaku di belakang Eline.
Eline rasa nak tergelak tengok reaksi busy body lelaki itu. Panjang lehernya nak tengok apa yang berlaku di belakangnya. Tubuh tegap yang bersarung kemeja itu dirapati.
"Nahh.. nothing." Eline malas nak ingat balik apa yang berlaku.
"Your nothing means everything,
sayang." Mata dikecilkan pada si isteri.
Eline sengih. Tayang gigi putihnya dengan senyuman manja. Memang dia tak boleh nak tipu pun. Selamba dia sembamkan tubuh dan mukanya ke dada suaminya yang masih dalam keadaan pegang cawan Tealive dengan kedua-dua tangannya yang sedikit terangkat ke atas. Elok je tangannya melilit pinggang encik suami. Seolah- olah tidak terkesan langsung dengan pandangan orang yang lalu-lalang di sekelilingnya"Penatlah nak cerita semula." Eline merengek manja.
"Kalau penat cerita, lukis," balas Afham selamba.
Eline gelak lepas. Boleh je dia lukis tapi lukis orang lidi jelah. Agak- agak suaminya faham ke tak nanti?
"You tahu tak tadi ada orang cuba mengurat isteri you ni?" Eline mengadu manja.
"Oh really?"
Kepala yang landing di dada encik suami terangkat. Bibir Eline ketap geram. 'Oh really' je reaksi suaminya?
Afham yang perasan pada perubahan wajah isterinya cepat-cepat menyambung kata-katanya.
"Betullah, apa yang peliknya you kena ushya?
Kalau you tak kena ushya tu yang pelik. Mungkin you langgar. pantang, lalu bawah ampaian hingga susuk you jatuh."
Eline kutil geram dada suaminya. Bab beli jiwanya serah saja pada lelaki ini. Dari nak marah pun tak jadi marah.
Afham mengaduh kecil diiringi tawa besar.
"Tapi kali ni extrem sikit. Dia siap sentuh-sentuh I lagi tau Bi," tokok Eline dengan niat mahu menjentik perasaan suaminya.
Mata Afham terjegil.
"Siapa? Siapa yang berani-berani sentuh isteri I? I simbah dengan bubble tea ni."
Eline mengekek.
"Cukuplah jus kiwi je. Bercampur nanti tak enak pula."
Dahi Afham berkerut. Sah.. memang dia ada terlepas sesuatu!
YOU ARE READING
ELINE..BUKAN SEKADAR CINTA
AcakMembesar sebagai anak tunggal dalam keluarga yang punyai status, sunyi dan sendirian itu seakan sinonim dengan kehidupan seorang Eline.