Prolog

27 2 0
                                    

Hujan turun membasahi bumi pada waktu malam. Guruh berdentum dengan kuat. Daun-daun berguguran jatuh ditiup angin.

Dua orang lelaki mengangkat mayat seorang perempuan untuk dikubur ke dalam lubang yang telah digali.

Asap rokok berkepuk-kepuk keluar dari mulut perempuan itu. Dia hanya tersenyum sinis melihat mayat perempuan itu dikubur. Hatinya terasa puas kerana berjaya membunuh perempuan itu.

Dendam yang telah lama dipendam,akhirnya telah terlunas jua. Dia sangat membenci perempuan itu. Disebabkan perempuan itulah dirinya terasa terpinggir daripada rakan-rakannya.

Disebabkan perempuan itu juga,dirinya kerap dibanding-bandingkan oleh ibu bapanya. Kini,tidak perlu lagi dia merasa kesakitan itu kerana perempuan itu telah 'hilang' dari hidupnya untuk selama-lamanya.

Tinggal seorang sahaja lagi yang perlu dibunuhnya. Dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk membunuh orang itu.

𝑊𝐼𝑆𝐷𝑂𝑀'𝑆 𝑆𝐸𝐶𝑅𝐸𝑇Where stories live. Discover now