Bab 3

18 1 2
                                    

Hari persekolahan bermula seperti biasa. Gabriella berjalan dengan lesu dan tiada semangat untuk ke sekolah. Terasa ingin kembali ke sekolah lamanya.

"Gabriella!"panggil seseorang. Gabriella menoleh ke belakang dan terlihat Aurora melambai tangan padanya. Dia melambai tangan kembali kepada Aurora.

Aurora berlari ke tempat Gabriella berada.

"Jom,jalan sama-sama"kata Aurora

"Jom"kata Gabriella. Mereka pun berjalan bersama-sama masuk ke dalam kelas

Setibanya mereka di kelas,rakan-rakan mereka sibuk melihat sesuatu di telefon bimbit mereka. Ada yang ketawa terbahak-bahak dan ada yang berkata-kata tidak baik.

Gabriella dan Aurora berasa hairan.

"Kenapa dengan mereka?"tanya Gabriella.

"Entah"jawab Aurora.

Mereka berdua duduk di tempat masing-masing. Seorang remaja perempuan datang mendekati mereka berdua.

"Wei,Aurora! Kau tahu tak benda viral tu?"tanya remaja perempuan itu kepada Aurora

"Benda viral apa?"Aurora tidak tahu apa-apa tentang perkara yang disebutkan remaja perempuan itu.

"Haih,kau ni. Ketinggalan 'kereta api' betullah" remaja perempuan itu menunjukkan sebuah gambar di telefonnya.

Aurora berasa terkejut melihat gambar tersebut.

"Ini bukankah Laura?Tak mungkin ini dia"Aurora berasa terkejut. Mustahil Laura akan memuat naik gambar tidak senonoh. Gabriella turut terkejut melihat gambar itu.

"Ya,Aurora"kata remaja perempuan itu. Dia mengambil kembali telefonnya.

"Mustahil Laura akan buat macam tu. Aku rasa tu gambar editlah"Aurora menafikan perkara itu.

"Haih,apa yang editnya. Kau tengok ni. It's real,darling"kata remaja perempuan itu

"Itu edit. Aku tak percaya. Laura takkan buat macam tu"Aurora cuba mempertahankan Laura

"Entahlah,Aurora. Menyesal pula cakap dengan kau ni. By the way,hai Gabriella. My name is Moana. Nice to meet you"Moana memperkenalkan diri kepada Gabriella lalu melangkah pergi.

"Aku perlu jumpa Laura"kata Aurora lalu pergi mencari Laura. Gabriella hanya terpinga-pinga melihat Aurora pergi.

Gabriella membuka telefonnya kerana telefonnya bergetar. Terdapat notifikasi daripada group chat yang hanya untuk pelajar-pelajar kelas 5 Cekal sahaja.

Gabriella terkejut melihat gambar yang menjadi bualan rakan-rakan sekelasnya. Dia meneliti gambar tersebut dan tiada menemukan apa-apa. Gambar tersebut terlihat seperti gambar sebenar.

Tiba-tiba,seseorang memanggilnya daripada pintu belakang kelasnya. Gabriella menoleh ke arah orang itu. Jelas kelihatan berubah wajahnya. Kelas tadi yang bising menjadi sunyi kerana kehadiran Josephine.

"Hey,Bethany"Josephine melangkah mendekati Gabriella. Di tangannya terdapat baju sekolah yang berconteng.

Gabriella telah dapat mengagak apa yang terjadi kepada baju sekolah itu dan mengetahui bahawa itu bajunya.

Josephine berdiri di hadapan Gabriella. Gabriella memandang tajam Josephine manakala Josephine tersenyum sinis melihatnya.

Secara tidak sengaja,Josephine terlihat skrin telefon Gabriella. Dia terlihat gambar viral itu.

"Rupanya,kau pun makcik bawang ya"kata Josephine. Gabriella yang tersedar skrin telefonnya menyala lantas menutup telefonnya.

"Kau nak apa?"tanya Gabriella dengan matanya yang tertuju pada baju sekolahnya

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝑊𝐼𝑆𝐷𝑂𝑀'𝑆 𝑆𝐸𝐶𝑅𝐸𝑇Where stories live. Discover now