Pagi yang cerah,dihiasi dengan sinaran matahari yang memancarkan cahayanya ke muka bumi.
Burung-burung berkicauan dengan merdunya di atas dahan pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Jalan raya mulai dipenuhi dengan kenderaan. Ada juga yang berjalan kaki untuk pergi ke sekolah dan ke tempat kerja. Terdapat beberapa orang yang sedang membuat senaman di sebuah taman rekreasi.
Di sebuah rumah yang sederhana besar,seorang remaja perempuan masih nyenyak diulit mimpi. Jam dinding menunjukkan pukul 6.00 pagi.
"Gabriella! Bangun! Dah pukul 6.00 ni! Nanti kamu lambat ke sekolah!"kata puan Sofea iaitu ibu kepada Gabriella sambil mengetuk-ngetuk pintu.
Tiada sahutan daripada anaknya.
Sekali lagi dia mengetuk pintu bilik itu namun,hasilnya tetap sama. Puan Sofea berasa geram itu lantas membuka pintu bilik anaknya.
Dia bercekak pinggang melihat Gabriella yang masih nyenyak tidur. Puan Sofea mengumam sendirian.
"Gabriella Bethany Gilbert!"Puan Sofea memanggil nama penuh anaknya dengan lantang.
Lantas Gabriella tersedar dari tidurnya.
"Ada apa mama?"tanya Gabriella sambil menggosok matanya.
"Ada apa?Hey! Kamu tahu,sekarang dan pagi! Bangun cepat nanti kamu lambat ke sekolah!"kata puan Sofea dengan tegas.
Secara langsung Gabriella terduduk di katilnya.
"Ouh ya,sekolah!"lantas dia turun dari katilnya lalu mengambil tuala mandinya dan pergi ke bilik mandi.
"Kenapa mama tak kejut saya awal-awal?"tanya Gabriella sebelum masuk ke dalam bilik mandi
"Kamu salahkan mama?Hey,kamu tu dah 17 tahun! Takkan nak mama saja yang kejutkan!"kata puan Sofea yang berasa geram kerana dipersalahkan.
"Sorry!"laung Gabriella dari dalam bilik mandi
****
Sebuah kenderaan mewah berjenama Rolls-Royce berwarna putih meluncur laju di atas jalan raya.
Seorang remaja perempuan sedang khusyuk membaca buku The Secret History of The World sambil mendengar lagu Tornami a Vagheggiar yang berkumandang di radio keretanya.
Pakaian seragam sekolahnya kelihatan begitu kemas sekali. Wajahnya kelihatan sangat cantik dan mulus tanpa sedikit pun jerawat.
Bibirnya yang mungil dan berwarna merah jambu serta hidungnya yang mancung menambahkan lagi keserian wajahnya. Ditambah lagi dengan tubuhnya yang ramping.
Boleh dikatakan dia agak sempurna yang menjadi idaman para lelaki.
Kenderaannya telah sampai dia perkarangan sebuah sekolah yang agak besar dan kelihatan mewah. Dia lantas menutup bukunya lalu memasukkannya ke dalam beg sekolahnya.
Semua pelajar yang ada di situ terpegun melihat kereta mewahnya. Pemandunya membuka pintu kereta untuknya.
"Hari ni,cik muda balik pukul berapa?"tanya Charleston,pemandunya setelah remaja perempuan bernama Josephine itu keluar dari kereta
YOU ARE READING
𝑊𝐼𝑆𝐷𝑂𝑀'𝑆 𝑆𝐸𝐶𝑅𝐸𝑇
Non-FictionMengisahkan sebuah sekolah yang berprestij melahirkan insan-insan yang berjaya dan cemerlang. Sekolah itu disanjung tinggi dan disegani oleh masyarakat. Sebaliknya,sekolah itu hanya mimpi ngeri bagi pelajar-pelajar sekolah itu. Tiada kebahagian dan...