Bab 2

22 1 3
                                    

Gabriella dan Josephine berbalas pandangan. Masing-masing tidak percaya mereka akan bertemu setelah 5 tahun berpisah. Mereka berpisah semasa berumur 12 tahun

Bagi Gabriella, Josephine semakin cantik. Badannya semakin ramping dan dia sedikit tinggi daripada Gabriella. Gabriella begitu kagum terhadap Josephine.

"Jo!Aku gembira dapat jumpa kau lagi"Gabriella ingin memeluk Josephine namun dia ditolak. Hampir sahaja Gabriella jatuh.

"Jo?Siapa kau nak panggil aku Jo?"kata Josephine. Kata-kata Josephine itu membuatkan Gabriella sedikit tersinggung.

"Jo,kau tak ingat aku kah?It's me Gabriella. Kawan sekolah rendah kau"jelas Gabriella dengan sedikit senyuman. Britney yang disamping Josephine hanya melihat mereka berdua silih berganti.

"Kawan?Itu dulu"Josephine memandangnya dengan serius. Gabriella berasa sedikit kecewa.

"Josephine kenapa-"belum sempat Gabriella menghabiskan kata-katanya,Josephine berteriak bagaikan orang histeria.

"What the fuck is going on today?!Kenapa semua orang nak buat aku marah?!"bentuk Josephine. Britney terkejut akan bentakan Josephine. Begitu juga dengan Gabriella.

Josephine memandang tajam kepada Gabriella. Suasana di kantin menjadi sunyi sepi. Tiada satu pun yang berani bersuara.

"Josephine,err...mari kita pergi"pujuk Britney. Josephine menarik nafas untuk menenangkan diri lalu dia ingin melangkah pergi.

Belum sempat dia melangkah pergi,Gabriella memanggilnya. Namun begitu,Josephine terus menampar pipi Gabriella dengan kuat. Gabriella sangat terkejut.

"Jangan berani panggil nama aku dengan mulut kau tu. Jijik tau"kata Josephine,geram

"Josephine. Apa kau buat ni?"Gabriella hampir sahaja menangis. Tak menyangka bahawa Josephine akan berubah seperti itu.

Josephine yang masih berasa marah lantas menarik rambut Gabriella dan membawa dia ke tandas. Gabriella yang mengadu kesakitan tidak dipeduli olehnya.

Pelajar-pelajar di situ terkejut melihat perbuatan Josephine itu. Sherly dan rakan-rakannya turut melihat kejadian itu. Begitu juga dengan guru-guru.

"Hey,Josephine!!"Bella ingin mendapatkan Josephine namun dia terlambat. Josephine telah masuk ke dalam tandas bersama dengan Gabriella dan pintu utama tandas itu telah terkunci.

Dia tidak mahu 'urusan peribadinya' diganggu oleh sesiapa pun.

TOK!TOK!TOK!TOK!

"JOSEPHINE! BUKA PINTU NIII!"teriak Bella dari luar sambil mengetuk pintu dengan kuat sekali. Josephine tidak menghiraukannya.

"Buka baju kau sekarang"arah Josephine kepada Gabriella

"Aku tak nak"jawab Gabriella dengan air mata laju turun di pipinya. Josephine yang geram sekali lagi menampar Gabriella lalu mencengkam rambutnya.

"Arghh!"Gabriella mengadu kesakitan.

"Aku cakap buka,bukalah!!"bentak Josephine. Dadanya berombak-ombak menahan kemarahan.

Entah apa yang merasuki Gabriella,dia lantas menanggalkan baju sekolahnya. Hanya baju t-shirt putih yang melindungi tubuhnya.

Josephine lantas mengambil baju sekolah Gabriella.

"Ouh ya. Kau buka juga baju t-shirt kau tu. Takkan aku nak guna baju dalam yang kotor,kan?"arah Josephine lagi.

Gabriella enggan membukanya namun Josephine memijak paha Gabriella dengan kuat sekali dan menarik rambutnya.

"Arghhh!"Gabriella mengadu kesakitan. Josephine tersenyum puas melihat kesakitan Gabriella.

"Buka"arah Josephine lagi. Gabriella terpaksa menuruti permintaan Josephine

𝑊𝐼𝑆𝐷𝑂𝑀'𝑆 𝑆𝐸𝐶𝑅𝐸𝑇Where stories live. Discover now