Chapter 1 - Soffea Ashira

40 11 0
                                    

Setelah selesai bersembahyang, Soffea melepaskan telekung miliknya dan menyidainya di almari biliknya. Fikirannya masih dipenuhi dengan mimpinya tadi.

Hari ini hari pertama dia berkerja. Dalam 23 tahun dia hidup, tidak pernah dia terfikir akan hari ini. Dia menyarungkan uniform yang sudah digosoknya malam semalam.

Selepas bersiap, dia meneliti pakaian terakhirnya. Dia membetulkan tudungnya yang labuh dan melipat di bahagian pipinya. Setelah puas dengan pemakaiannya yang tertutup dan sopan, dia senyum puas.

Sebelum keluar dari rumahnya, Soffea membaca doa sebelum keluar rumah.

'bismillahi tawakkaltu 'alallahi wa laa haula wa laa quwwata illa billah,

Dia menarik nafas panjang dan menghembuskannya sebelum naik ke keretanya. Seperti biasa, dia membaca doa sebelum menaiki kenderaan kerana membaca doa - doa sebelum melakukan apa - apa adalah kebiasaannya kerana diajar dari kecil.

Soffea membuka aplikasi Waze di dalam telefonnya. Dia menaip SyahZea's Cafe. Agak jauh, 20 km dari rumahnya.

Bosan dengan perjalanan yang sunyi dan senyap, Soffea membuka lagu di radio. Lagu bukan sebarang lagu, dia membuka "Basics" dari Twice. Adakalanya, dia terikut nyanyi bersama.

Setelah setengah jam perjalanan, dia akhirnya sampai ke destinasinya, ShahZea's Cafe. Kafe itu luas, estetik dan elegan. Soffea di sambut oleh isteri pemilik kafe tersebut, Hannah Zeanessa. Wanita itu tinggi, lawa dan rambut beralun berwarna coklat gelap itu amat sesuai dengannya. Hannah juga amat peramah dan baik hati, walaupun luarannya tampak dingin, namun dia mempunya hati yang hangat. Soffea yakin bahawa Hannah memang susuk yang penyayang.

"Hello, dear. Welcome to SyahZea's Cafe. Semalam I dengan husband I ada check resume you and you diterima! I ada email you semalam, you ada dapat any mails?" tanya Hannah. Soffea hanya mengangguk. Bukan kerana dia sombong atau tidak beradab, cuma sifatnya yang pendiam dan pemalu menghalangnya dari menonjolkan dirinya.

SyahZea's Cafe merupakan kafe yang paling ditempah ramai untuk majlis rasmi atau hari jadi. Walaupun kafe itu mendapat sambutan yang tinggi, pemilik kafe tersebut masih menjual dengan harga standard mampu milik.

Soffea sudah tidak sabar untuk berkerja di kafe idamannya. Staff - staffnya peramah, Soffea menghembuskan nafas lega. Disebabkan kekurangan staf, Soffea di advised Hannah sendiri.

Bismillah, dengan izin Tuhan yang Maha Mulia, dia akan mula berkerja dan mencari duit dari sumber yang halal.

(Author's note : Hello ! Thank you for reading this simple chapter :) Can you help me by share this story to your friends or family and vote it so i can update with much appreciation and gratitude to my lovely readers? I appreciate your votes the most :)) Love, zyoruneee)

Mesmerising Love - zyoruneee [OG]Where stories live. Discover now