Bab 2 (Unedited Version)

120 12 0
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)


JARI-JEMARI Nara sejak tadi berulang kali menatal geram di atas skrin telefon dan untuk entah kali yang keberapa, dia cuba mendail nombor Dato Muhsin; daddy dia yang sudah dimaklumkan jadual penerbangan dia pada hari ini. Sama seperti tadi; suara operator yang kedengaran di hujung talian. Masih tidak berputus asa, Nara cuba menghubungi Najla pula tetapi masih suara operator yang sama menyambut panggilan dia. Tangan kanan yang mengenggam erat telefon sudah jatuh ke sisi tetapi tidak lama apabila bunyi notifikasi mesej Whats App yang baru masuk membuatkan Nara terus menatap skrin telefonnya semula.


'Nara, daddy tengah transit kat Dubai airport untuk ke London. By the way, daddy dengan Kak Najla akan ada di London for investor meeting until next week.'

~Daddy~


"Seriously?" Nara sudah mengeluh kuat kerana dia sudah maklumkan tarikh kepulangan dia kepada ahli keluarganya dua minggu lepas lagi. Teringatkan mummy yang nampaknya tidak mengikut daddy dan Kak Najla ke London, Nara cuba menghubungi mummy dia tetapi suara operator juga yang menyapa pendengaran dia.

Aplikasi Instagram dibuka dan akaun Instagram mummy dia; Narina_theartist dicari. Semakin kuat keluhan Nara melihat posting terbaru Datin Narina. Sia-sia sahajalah dia balik ke tanah air sendiri dengan niat mahu berjumpa dengan ahli keluarganya. Susah rupa-rupanya untuk balik ke rumah sendiri yang disambut oleh ahli keluarga dan bukannya rumah yang kosong. Terus nama Nina dicari daripada senarai panggilan dan jari menyentuh ikon call di skrin telefon.

"Nara, welcome homeee!" Cepat sahaja panggilannya disambut oleh suara ceria Nina selepas salamnya dijawab.

"I am not being welcomed home at all, Nina." Mendatar sahaja suara Nara dihujung talian. Dia yang penat berdiri sejak tadi akhirnya melabuhkan duduk di deretan kerusi yang tersedia. Badan yang terasa lenguh disebabkan lebih lapan jam berada di dalam kapal terbang itu disandarkan pada badan kerusi.

"Eh, kenapa ni? Kau ada kat mana sekarang ni?" Nina yang baru sahaja selesai makan tengah hari bersama rakan-rakan kerjanya menghantar isyarat mata ke arah Najwa yang duduk berhadapan dengan dia supaya balik ke ofis tanpa menungggu dia.

"Aku ada kat KLIA lagi ni."

"Kat KLIA lagi? Kau bukan patutnya dah lama touchdown KL ke?"

"Memanglah dah lama sampai tapi aku baru tahu daddy dengan Kak Najla ada kat London sampai minggu depan."

"Hah, seriuslah? Mummy kau pun ikut sekali ke?"

"Mummy aku ada kat Paris sebab dia attend art exhibition kat sana. Sampai bila mummy aku ada kat sana tu aku tak ada info sebab itu je yang mummy update kat Instagram. Aku call pun tak berangkat langsung. Tengah tidur agaknya kalau waktu sekarang ni." Pandangan mata Nara kembali memerhatikan orang ramai yang lalu lalang di hadapan dia. Selalunya begitulah; kalau Datin Narina tidak dapat dihubungi cari sahaja di Instagram post ataupun Instagram story mummy dia.

"Nara, kau dengar tak apa yang aku cakap tadi? Kau mengelamun sampai mana tu? Takkan dah sampai Melbourne balik?" Suara Nina di hujung talian kedengaran sedikit kuat mematikan lamunan Nara.

"I wish I can fly back to Melbourne, Nina." Satu persatu raut wajah Kak Wan sekeluarga menerjah pandangan mata. Keluarga tanpa sebarang pertalian darah yang melayan dia seperti ahli keluarga sendiri.

Sunshine Untuk Nara (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now