3

4 2 0
                                    

Mengapa kau kerap berselindung?
Menyembunyikan perasaan sakit
Perasaan sedih
Rasa terkilan
Malah kepedihan dalam kalbu

Seringkali perkataan 'baik' meniti di bibir
Menunjukkan yang kau tidak sakit mahupun belasungkawa
Demi menutup segala kedukaan pada raut muka
Demi menjaga hati insan
yang kau sayangi

Kadang kau terlalu bodoh,
Terlalu baik,
Terlalu memikirkan orang lain,
Sehingga tanpa kau sedari,
Kau telah mempulaukan perasaan dan hati kecil dalam diri.

Sampai bila kau mahu terus berpura?
Sampai bila kau mahu terus sakitkan diri?
Sampai bila kau mahu terus bersembunyi?
Jawapan dan pilihan semua di tangan kau
Fikirkanlah agar kelak diri kau tidak disakiti lagi
Sudah tiba masanya untuk kau empati dan simpati akan diri sendiri.

KALAM SUKMA Where stories live. Discover now