🌼

15 0 0
                                    


    "Apa?"

    "Mana ada apa."

    "Pandang-pandang aku kenapa?" Aku menyoal lagi. Dia ingat aku tak perasan ke dia pandang aku sejak tadi?     

     "Mana ada pandang kau. Pandang Syazwan.." Aqwa menjuihkan bibirnya, mengisyaratkan kearah belakangku.  Aku menoleh. Ternyata memang Syazwan sedang menjadi tumpuan. Dengan bangganya dia mempamerkan kebolehannya menambul tiga biji bola dengan pelbagai teknik. Kebolehan itu membuatkan mejanya dikerumuni rakan sekelas yang beriak kagum, kecoh.

     Aku termalu sendiri.

     "Nak main pergi duduk sanalah! Kacau je kat sini."

     Tak pasal-pasal Aqwa menjadi mangsa untuk menutup rasa maluku, membuatkan Aqwa ternganga. Aku terus menunduk kembali memandang buku latihan. Malu.

     "Weh, aku elok duduk kat tempat aku ni. Sikit pun tak kacau dia. Tengok Melati ni, Ilya!" Aqwa mengadu tidak puas hati. Mungkin terasa dizalimi.

     "Dah lah. Kau pergi sana lah Aqwa. Pergi main jauh-jauh!" Ilya pun menghalau. Mugkin malas nak melayan. Mungkin juga untuk memastikan keselesaanku memandangkan aku sedang meminta tunjuk ajar darinya.

     Dan akhirnya Aqwa terkebil-kebil dengan muka tak percaya. "Aku yang salah?"


•••••••


     Ralit aku memerhatikan si gadis berkulit sawo matang. Khusyu' sangat buat latihan sampai tak sedar bibirnya dah termuncung-muncung seperti paruh itik. Comel!

     "Apa?"

     Tegurannya membuat aku tersentak.

     "Mana ada apa!" Pantas aku menafi.

     "Pandang-pandang aku kenapa?"

     Halkumku terasa seperti dicekik terdesak mencari alasan. Tak semena-mena aku terpandang Syazwan dihadapan sedang memperagakan kehebatannya.

     "Mana ada pandang kau. Pandang Syazwan."

     Fuhh..selamat..

     Dia turut memandang Syazwan sebelum kembali memandangku. Riak wajahnya seakan telah termalu sendiri. Alamak!

     "Nak main pergi duduk sanalah! Kacau je kat sini."

     Melati, sorryyyyy!! Tapi awak comel.

     Kalau cakap macam tu, kantoilah aku memang usha dia. Lalu seperti biasa.....buat muka tak bersalah.

     "Tengok Melati ni, Ilya!"

     Dan seperti biasa, Ilyalah penyelamat situasi.

     "Dah lah. Kau pergi sanalah Aqwa. Pergi main jauh-jauh."

     Terima kasih Ilya. Seperti biasa kaulah penyelamat aku.

     Dan jangan lupa, dialog terakhir untuk meyakinkan aku tak bersalah.

     "Aku yang salah?"

     Dan aku beredar sebelum aku tertangkap merenung Hannah, si gadis berkulit sawo matang, sekali lagi.



#NasyatAqwa
#NurHannahYasmin a.k.a Melati

untitledWhere stories live. Discover now