"Tahniah, Tunku. Kita menang." Ucap Haris selaku peguam yang di lantik oleh Darius, dia menghulur tangan demi meraikan kemenangan kes kemalanga maut yang melibatkan dua orang pemandu. Zafirah dan Amina tetapi malangnya Zafirah meninggal dunia. Manakala Amina di tuduh penyebab utama kemalangan berlaku.
Darius menepis tangan Haris dan merenung tajam wajah Haris. Dia menapak mendekati Haris dan menarik kasar tali lehernya.
"Kenapa penjara 3 tahun je? Aku nak dia ke tali gantung! Dia pembunuh isteri aku!" Tengking Darius sambil mencampak kasar fail di atas meja.
Haris dan Aiman gerun melihat amukan Darius.
"Tunku kita tak cukup bukti nak tuduh dia membunuh Puan Zafirah. Mahkamah hanya jatuhkan hukuman atas kesalahan kecuaian memandu. Semua evidence yang saya berikan kepada mahkamah di tolak." Balas Haris bersungguh-sungguh meyakinkan Tunku Darius Yunnus Al Fath bahawa mandakwa Amina sebagai pembunuh Zafirah tidak di terima pihak mahkamah.
Darius mendengus kasar.Dia menapak laju mendekati Haris. Kolar baju Haris di cengkam kuat.
"Aku nak kau pergi cari bukti sampai perempuan tu ke tali gantung! Kalau kau gagal, aku akan pastikan kau yang akan ke tali gantung." Ugut Darius nada serius, tubuh Haris di tolak kasar ke atas lantai.
Haris mengurut lehernya yang kesakitan. Susah kalau bercakap dengan manusia ego seperti Darius, hanya tahu nak menang dan tak mahu tahu langsung tentang masalah yang sedang dihadapi.
"Mana aku nak cari bukti tu Tunku? Aku tak tahu mana nak mulakan." Balas Haris tak puas hati, pelahan-lahan dia bangun dan berhenti di hadapan Tunku Darius Yunnus Al Fath.
Darius berjalan laju ke arah pedang samurai yang tersangkut pada dinding dan kemudian dia mencapai pedang itu lalu di acu tepat ke arah mata Haris.
Tergamam Haris melihat pedang tajam tepat di hadapan matanya.
"Aku paling pantang manusia melawan. Aku tak nak tahu masalah, aku tahu settle. Sekali lagi kau melawan, pedang ni tembus ke dalam mata kau. Aku tak pernah bunuh orang jangan sampai kau jadi orang pertama aku bunuh." Kata Darius sinis sambil memandang tegas ke dalam anak mata Haris.
Pelahan-lahan Haris jalan mengundur ke belakang, dia gerun melihat pedang tajam ini.
"A...Aku.. janji akan cari bukti tu." Balas Haris cemas sebelum berlari keluar dari bilik bacaan ini. Bila-bila masa saja Darius boleh bertukar menjadi pembunuh kejam, melarikan diri adalah jalan yang terbaik.
Aiman yang sejak tadi menjadi pemerhati sudah getar lutut melihat pedang tajam yang sedang di pegang oleh Darius.
"Err... Boss. Aku ada report dari pihak polis salah satu sebab utama kemalangan ialah brek kereta Puan Zafirah rosak seperti di sabotaj." Kata Aiman sambil menghulur sebuah fail nipis kepada Darius. Harap la laporan ini dapat menenangkan api kemarahan Darius yang sedang menyala marak.
Darius mencampak fail ke atas meja. Manakala pedang samurai pula di campak ke atas lantai, dia menyusun langkah menuju ke balkoni sambil menanggal tshirt slim fit hitam yang dia pakai hingga menampakan eighpack miliknya.
"Kau tahu kan aku tak suka alasan. Give me the result, not the excuses." Ujar Darius suara serius sambil berdiri di tepi balkoni. Dia mengeluarkan pistol jenis Glock 19 dari poket belakang seluarnya.
"Kau bagi lagi seribu alasan aku tembak kau!" Darius memusingkan tubuhnya dan mengacukan pistol ke arah Aiman.
Terkebil-kebil Aiman melihat pistol di tangan Darius. Kalau tembakan dilepaskan, boleh mati mengelupur dia di sini.
"Err... saya bukan bagi alasan tapi hantar report je. Boss, saya dah check CCTV ada seseorang dekat kereta arwah Puan Zafirah pakai pakaian serba hitam." Tiba-tiba Aiman teringat sesuatu, dia yakin Amina tak terlibat langsung dengan perancangan membunuh Zafirah.