Darius memandu laju Bugatti Chiron menuju ke bangunan DY Holding Berhad. Dia memberhentikan kereta tepat di hadapan pintu utama syarikat ternama ini. Sebuah syarikat membekal barangan ketenteraan termasuk senjata dan pengangkutan. Darius melangkah keluar dari kereta sambil memasang butang pada kot hitam yang tersarung kemas pada tubuhnya.
"Morning Boss, adakah hari ini boss happy?" Soal Aiman sambil membantu Darius menutup pintu kereta.
Darius jeling tajam mendengar pertanyaan Aiman. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan DY Holding Berhad sambil scroll skrin telefon bimbitnya.
"Kau tak ada soalan yang berfaedah ke nak tanya? Kilang dah siapkan jet F50 yang TLDM request? Plan kapal yang aku minta minggu lepas dah ready ke belum?" Soal Darius nada serius, langkah kakinya laju menuju ke lif VVIP.
"Jet F50, 90% dah nak siap, plan kapal pun dah siap. Saya dah letak dekat atas meja boss. Hari ini boss tak ada meeting dekat luar." Aiman tekun meneliti jadual harian Darius yang di susun dalam tablet.
"Kau dah dapat maklumat tentang durjana yang rosakkan brek kereta Zafirah? Perempuan tu macam mana? Ada orang cuba ganggu dia tak?"
"Pihak polis dan spy still tak dapat jejak siapa rosakan brek kereta Puan Zafirah. Pasal Amina tu, polis kata tak ada yang mencurigakan yang berlaku dekat penjara." Balas Aiman sambil mendekatkan jarak dengan Darius.
"Cakap dengan diaorang jangan stop cari siapa dalang sabotaj kereta Zafirah. Kenapa ambil masa lama sangat?" Soal Darius tak puas hati.
"Mungkin sebab diaorang tak ada klu. Boss still nak salahkan Amina ke atas kematian Puan Zafirah?" Soal Aiman, dia berasa tak adil jika meletak kesalahan atas bahu Amina seorang.
Darius mendengus kasar, dia menoleh memandang Aiman sambil mencengkam kuat leher lelaki itu. Dan menolak kasar Aiman ke dinding lif.
"Memang salah dia! Kalau dia tak berhenti tepi jalan, Zafirah tak accident dan anak aku tak mati! Selagi aku tak puas balas dendam, aku tak akan berhenti!!" Tengking Darius, tubuh Aiman di tolak kasar hingga jatuh ke atas lantai.
Aiman terbatuk-batuk. Terasa pedih lehernya. Nasib la tak mati tercekik. Kenapa dia tanya soalan killer pada Darius. Tak pasal kena cengkaman maut.
Ting!
Life berdeting. Pintu lif terbuka luas. Darius melangkah keluar dari perut lif, kot yang senget dibetulkan agar tampak lebih kemas.
"Boss, sorry la. Saya bukan nak buat boss marah. Ni ada surat untuk boss. Surat ni macam misteri je." Ujar Aiman sambil menghulur sampul surat warna coklat kepada Darius.
Langkah Darius berhenti tatkala mendengar kata Aiman. Dia mengambil sampul surat coklat itu dan membukanya.
-AMINA YUHAIRA MILIK AKU SEORANG!! KAU DEKAT DENGAN DIA KAU MATI!!!- Mr.T
Bulat mata Darius membaca isi kandungan surat ini. Dia peronyok surat sekuat hati. Dia sudah dapat tangkap siapa Mr.T
"Amina dah la keluar penjara hari ni. Bahaya kalau dia seorang diri dekat luar tu." Bebel Aiman selamba, sambil mengurut dagu dan mendongak ke siling.
"Kau cakap apa tadi?" Soal Darius serius.
Berkerut dahi Aiman, dia memandang ke atas cuba mengingati kata-kata terakhir yang keluar daripada mulutnya.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu
"Pasal Amina keluar penjara ke? Amina keluar penjara hari ni, tapi aku tak sure pukul berapa. Why Boss?" Soal Aiman hairan sambil menggaru kepala yang tak gatal.
"Why kau tanya? Kau tahu kan aku memang tunggu masa ni. Penjarakan dia tak cukup untuk aku. Selagi aku tak puas balas dendam, hidup dia tak akan tenang." Balas Darius serius. Dia perlu segera melaksanakan satu misi.