BAB 1 (Jejaka Lembut)

23 1 0
                                    

"Izz, bangun! Cepat solat, nanti nak bersiap pula!" teriak Puan Zahra dibalik pintu.

"Hmm... okay umi!" sahutku dengan nada suara yang sedikit garau berbanding asli.

Aku bangun lalu mengambil tuala yang disangkut pada hanger dan aku membuka langkah memasuki bilik air. Selesai membersihkan diri, aku pergi mengambil baju yang sudah digosok tadi malam.

"Umi?" panggilku mencari keberadaan umi.

"Umi dekat dapur! Come breakfast." Lekas aku pergi mendapatkan umi.

"Hensem anak umi ni! Umi harap dekat sekolah baru nanti ada kawan..."

"Kalau takde, Izz kena pandai ajak orang berkawan," sambung umi.

"Baik umi."

Sekeping roti yang disaluti dengan peanut butter telah dimakan separuh olehku. Waktu pagi macam ni elok minum susu segar. Kita kena jaga badan, baru nampak slay gitu.

"Sudah-sudah, jangan tergedik sangat. Ni kamu dah tahu kelas ke?" soal umi menghentikan lamunanku.

"Dah umi. Izz kelas 3 Genius!" kataku.

Kita kena pandai, baru ramai kawan. Eh, Alamak! Lekas aku berlari ke atas.

"Hey, dah kenapa tu?!" teriak umi.

"Izz lupa pakai sunscreen!" kataku kepada umi.

Umi hanya geleng kecil. Anak teruna dia memang macam ni dari kecil. Dia tak minta untuk melahirkan anak seperi Izz namun bila difikirkan kembali, mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan pasti, Izz pun tidak ingin dilahirkan dengan peribadi seperti itu.

"Dah kenapa dengan abang tu umi." soal seorang gadis yang diberi nama 'Izzah Dania' adik kepada Izz Daniell.

"Biasalah abang kamu." kata umi membuatkan Izzah faham.

"Abang! Cepatlah, lambat nanti." teriak Izzah.

"Sabarlah, orang tengah pakai kasut ni." Izzah ni menahan sabar aje. Walau apapun dia tetap sayangkan abangnya seorang ini.

Kami berdua dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Seri Baharu yang dihantar oleh Pak Cik Ahmad. Dia adalah driver abi. Hmm... tak sabar nak jumpa abi balik dari outsation, mesti dia bawa oleh-oleh yang menarik!

Aku dan Izzah bertentang destinasi. Kelasku berada di blok A manakala kelas Izzah berada di blok G khas tingkatan 2.

Aku membaca satu persatu nama kelas yang diletakkan pada pintu.

"3 Tiara... 3 Bijak... 3... Genius!" Akhirnya, jumpa juga kelas setelah lama berpetualang bersama Izz dan dibantu oleh Dora!

Aku melangkah masuk ke dalam kelas itu. Ramai yang melihat ke arahku secara spontan. Punggungku dilabuhkan pada salah satu kerusi yang tiada penghuni. Yang anehnya apabila mereka melihatku dengan gerun sekali. Bukannya aku duduk dekat tempat orang, kan? Kecuali dekat sebelah aku ni ada beg, tapi aku tak sure sama ada lelaki atau perempuan.

Setiap meja telahpun disusun secara teratur dan bersebelahan. Apa yang aku ingat adalah cikgu kata duduk dekat depan sekali di meja tengah. Jadi betullah!

"Budak baru eh?" soal seorang lelaki yang menghapiriku.

"Haah, saya budak baru." Terhenti langkah lelaki itu mendengar suaraku.

"Hahahahahahahahaha!" Satu kelas mula tertawa. Kenapa dengan suara aku?

"Weh pondan rupanya!"

"Kalau bukan pondan mesti bapuk!" sampuk seorang pelajar perempuan.

Jejaka Lembut | OGWhere stories live. Discover now