BAB 2 (Jejaka Lembut)

17 1 0
                                    

"How about..." Terhenti percakapan Puan Zahra apabila melihat kaki anaknya telah dibalut. Segera dia mematikan panggilan tersebut lalu berlari ke arahku.

"Kenapa ni?" soalnya khawatir.

"Ada orang tolak dia." jawab Izzah bagi pihak aku.

"Sini umi tengok." Umi menarikku duduk di atas sofa.

"Auu..."

"Izz okay tak?" soal umi prihatin.

"Okay aje. Kaki Izz terseliuh sikit aje ni." kataku bagi menenangkannya.

"Sikit?!" Kakiku ditekan sedikit kuat.

"Auu... jangan umi! Sa... sakit." aduku.

"Tahupun sakit!" Kemudian umi pergi mengambil minyak urut yang terletak di atas meja.

Minyak itu disapukan pada bahagian yang sakit lalu ditekan perlahan-lahan. Aku mencuba untuk menahan rasa nyeri di kaki. Wajahku bagai berkerut seribu dek menahan sakit itu.

Apabila tempat yang sakit ditekan kuat... "Umi!" jeritku kuat.

"Kenapa?" soal Izzah yang baru sahaja menuruni tangga. "Ish abang ni! Buat orang sakit jantung aje." katanya mendatar lalu pergi ke dapur.

"Tahanlah sikit."

15 minit telah berlalu. Sudah tiada jeritan yang akan keluar dari mulutku. Habis aje diurut oleh umi terus aku menuju bilik. Nak mandi, baupun dah masam... euwk. Selesai mandi terus badan terasa segar. Tidak lupa juga untuk menunaikan solat asar.

1 bulan kemudian...

"Hai, boleh saya makan dekat sini?" soalku kepada sekumpulan gadis-gadis.

Terlihat mereka seperti sedang membincangkan sesuatu.

"Okay boleh." kata salah satu daripada mereka.

Aku tersenyum lebar lalu duduk di situ. Doa makan dibaca sebelum nasi lemak itu disuakan ke dalam mulut.

"Awak nak kek?" soal seorang gadis.

"Erm... takpelah, saya dah ada makanan sendiri." Aku menolak tawarannya.

Gadis itu terlihat sedikit bengang. "Alaa... kita kan kawan, saya bagi ni tanda pertemanan kita." bohongnya.

Rasa serba salah pula kalau tolak. Akhirnya, aku hanya setuju.

Pulp!

"Ahahahahaha! Padan muka kau! Pondan macam kau ni tak layak ada muka hensem!" ujar mereka lalu meninggalkanku.

Jari jemariku cuba membuang noda kek pada wajahku. Ya Allah... kuatkanlah imanku. Desis hatiku.

"Den?! Kenapa dengan muka kau?" soal Hyun yang baru menghampiriku.

"Takde apalah Hyun. Dah biasa." ujarku sayu.

"Aku tak faham, kenapa kau boleh kuat walau dah kena berjuta kali dengan mereka semua?" soal Hyun ingin tahu.

"Saya kuat kerana ada Allah disisi saya. Saya percaya diorang akan dapat balasannya maisng-masing. Cukuplah Allah sahaja yang membalas." ungkapku.

Aku lihat wajahnya seperti ingin bertanyakan sesuatu.

"Den... apa yang buat awak percaya yang Allah tu wujud?" soalnya secara tiba-tiba.

"Sebagai umat Islam, kami hanya berpandukan kitab kami, iaitu Al-Quran... di dalam Al-Quran ada tulis apa yang akan jadi kedepannya dan semua jawapan ada terletak dalam Al-Quran tersebut." jelasku sedikit sebanyak kepada Hyun.

Jejaka Lembut | OGWhere stories live. Discover now