BAB 3 (Jejaka Lembut)

13 1 0
                                    

"Izz kena rogol umi!" raungku dengan kuat. Air mata tak kalah derasnya.

"Allahuakbar!" Seperti ingin pengsan Puan Zahra mendengar berita yang tak terduga itu.

Izzah hanya diam mendengarkan kata-kataku. "Dia rogol Izz... Lelaki tu memang tak guna!" Semakin kuat raunganku.

"Lelaki?!" Terkejut Izzah dibuatnya.

"Lelaki tu rogol Izz, umi! Sakit umi, penat Izz meraung!" luahku. Sungguh sakit apabila dipaksa seperti itu.

Aku berlari menuju bilik. Pintu itu dikunci, aku nak bersendirian! Aku masuk ke dalam bilik air. Air titik deras jatuh membasahiku, pakaian yang basah dibiarkan.

"Arghh!" teriakku sekuat hati.

"Aku benci semua orang! Takde siapa yang boleh tolong aku!" ujarku bersendirian.

"Arghh! Kau kotorkan diri aku Zikry! ARGHHH!!" teriakku lagi.

Sekarang aku sudah tak bermaya. Mataku mula kabur dan gelap sepenuhnya.

UMI tak senang duduk selagi tiada berita yang mengabarkan aku sudah sedar. Seorang dokter yang merawatku telah keluar dari bilik kecemasan.

"Macam mana dengan anak saya?" soal umi.

Dokter itu menarik nafas sebelum berkata. "Sabar ye puan... anak puan masih belum sedarkan diri dan berkemungkinan besar dia akan mengalami trauma yang teruk." terang dokter lelaki itu.

Hampir tumbang umi, nasib Izzah sempat menyambut uminya. "Ya Allah... anakku."

Seorang lelaki separuh umur berlari ke arah Izzah dan umi. Dia khawatir akan keluarganya ketika ini.

"Apa perkembangan Izz?" soal Encik Hamdan, abi kepada Izz dan Izzah.

"Abang Izz belum sedarkan diri. Dan... mungkin dia akan mengalami trauma yang teruk." jelas Izzah.

"Sebenarnya apa yang jadi ni?" soal abi kepada Izzah.

"Izz kena rogol dengan lelaki dekat sekolah." kata Izzah. Dia tak berapa kuat apabila ingin menyebut perkataan 'rogol' itu.

"Astargfirullahalazim..." Abi mengucap panjang.

Aku cuba membuka mata untuk melihat sekeliling. Tiba-tiba malam hitam itu menyerbu otakku. Terus dadaku terasa sesak nafas.

"Arghhh! Lepaskan aku!" Aku meraung sekuat yang boleh.

"Dokter! Pesakit mengamuk." ujarnya begitu panik.

Lekas dokter itu memasuki ruanganku.

"Izz, bertenang. Izz selamat dekat sini." pujuk dokter itu.

"Dia nak rogol saya!" kataku.

"Tak... dia tak rogol awak." Dokter itu masih berusaha memujukku.

"Saya dekat mana?" soalku sambil melihat ke kiri dan ke kanan.

"Awak ada dekat hospital, jangan risau dekat sini takde siapa boleh rogol awak." pujuk dokter itu dengan lembut. Itu membuatku sedikit lega.

Di luar, umi dan abi masih risaukan keadaan Izz. Dari luar sudah boleh dengar Izz menjerit.

"Makcik... ini mak kepada Izz Daniell, kan?" tegur seorang gadis yang menghampiri mereka.

"Ya, kenapa?"

"Saya kawan Izz dan saya datang nak jenguk dia. Lagi satu... saya tahu siapa yang rogol Izz." katanya. Sudah tentulah itu Hyun!

"Hah? betul ke?"

"Ya, lelaki tu sudah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Mungkin juga polis akan berjumpa dengan Izz untuk keterangan." jelasnya.

"Alhamdulillah... terima kasih!" ucap Puan Zahra dan Encik Hamdan serentak.

"Sama-sama."

Setelah berbual cukup lama dengan keluarga Izz Daniell, dokter lelaki itu keluar.

"Alhamdulillah, keadaan Izz semakin stabil. Cuma dalam sehari mungkin 4,5 kali juga dia akan teringat kisah gelap itu. Jadi saya sarankan untuk berjumpa dengan pakar psikologi." kata dokter itu dan memberi saran kepada keluarga Izz Daniell.

"Baik, terima kasih dokter."

"Dokter! Boleh saya nak jumpa dengan Izz?" pinta Hyun.

"Erm... ikutkan tak boleh tapi pergilah. Mungkin bila orang terdekat beri semangat dia akan sedikit ceria." ungkap dokter itu lalu pamit pergi.

Aku melihat Hyun masuk ke dalam. "Den... kau okay?"

"Sa... saya okay."

"Orang yang buat kau tu dah kena tangkap." katanya berhati-hati.

Aku melihat ke arahnya tanda tak percaya. "Mana awak tahu saya kena ro..."

"Shuhh... dekat sekolah ada cctv. Boleh nampak yang ada orang cuba buat jahat dekat kau." terangnya.

"Aku tak sangka Zikry akan buat macam tu. Setakat yang aku tahu dia tu pendiam, tak pernah buat hal."

Hyun memandang anak mataku. "Sekarang ni aku syak, Qalil yang hasut dia buat benda bodoh tu!" sambung Hyun.

"Kenapa dia sanggup buat benda tu dekat saya?!" soalku tak berpuas hati.

"Dia terpaksa Den... Dia sanggup terima apa-apa resiko, asalkan Qalil dah tak kacau dia." jawab Hyun.

"Yang aku pasti, Zikry akan dimasukkan ke sekolah kawalan disebabkan masih bawah umur. Mak, ayah dia akan bawa dia jumpa pakar. Tekanan yang diberikan oleh Qalil membuatkan dia nekad untuk melakukan apa sahaja. Dia tak bersalah Den... semuanya salah Qalil." Hyun cuba memujukku untuk memaafkan Zikry.

"Cukup maafkan dia, aku faham kau tak boleh lupa kejadian itu."

"Hmm... baiklah. Saya maafkan dia, betul kata awak, dia bukan sengaja." ujarku.

"UMI, ABI!" jeritku.

Segera umi dan abi mendatangiku. "Tenang Izz. Ni umi ada, sayang..." Terasa sebak hati Sang Ibu melihat anaknya setiap malam mengigau perkara sama berulang kali.

"Tu... tu, dia nak ro... rogol Izz." kataku dengan getaran yang kuat. Sehingga tergagap apabila ingin bercakap. Air mata juga selalu membasahi pipinya.

Umi memelukku dengan erat. Jatuh setitik dua air mata milik Puan Zahra. "Bang, kita kena bawa dia jumpa dokter psikologi. Makin lama makin teruk." Cadang Puan Zahra.

"Apa kata nanti kita buat solat hajat. Buat ramai-ramai, kita doakan yang terbaik untuk Izz." Cadang Encik Hamdan pula.

"Kita buat dua-dua ajelah bang..." Encik Hamdan setuju dengan permintaan isterinya.

Sudah sebulan lebih aku tidak menghadiri sekolah kerana trauma yang masih berleluasa. Hyun ada memberi khabar bahawa semua bukti telah dikumpulkan dan Qalil dibuang sekolah. Aku tak tahu macam mana nak berterima kasih dengannya. Dan aku juga pelik, mana dia tahu semua benda tu? Desis hatiku.

Jejaka Lembut | OGWhere stories live. Discover now