BAB 5 (Jejaka Lembut)

17 2 0
                                    

"Kau nak lari mana?"

Setapak aku berundur, setapak dia maju.

"J... jangan dekat!" Tubuhku sudah merapati dinding. Mataku ditutup rapat.

Seorang lelaki yang tidak kelihatan jelas wajahnya tersenyum sinis. "Tiada siapa yang boleh tolong kau."

"Arghh!" Secara automatik aku bangun dari pembaringan. Jantungku berdegup laju dan sedikit berpeluh dibahagian muka.

"Itu mimpi?" Monologku sendirian.

Aku mengerling jam disebelah. 5.54 pagi. Nampaknya aku dah boleh bersiap-siap untuk ke sekolah. Mandi, solat subuh dan sarapan. Rutin yang dilakukan setiap hari.

Usai solat subuh, aku menjejakkan kaki ke dapur. Aku melihat umi sedang menghidang sarapan pagi.

"Morning, umi, abi," sapaku.

"Morning," jawab mereka serentak.

Aku duduk bersebelahan abi. "Abi, esok cuti, kan?" soalku.

"Hmm..."

"Boleh tak kalau Izz nak keluar dengan Hyun? Kami ada assignment, so kena beli barang. Tapi tak keluar berdua, Izz bawa Izzah sebagai peneman," jelasku.

"Yes, sure."

Kami sekeluarga menikmati hidangan sarapan yang disajikan oleh umi.

ADUHAI! Banyaknya kerja sekolah, padahal subjek sejarah aje tapi ibarat 5 subjek kena buat. Buat nota tapi disuruh salinnya bulat-bulat dalam buku teks, baik pergi print satu buku teks terus!

Siapalah lagi kalau bukan Cikgu Anuar! Memang satu sekolah tak suka dengan cikgu itu disebabkan sombong, bagi kerja segunung dan macam-macam lagi. Kalau disebut satu-persatu, sampai esok pun tak sudah! Muka aje hensem tapi perangai ke laut.

Kalau mengajar, dia duk pot pet pot pet lepas itu bagilah nota banyak-banyak! Tapi apa-apapun, dia juga memberi kita ilmu, kan? Jadi hormat jelah dia sebagai cikgu.

"Sekarang salin nota dalam buku teks. Muka surat 56, 57, 58, 59 dan 60, salin semua termasuk pengenalan dan info," kata Cikgu Anuar lalu duduk bermain telefon. Kan, betul aku kata...

Terlihat Cikgu Maria terpacak dihadapan pintu kelas. Dia menghampiri Cikgu Anuar.

"Kelas awak ke sekarang? Kalau ya, boleh kot saya keluar. Lagipun saya tak suka sangat dengan mereka ni, menyampah." Spontan Cikgu Anuar berkata. Masing-masing buat muka menyampah.

Cikgu Maria diam mendengar kata-kata Cikgu Anuar. "Err... bukan cikgu, ni ada borang untuk keizinan pergi kem. Tolong edarkan kepada semua murid, terima kasih," pinta Cikgu Maria lalu keluar dari kelas itu.

Cikgu Anuar melihat ke arahku dan secara spontan aku melarikan pandangan.

"Awak," panggilnya sambil menghulurkan borang itu.

"S... saya?" soalku. Yelah dekat belakang dan tepi aku ni ada orang, mana tahu orang lain, kan?

"Ya, awak."

Aku mengeluh kecil. Aku bangun mengambil borang tersebut lalu mengedarkan kepada semua murid di kelas 3 Genius.

Tak pasal-pasal aku jadi mangsa. Huh!

"ESOK kita pergi naik dengan aku. Driver aku ambil," kata Hyun.

Aku melihat ke arahnya. "Betul ni? Tak susahkan awak?" soalku.

"Apa yang susahnya? Bukan aku yang bawa kereta."

"Kalau macam tu. Okay jelah," kataku.

"Hyun saya balik dulu. Pak Cik Ahmad dah sampai, jumpa esok," kataku lalu melambai ke arahnya.

Dia hanya tersenyum.

Aku memasuki rumah. "Aik... abi tak kerja ke harini?" soalku apabila melihat abi duduk di sofa.

"Entah abi ni, jarang tak pergi kerja," sambung Izzah pula.

"Hmm... kalau abi kerja, orang kata takde masa nak spend time. Kalau cuti, tanya pula kenapa tak pergi kerja," ujarnya.

"Alaa... orang tanya jelah." Izzah pergi menghampiri Encik Hamdan.

"Manja!" kataku sambil menjeling kepadanya.

"Cermin dirilah, abang! Padahal dia yang lebih manja," ujar Izzah.

Aku mengendahkan kata-katanya dan terus masuk ke bilik. Meja yang dipenuhi dengan pelbagai jenama pencuci muka, sunscreen dan lotion dikerling.

Aduhh... vitamin dah habis! Hmm... alang-alang esok keluar, beli teruslah, kan? Haihh... sudahlah, baik pergi mandi dan solat. Segarkan tubuh badan baru boleh berfikir dengan tenang.

Selesai memberi salam, kedua belah tanganku ditadah untuk berdoa.

"Ya Allah... ampunkanlah dosa kedua orang tuaku dan ampunkanlah segala dosa-dosaku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun... ampuni dan berkatilah keluargaku serta dekatkanlah kami kepada-Mu. Aaminn..." Aku bangun melipat sejadah lalu diletakkan pada tempatnya kembali.

Krek...

Aku menoleh ke arah pintu yang berbunyi. Terlihat susuk Puan Zahra dibalik pintu itu.

"Izz..." panggilnya.

"Ya, umi?" sahutku.

Umi menghampiriku. "Izz masih termimpi dan terbayangkan benda tu lagi?" soalnya padaku.

Aku menunduk lalu mengangguk kecil. "Baru malam tadi, umi. Izz takut."

"Izz sabar ya, Izz kena kuat." Umi cuba memberi kata-kata yang sudah menjadi rutin setiap harinya.

"Baik umi," balasku pendek.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jejaka Lembut | OGWhere stories live. Discover now