Dark' 53

2.2K 80 1
                                    

"Aku percayakan kau orang berdua." Aadyan letakkan tangan di bahu Aleeq. Matanya memandang Tengku Hanim yang berdiri di sebelahnya.

Aleeq angguk kepala sekali. Dia akan pegang amanah ini sebaik yang mungkin. Dia cuai sebelum ini tapi kali ini, biarlah dia lindungi Alia dengan satu-satunya nyawa yang dia miliki.

Aadyan melirik ke arah Alia yang masih tidak sedarkan diri. Langkah diambil ke arah isterinya. Punggung dilabuhkan pada birai katil seraya tangan isterinya ditarik ke bibir.

"Jaga diri dan doakan keselamatan abang diara. Semoga jasad abang masih bernyawa saat abang kembali ke pangkuan isteri abang." Ucap Aadyan dengan nada perlahan.

Ahli AS yang lain sudah pergi ke lokasi. Dia saja yang masih teragak-agak. Entah mengapa langkahnya terasa berat.

"Be strong for our child." Pesanan terakhir Aadyan sebelum dia labuhkan ciuman di dahi Alia. Dia pandang wajah Alia lama. Jika ini kali terakhir dia pandang wajah suci itu, biarlah dia tatap sebaik mungkin.

Nafas dia tarik dalam. Dia teguhkan hati, dia juga ada tanggungjawab pada AS. Dia juga harus pergi berjuang sama dengan mereka. Dia yakin isterinya akan baik-baik saja di rumah ini.

Pemergian Aadyan dihantar melalui ekor mata Aleeq. Selang beberapa minit, Aleeq hanya diamkan diri. Hairan Tengku Hanim.

Aleeq jauhkan sedikit tubuh daripada Tengku Hanim.

"Puas?" Aleeq menikam wajah cantik buah hatinya.

Wajah cantik itu berkerut halus. Puas?

"Is it you? Please tell me it's not you." Lemah bicara Aleeq saat ini. Wanita yang berdiri di hadapannya saat ini merupakan separuh jiwanya.

"What do you mean?" Terkebil-kebil Tengku Hanim. Apatah lagi melihat anak mata Aleeq yang semakin berkaca. Ini pertama kali dia melihat Aleeq sebegini rupa.

"Orang tu dekat dengan korang. Dekat sangat. Mustahil ahli-ahli AS. Bukan juga I. Bukan juga Ezra. Bukan juga Hanafi. It is you sayang?" Dia ulang ayat yang dikatakan Hanafi. Dia benci perasaan ini, tapi siapa lagi kalau bukan buah hatinya? Jika semua ini benar, lebih baik dia mati daripada menyakitkan wanita yang berdiri di hadapannya ini.

Tangan Tengku Hanim naik ingin menyeka air mata yang mengalir di lekuk pipi Aleeq. Dia tidak faham semua yang dikatakan oleh jejaka itu.

Aleeq menahan tangan Tengku Hanim. Satu lagi air mata jatuh membasahi wajah tampan itu.

"I can kill anyone but not you." Kali ini Aleeq tunduk. Lebih lama dia pandang wajah itu, dia rasa ingin melutut di atas bumi. Kalaulah tangan yang dia gengam selama ini tempat mengalirnya banyak darah, dia akan rebah. Hanya wanita ini buat dia lemah. Sayangnya dia pada Tengku Hanim sampaikan jika benar Tengku Hanim orangnya, lebih baik dia tutup mata. Seolah-olah dia tidak tahu apa-apa.

Tengku Hanim datang dekat pada Aleeq. Dia faham Aleeq sedang ragukan dia tapi dia tidak menyalahkan Aleeq. Malahan dia bangga pada Aleeq. Aleeq seorang yang amanah. Dia tahu Aleeq tidak pernah main-main dalam menjaga orang yang sudah diamanahkan untuknya.

Namun, Tengku Hanim sendiri berani angkat sumpah. Bukan dia.

Patutlah Aleeq hanya diamkan diri semasa mereka berdua berada di tingkat atas bersama-sama. Aleeq sedang bertarung dengan fikirannya sendiri.

"I swear to god. It's not me. I tak akan tergamak nak mainkan nyawa orang lain. Apatah lagi nak tikam belakang orang yang I sayang. Sumpah baby. Bukan I." Dicapai tangan kekar itu. Digengam erat untuk salurkan kepercayaan.

C | Dark: Aadyan Rafael Ariths Where stories live. Discover now