Dark' 54

2.3K 85 9
                                    

Damika hembus nafas pasrah melihat Hanafi dan Aadyan yang keluar dari dalam kereta Bugatti Chiron. Kereta Audi R8 milik Aadyan masih dalam tahanan polis.

"Why is he here?" Damika menunjuk ke arah Hanafi.

"I need to make sure you don't kill him." Jawab Hanafi selamba sebelum dia masukkan beberapa butir peluru ke dalam pistol jenis revolver.

"Sayang sungguh kau pada dia. Are you in love with him?" Kening Aiman naik tinggi.

"Shut up Aiman. Don't speak nonsense. Aku cuma nak pastikan Sherry dapat peluang dia. Dia pun layak nak teruskan hidup. Bukannya menderita dikawal terus oleh Shahrul." Hanafi masih dalam kesakitan tapi apa salahnya dia lupakan saja sakit ini buat seketika demi selamatkan satu nyawa yang tidak bersalah. Dia akan pastikan Sherry hidup gembira.

Daniel keluarkan satu jas berat sebelum dia baling ke arah Hanafi. Sempat Hanafi menyambut jas itu tapi wajahnya berkerut. Dia pandang sekeliling.

"Why don't you guys wear it?" Dia pandang satu demi satu tubuh ahli AS. Semuamya tidak mengenakan jas anti peluru. Situasi bahaya seperti ini dan mereka nak serahkan tubuh ke medan perang tanpa perlindungan.

"Tak sempat. It sahaja yang ada di rumah Aadyan." Jelas Daniel tatkala matanya memerhati riffle with silencer di tangan.

"Sempat atau tak sempat belakang cerita. Our priority is our own safety." Marah Hanafi. Seyakin itukah mereka masuk ke sarang musuh tanpa lindungi diri sendiri?

"Kalau korang tak pakai. Aku pun tak nak pakai. Adil." Hanafi serahkan kembali jas anti peluru itu kepada Daniel namun wajahnya dipandang tajam oleh sepupunya.

"Wear it Hanafi. Kau bukan Tuhan yang nyawa tak akan melayang. Kalau sebutir peluru singgah di tubuh kau, aku tak yakin kau masih bernyawa esok hari. You already lose a lot of blood you idiot." Terpaksa Daniel ingatkan Hanafi dengan cara keras. Hanafi juga seperti Aiman, selagi tak berkeras selagi itulah degil.

"Kau pun bukan Tuhan juga. Nyawa kau sama dengan aku. Cuma satu." Balas Hanafi.

Klak

Damika ingin menarik picu pistol.

Tumpuan mereka semua terus beralih ke arah Damika. Tiba-tiba suasana di sana bertukar senyap. Hanya terdengar bunyi bising serangga pada malam itu.

"Bukan masa sekarang kita nak bertekak. Daniel, Azim, Hanafi dan Aadyan pergi bangunan ini. Aku, Damia, Azam dan Aiman akan ke bangunan sebelah." Damika memberi arahan.

Aadyan angkat wajah memandang bangunan lama itu. Semoga ini akhir pertempuran mereka. Dia pandang pasukan kedua yang sedang berjalan masuk ke bangunan sebelah. Nafas dia tarik dalam.

"Aadyan?" Panggil Daniel. Tersentak lamunannya. Dia pun turut melangkah masuk ke dalam bangunan itu menyertai pasukannya.

 Dia pun turut melangkah masuk ke dalam bangunan itu menyertai pasukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | Dark: Aadyan Rafael Ariths Where stories live. Discover now