Dark' 60

2.2K 80 0
                                    

Semuanya berlalu sungguh cepat. Penantian 12 jam bertukar kepada hari. Sudah lima hari sejak Alia menghilang namun mereka masih tidak menjumpai jejak di mana Alia disorokkan. Ahli-ahli AS sudah menjumpai segala maklumat tentang Nur Atiqah kecuali lokasi wanita itu.

Mereka sudah tahu nama sebenar Nur Atiqah ialah Angelina Veleny. Angel berasal daripada Sarawak. Wanita itu datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tapi mungkin sesuatu terjadi pada wanita itu. Dipercayai Angel hanya mampu menyewa bilik di bandar besar Kuala Lumpur. Mungkin pertemuan Huzair dan Angel berlaku semasa Angel bekerja di satu restoran makan sebagai pelayan. Ini cuma teori mereka. Disebabkan hubungan mereka yang semakin serius, Huzair mengajar wanita itu tentang dunia hacking.

"Kau asyik termenung. Hampir nak tembus dinding tu." Tegur Aiman sedari mata Aadyan tidak berkelip memandang dinding di hadapan. Aiman labuhkan punggung di sofa hadapan Aadyan.

Tiada respon daripada Aadyan.

"Woi!" Tempik Aiman kuat. Pekak pula.

Tersentak Aadyan dari lamunannya. Dia segera memandang Aiman yang duduk di hadapan.

"Otak kau melayang ke mana? London? Dengan jambang tak reti nak cukur. Kau tak payahlah tunjuk yang kau depressed sangat." Bebel Aiman dengan gelengan kepala. Wajah Aadyan nampak sungguh tak teratur. Mana Aadyan yang kacak lagikan tampan.

"Malas." Jawab Aadyan sepatah sebelum dia pandang atas muka meja.

"Malas. Malas. Malas. Kau kalau malas sangat nak urus diri sendiri, baik kau kahwin lagi satu. Atau kau nak aku tolong cukur jambang serupa pak cik kau tu."

Laju Aadyan menggeleng dengan hembusan nafas.

"Sibuklah. Kejap lagi aku cukur." Getus Aadyan geram.

"Aku tahu yang kau risaukan Alia tapi aku pula risau keadaan kau. Serupa mayat hidup."

Daniel yang baru menapak masuk ke dalam second base Ariths Security, terus atur langkah ke ruang tamu. Sebaik tiba di ruang itu, dia letakkan helmet pada atas meja sebelum dia duduk di sebelah Aiman.

"What's wrong?" Soal Daniel.

"Kau pandang si Aadyan tu. Muka macam bapa orang." Aiman menunjuk ke arah Aadyan.

"But he will become a father. Alia mengandung." Ucap Daniel.

Mendengar bicara Daniel, semakin Aadyan rasa tidak berdaya. Masih hidupkah anaknya? Isterinya sahaja tidak tahu hidup atau mati, inikan pula anak mereka.

"Aku naik kejap. I will comeback with better image." Aadyan berkata lemah sebelum dia melangkah pergi. Bukan sahaja Aiman yang pertama menegur penampilannya, malah kedua orang tuanya juga menegur Aadyan yang semakin tidak terurus.

Sudah lebih 30 minit Aadyan berada di atas, Daniel dan Aiman masih lagi berehat di ruang tamu.

Getaran kuat pada meja mengalihkan pandangan Aiman dan Daniel ke arah telefon Aadyan. Aiman menggapai telefon itu. Dahinya sedikit berkerut sebelum dia tunjukkan muka skrin pada Daniel.

"Should I pick up?" Soal Aiman. Seseorang dengan nombor tidak dikenali mengubungi telefon pintar itu.

Daniel gelengkan kepala. Tabiat tak baik menjawab telefon orang lain tanpa izin.

"Biarkan saja dulu."

Aiman baru ingin letakkan telefon kembali, telefon itu bergetar sekali lagi.

"Are you sure?" Tanya Aiman sekali lagi. Rasanya penting memandangkan nombor itu tidak henti-henti menghubungi Aadyan.

C | Dark: Aadyan Rafael Ariths Where stories live. Discover now