ㅤ
ㅤ
ㅤ
flashback chapter
───────────
2 years ago⚘
"Hari ni kita ada keluarga baru. Perkenalkan, Kim Dahyeon. Dia berumur 20 tahun jadi adik-adik dekat sini wajib hormat Dahyeon macam kakak sendiri tau"
Adik-adik yg lain hanya mendiamkan diri mendengar penjelasan sang warden. Areum berasa tidak sedap hati dengan situasi sekarang.
"20 tahun?" Bisiknya, tak percaya.Kenapa pula pengurus menerima ahli baru yg berumur 18 tahun ke atas? Setahu Areum, tempat ni cuma menerima anak yatim piatu yg berumur 18 tahun ke bawah tapi Dahyeon sudah genap berusia 20 tahun. Penampilannya juga kelihatan baik baik sahaja. Tambah tambah lagi gadis itu sedang mengenakan jam tangan mahal yg terkini. Mencurigakan.
"Mama, kenapa kita terima masuk Kim Dayeon sedangkan dia dah genap 20 tahun?" Tidak tahan tertanya-tanya, dia pun mengutarakan soalan itu kepada sang pengurus.
"Tak apa lah. Kasihan Dahyeon. Tiada rumah anak yatim yg sudi menerima dia. Lagipun Areum, kamu pun sudah genap berumur 23 tahun. Apa salahnya?"
Areum mengerutkan dahinya tetapi mencuba sebaik mungkin untuk terlihat tenang. "Tapi mama, saya dekat sini bukan sebagai anak-anak yatim yg patut dijaga lagi tapi sebagai tukang masak dan pembersih. Tak sama"
Wanita berusia 50an yg disebut sebagai mama tadi hanya mendiamkan dirinya lalu beredar. Areum mengeluh kecil. "Hah.."
⚘
Pada malam itu, Areum menjalankan tugasan hariannya seperti biasa. Berkhidmat. Waktu anak-anak tidur di situ lah waktu dia menyediakan makanan.
"Hei. Kau tukang masak dekat sini? Sedap ke tak masakan kau?"
Areum menoleh menghadap Dahyeon yg tiba-tiba datang. Dahinya berkerut hairan. "Citarasa masing-masing, saya tak dapat jawab soalan tu. Tapi awak buat apa dekat sini? Sekarang waktu tidur"
Dahyeon tertawa kecil mendengar jawapan itu. Perlahan-lahan menghampiri Areum dengan riak muka sombong. Tangannya juga dilipatkan pada dadanya. Selamba saja dia mengambil kotak kecil di dalam poket. Apa lagi kalau bukan rokok! Terang-terangan melanggar peraturan.
Asap rokok ditiupkan tepat pada wajah Areum. Kemudian hujung puntung rokok tersebut dicelupkan ke dalam sup yg sedang mendidih. "Tambahkan perasa"
"Hei!" Areum sudah cemas cuba untuk menyelamatkan masakannya. Tangannya automatik menolak Dahyeon menjauh. "Apa masalah kau ni!" Tengkingnya geram.
"Aku akan buat laporan"
Belum sempat membuka langkah, tanpa disangka-sangka rambutnya dijambak oleh Dahyeon. Kemudian tubuhnya dicampakkan ke dinding. Dahyeon mulai menampar pipinya beberapa kali seakan-akan tidak merancang untuk berhenti sama sekali. "Ah!"Dahyeon tertawa jahat. "Kau tahu, anak orang kaya macam kami ni ada kumpulan rahsia. Tempat kitaorang berseronok dan macam-macam permainan."
Areum merintih kesakitan di atas lantai. Tubuhnya menggeletar ketakukan kerana dirinya yg dulu tidak sama seperti sekarang. Bahkan tidak mampu untuk berdiri semula. Bibirnya berlumuran darah.
"Dan hari ini, aku dapat cabaran untuk bakar rumah anak yatim ni. Kalau aku berjaya aku akan dapat berseronok di kelab malam. Mabuk dan menari"
Terbeliak mata Areum mendengar pengakuan gila daripada Dahyeon itu.
"Dasar perempuan gila! Semua larikan diri!! Larikan diri!!"
Areum menjerit keras memberi amaran kepada semua orang di sana.Dahyeon pergi begitu saja sambil tertawa gembira. Areum sudah panik. Laju dia bangun cuba untuk mengejarnya namun langkah kakinya terhenti di kala melihat keadaan sekeliling. Api marak menjilat ke atas siling bilik di mana anak-anak yatim semua berkumpul.
"D-diorang semua tengah tidur tadi."
Air mata Areum gugur di saat menyedari kebarangkalian semua orang sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dahyeon si gila itu sengaja membiarkan dia terselamat demi menyiksanya.Areum menyaksikan kematian rakan-rakannya yg lain di hadapan matanya sendiri sehingga datang ahli bomba mengeluarkan dirinya ke tempat selamat secara paksa.
Di situ lah permulaan segala-galanya.
⚘ ───────────
YOU ARE READING
(DISCONTINUED) ❝Whisked Away❞ + Jungwon
Short Story15+ Siapa sangka teman baik perempuan Jungwon yg terdahulu sangat manis dan lembut kini menjadi salah satu penjenayah dikehendaki pihak polis. Paling teruk sekali, Jungwon sendiri diperintahkan untuk menangkapnya. ❝If you ever want to arrest me. Th...