ㅤ
ㅤ
ㅤ
Flashback chapter,
almost 8 years ago
───────────
08 Januari 2016⚘
Tanpa disedari sudah melebihi 5 bulan mereka 'terpisah'. Sekurang-kurangnya, hari ini Jungwon telah diizinkan untuk bercuti sehabis lulus peperiksaan. "Akhirnya boleh jumpa Areum!"
Laju kakinya dihayunkan berlari menuju ke panti asuhan. Setibanya di sana dia segera memanjat tembok belakang. Kebetulan Areum sedang menyapu deduan kering di situ. Penyapu dicampak begitu saja sebaik sahaja pandangan mata mereka bertemu. "Jungwon?!"
"Aku rindukan kau!" Si gadis berlari anak menghampiri tembok yg sedang diduduki puncaknya oleh pemuda yg dinanti-nantikannya selama ini. Kedua-dua tangannya dibuka, memberikan isyarat supaya Jungwon boleh lompat ke dalam dekapannya. "Sini!"
Jungwon dengan nakalnya benar-benar melompat ke tubuhnya. Bap! Mahu lenyek tubuh mungil itu dihentak oleh lelaki yg jauh lebih besar daripadanya. Nasib baik belakang kepalanya sempat dipegang oleh Jungwon, melindunginya daripada tercedera.
Kalau tidak, ada lah kepala manusia yg pecah dekat sini nanti.
"Ah.. Kau okey?" Jungwon ketawa kecil di atas manakala empunya badan yg terhempap di bawah itu tidak memberikan tindak balas. Membuatkan senyuman Jungwon lenyap. "Areum?! Kau mati ke weh?!"
"BAHAHAHA"
Begitu saja dia digula-gulakan oleh Areum. Ketawa sakan dia kenakan Jungwon. "Tak ada lah sampai mati" Senyuman lebar dihadiahkan. Masih terbaring di posisi yg sama, dia memeluk Jungwon dengan erat. "Aku rindukan kau. Dah jadi bakal polis ke ni?"Jungwon menekup mulut menahan malu. Boys will always be boys. Percaya atau tidak, pipinya membahang teruk!
Laju dia meleraikan pelukan mereka lalu berdiri tegak. Belakang tengkuk digaru pelan. Dia ketawa palsu. "Ha.. ha. Ya aku dah jadi bakal polis! Tengok ni!" Jungwon menunjukkan surat hasil peperiksaaannya.
Straight A!
"Wah Jungwon pandainya kau!" Areum meloncat-loncat gembira. Tersenyum kecil Jungwon memandang reaksi comelnya itu.
"Areum, sini. Bagi tangan kau"
Jungwon menyambut tangan si gadis dengan lembut. Sebentuk cincin indah disarungkan pada jari telunjuknya. "Kau suka? Cantik, kan?"
Areum membeku terkejut. Mulutnya menelopong melihat cincin di jarinya sekarang. Untung lah dapat kawan anak orang kaya macam Jungwon.
"Ni custom ring tau, kau seorang je miliki cincin bentuk macam ni. Aku ordered ni khas untuk kau. Aku siap lukiskan contoh lagi tau. Sebab kau kata kau suka bentuk clover. Designer cincin ni dari Seoul, aku minta tolong ayah aku sampaikan. Aku harap, dengan cincin ni kau akan sentiasa bertuah dan selamat-"
Terputus kata-katanya di saat Areum memeluk tubuhnya. Jungwon terkekeh sebelum memejamkan matanya dan membalas pelukan. "Aku harap kita akan kekal bersahabat baik sampai lah aku jadi polis dan belikan piza guna duit daripada titik peluh aku sendiri"
Kepala dianggukkan. "Good luck, Jungwon. Aku tahu ini kali terakhir kita dapat berbual sebab kau akan sambung belajar di Seoul nanti. Belajar elok-elok tau. Aku tak sabar nak tengok kau pakai uniform polis" Terselit nada sedih dan gembira pada masa yg sama. Areum tersenyum manis.
"Thank you so much and I will miss you, Areum"
Pilu hati Jungwon setelah mengetahui bahawa cincin yg dihadiahkan kepada Areum beberapa tahun lalu itu malah digunakan untuk membunuh seseorang. Padahal dia memberikannya sebagai simbol bernasib baik ataupun bertuah..
⚘ ───────────
YOU ARE READING
(DISCONTINUED) ❝Whisked Away❞ + Jungwon
Nouvelles15+ Siapa sangka teman baik perempuan Jungwon yg terdahulu sangat manis dan lembut kini menjadi salah satu penjenayah dikehendaki pihak polis. Paling teruk sekali, Jungwon sendiri diperintahkan untuk menangkapnya. ❝If you ever want to arrest me. Th...