ㅤㅤ
ㅤㅤ
ㅤㅤ⚘
Jungwon menyusun fail-fail kes berkenaan di atas meja seraya mengerling jam tangannya sekilas. Di telinga pula ada telefon pintar melekat, kepala disengetkan pada bahu, diselitkan benda itu disitu sementara berbicara di talian bersama seorang anggota polis berpangkat lebih tinggi.
Multitasking orang kata.
"Ah, maaf. Saya tak boleh ikut minum dekat luar malam ni. Baiklah. Saya faham"
Usai menamatkan panggilan, Jungwon langsung mencapai briefcase miliknya lalu membawa ia keluar dari situ. Tak lama kemudian, dia menghampiri kereta miliknya sambil menguap lelah. Butang kunci kereta ditekan sebelum membuka pintu, dicampaknya masuk briefcase tadi ke sebelah kerusi penumpang.
"Penat betul" Luahnya bersama keluhan ringan. Belakang disandarkan pada tempat duduk, menatap titisan air hujan yg perlahan-lahan mendarat pada cermin kereta. "Hujan?"
Tangannya mulai menyentuh stereng kereta dan kakinya pula bertindak menekan pedal minyak.
Tanpa basa basi terus pergi meninggalkan tempat kerjanya. "Akhirnya, aku boleh berehat"⚘ ───────────
Tubuh semakin tidak terasa. Berjalan terhuyung-hayang bagai dalam keadaan mabuk. Tapi kenyataannya, Jungwon cuma terlalu kelelahan! Penat bekerja dan memikirkan bagaimana harus menguruskan keadaan Hwang Areum. Teman baiknya yg telah berubah ke arah yg salah itu.
"Kenapa aku sampai sanggup buat macam ni?" Gumamnya. Dia membaringkan diri pada sofa sambil meraup muka frustrasi. "Polis jenis apa lindungi penjenayah yg sepatutnya aku tangkap sendiri?" Terus menerus bertanya kepada diri sendiri.
"Tapi aku tertanya-tanya kenapa Areum sanggup membunuh-"
Mulutnya terkatup rapat tatkala mendengar bunyi ketukan bertalu-talu datang dari pintu utama. Siapa pula datang ni? Ni mesti Heeseung ni."Ya, kejap!"
Jungwon mendengus malas.
Tetapi masih tetap bangun. Sebaik sahaja dia menguak pintu, terpampang kemunculan Hwang Areum di tengah-tengah hujan. Ini lah teman baiknya yg sedang menjadi buruan pihak polis di saat ini.
"Areum?" Tidak menduga akan kehadirannya. Gadis ini datang ke sini bagaikan ingin menyerah diri ke pihak polis sendiri. Padahal sudah bersusah-payah Jungwon menghapuskan bukti-bukti.
"Jungwon, s-sakit. Ergh.." Bisik Areum sambil menekan luka tikaman di perutnya. Berdarah-darah dia datang ke sini semata-mata meminta pertolongan. Tubuhnya basah kuyup. Lain lagi wajahnya yg kelihatan pucat itu. Teruk sungguh penampilannya sekarang!
Kakinya pun sudah tidak mampu lagi untuk menumpang berat tubuh, hampir-hampir saja dia rebah ke atas lantai. Nasib baik lah Jungwon cepat-cepat menyambut pinggangnya. "Siapa buat kau macam ni?"
Peluang berada di hadapan mata. Kalau Jungwon tangkap Areum hari ni, mesti dia akan dinaikkan pangkat. Keadaan gadis ini juga sangat buruk. Seakan-akan memberi lampu hijau untuk memberkasnya. Namun, sudah tidak terlintas langsung difikirannya untuk menangkap bekas teman baik kesayangannya ini.
Sehingga terlupa tugas sendiri, dia malah membawa masuk si pembunuh ke dalam rumahnya.
"Areum. Tahan sikit, ya?" Jungwon membaringkan Areum pada ribanya sambil merawat luka-luka parah tersebut. Perlahan-lahan dia menyelak baju Areum ke atas sewaktu membalut bekas tikaman di perutnya.
"Ssstt! Sakit lah!" Areum merengis kesakitan. Automatik melibaskan tangannya pada pipi Jungwon. Membuatkan lelaki itu menghentikan gerak-gerinya, terperanjat. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba kena tampar.
"Ah, maafkan aku. Sakit sangat. Tangan bergerak sendiri tadi"
Mendengar kata maaf itu berjaya membuatkan air muka Jungwon berubah menjadi gembira. Dia menarik senyuman tipis lalu meneruskan sesi merawat luka-luka yg lain.
Beberapa minit berlalu, Areum memutuskan untuk bersuara. Memecahkan kesepian di antara mereka berdua.
"Jungwon"
"Hm?"
"If you ever want to arrest me, then do it now"
⚘ ───────────
YOU ARE READING
(DISCONTINUED) ❝Whisked Away❞ + Jungwon
Conto15+ Siapa sangka teman baik perempuan Jungwon yg terdahulu sangat manis dan lembut kini menjadi salah satu penjenayah dikehendaki pihak polis. Paling teruk sekali, Jungwon sendiri diperintahkan untuk menangkapnya. ❝If you ever want to arrest me. Th...