Chapter 1

546 51 2
                                    

Assalamualaikum semua.Saya harap semua baca cerita ni.Saya mintak maaf kalau ada yang kurang,skema atau cringe.
  Selamat membaca semua😆
Jangan lupa untuk vote dan komen❤︎

  Aisyah adalah seorang gadis yang sedikit pendiam dan pemalu apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenalinya.Tetapi jika soal untuk tampil di hadapan dan menjadi pengacara majlis,sikap pemalu dan pendiamnya ditolak tepi dahulu.

Aisyah juga seorang gadis biasa yang masih bersekolah menengah di sekolah biasa.Aisyah juga mempunyai seorang kawan rapat,iaitu Aira Safiyyah.Walaupun mereka berdua kawan rapat,sikap mereka berdua amat berlainan kerana Aira adalah seorang gadis yang sangat extrovert dan hyper.Sangat lain dengan Aisyah yang sedikit pemalu dan pendiam.

"𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫.𝐉𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐤𝐮𝐥 7:15 𝐦𝐢𝐧𝐢𝐭 𝐩𝐚𝐠𝐢.𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐞𝐣𝐚𝐩 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚" kata ketua pelajar sekolah melalui mikrofon

Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi kesemua pelajar setelah lamanya mereka bercuti sekolah.

"Aisyah,jom pergi dataran sekolah sekarang.Kalau kita pergi sekarang,nanti kita dapat tempat yang dekat dengan abang senior yang hensem - hensem " kata Aira dengan perasaan yang teruja

"Astaghfirullah,Aira.Jaga pandangan Aira.Jangan berasa seronok melihat seseorang yang bukan mahram kita,terutama para ajnabi"

"Alaaa..... nak tengok sikit je bukan pegang pun" kata Aira dengan suara yang sedikit merengek

Aisyah menggeleng kepala melihat kawannya yang tidak mendengar nasihatnya.

"Aira,kita sebagai perempuan kena ada sifat al haya' iaitu sifat malu.Kalau sifat malu kita sebagai perempuan hilang,maka hilang la segala keindahan pada diri kita.Aira fahamkan maksud Aisyah?"

Aira terdiam seketika setelah mendengar kata - kata Aisyah dan mengangguk kepalanya sebagai tanda dia faham.

"Aira faham.Terima kasih Aisyah sebab ingatkan Aira yang astaghfirullah ni"

"Sama - sama Aira" kata Aisyah kepada Aira sambil tersenyum yang menampakkan lesung pipitnya yang comel

Sementara di tempat lain iaitu di tahfiz darul muarrif,Luth sedang membaca surah yasin sebagai pilihannya pada waktu pagi setelah menunaikan solat subuh.

"Audzubillahiminasyaithonirrojim,bismillahirrahmanirrahim...yasiin.."

Suara Luth kedengaran begitu merdu apabila membaca surah tersebut.Suaranya yang merdu itu boleh membuatkan para gadis terbuai apabila mendengarnya.Walaupun ramai gadis yang meluahkan perasaan padanya,dia tetap menolak walaupun gadis tersebut seorang ustazah dan pelajar tahfiz.

Setelah selesai membaca surah yasin,luth menyimpan peralatan solat dan al quran kembali.Selepas itu,luth pergi berjumpa dengan abinya di ruang tamu yang sedang menonton rancangan "Tanyalah Ustaz"

"Assalamualaikum dan selamat pagi abi" sambil memberi senyuman kepada abinya

"Waalaikumussalam dan selamat pagi luth" membalas senyuman kepada luth

"Abi,Luth nak cakap sikit ni tapi abi jangan terkejut pulak"

"Luth nak cakap ape? Bunyi macam serious je abi tengok"

"Luth nak kahwin"

"HA?!" terbeliak mata abi akibat terkejut

"Kenapa abi? Umur luth pada usia 24 tahun dah sesuai untuk kahwin.Kan abi pernah kata kahwin muda tu sunnah"

"Abi cuma terkejut bila luth kata luth nak kahwin.Sebab sebelum ni kan luth selalu tolak bila ada perempuan yang luah perasaan kat luth.Abi ingatkan luth ni nak bujang sampai ke tua"

"Luth cuma tak berkenan kat mana - mana perempuan je waktu ni"

"Haih,nanti abi bincang dengan umi.Baru lepas waktu subuh dah cakap pasal kahwin.Mimpi ape semalam?"

"Kenapa abi cakap macam tu?Abi tak suka ke kalau luth nak kahwin? Abi dengan umi tak terasa nak gendong cucu ke?"

"Eh,kamu ni.Abi tanya sepatah,kamu jawap sepuluh patah.Memang ikut umi kamu betul" sambil menggelengkan kepala

Maaf la kalau semua rasa first chapter ni membosankan.Saya punya otak tak nak memberi kerjasama untuk memerah banyak idea kat first chapter ni.Macam karangan la pulak.Maafkan saya ek.Saya baru nak belajar menulis.Terima kasih sudi membaca walaupun penulisan saya ni hauk.🙂

𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒍𝒖𝒑𝒂 𝒗𝒐𝒕𝒆 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒐𝒎𝒆𝒏 😆😊

              𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 ❤︎

PUTERA SUBUH  Where stories live. Discover now