Chapter 14

203 25 2
                                    

Keesokan harinya Adrian pergi ke rumah Luth dalam keadaan yang serabut kerana dia bermalam di office semalaman akibat banyak kerja yang menumpuk di mejanya.Mentang - mentang Luth ni bos dia bagi banyak kerja kat Adrian.Belum lagi kerja Luth yang dia kena buat.Luth datang office pun jarang sebab dia perlu berada di tahfiz abinya.

"Assalamualaikum!"

Umi membuka pintu.

"Waalaikumussalam.Eh,Adrian.Kenapa dengan kamu ni? Serabai umi tengok.Mandi ke tak ni?" Soal umi bila lihat Adrian dah rupa tak macam orang  dah.

"Umi,Luth mana? Adrian nak jumpa dia." Sambil mendengus geram.

   "Luth ada kat bilik dia.Kejap ye.Umi panggil Luth kejap." Tak sempat umi ingin memanggil Luth,Adrian dah halang.

"Takpe umi.Biar Adrian pergi sendiri ke bilik Luth.Umi rest je.Biar Adrian ajar sikit Luth tu apa itu langit dan bumi." Adrian melangkah kaki nya ke bilik Luth dengan cepat.

  Umi memandang sosok Adrian yang melangkah laju manaiki tangga tersebut.

  "Langit dan bumi?" Hairan.Dah kenapa nak ajar Luth apa itu langit dan bumi pulak? Pelik.

     Sesampainya Adrian di bilik Luth,dia menghempas kuat pintu bilik Luth membuatkan Luth yang sedang membaca al quran di mejanya pun terkejut.

"TENGKU MUHAMMAD LUTH AIMAN BIN TENGKU  MUHAMMAD LUQMAN!" Seru Adrian dengan nada yang lantang.

Luth menutup qurannya dan memandang Adrian.

"Ya.Nak apa? Kau jerit macam orang kena rasuk kenapa? Aku tengah muraja'ah pun kau nak kacau.Habis muraja'ah aku." Sambil mencebikkan bibirnya kedepan.

PAK!

"Aduh! Sakit la woi! Kau kenapa pukul kepala aku ha?!" Sambil mengusap kepalanya yang berasa sakit akibat pukulan Adrian di kepalanya.

"Padan muka kau! Yang kau bijak pergi bagitahu budak ketot alamat office tu kenapa?! Tak pasal - pasal aku terjerkah dia kau tahu tak!" Marah Adrian.

Luth memandang Adrian dengan riak wajah yang tak percaya.

     "Kau jerkah perempuan? Bijaknya kau.Kau tahu tak hati seorang perempuan ni lembut? Mesti terkejut dia sebab kau jerkah dia semalam." Tambah Luth supaya Adrian merasa bersalah sebab jerkah si Aira tu.

   "Aku tak sengaja la! Ni semua salah kau tahu tak?! Punya ramai pekerja kat office,kau bagi banyak kerja kat aku! Aku ni tak mandi dari semalam disebabkan kerja yang kau bagi tu! Lepastu si budak ketot tu datang office.Mana tak stress aku dia kacau waktu aku tengah stress buat kerja?!" Mengacak kasar rambutnya yang serabai.

          "Aku rasa kali ni kau dah buat kesalahan besar.Entah - entah budak tu dah tawar hati dengan kau sebab kau jerkah dia." Kata Luth menimbulkan perasaan yang tidak tenteram di lubuk hati Adrian.

Tapi Adrian kisah apa.Bukannya dia suka pun kat Aira.Lagi bagus Aira tu dah tawar hati.Baru hari tu kenal dah ajak kahwin.Gelojoh betul!

"Lantak dia lah.Siapa suruh kacau aku waktu aku buat kerja.Sikit - sikit merajuk.Dasar budak ketot.Ingat comel la dia buat muka kesian dia tu.Serabut aku! Dah macam jaga budak kecik kau tahu tak?!" Ujar Adrian dengan wajah yang serabut.Stress sangat Adrian ni.

Luth tersenyum nakal.

"Stress ke rindu?" Usik Luth.

Adrian menjeling.

"Dia bukan mahram aku untuk aku rindu." Bidas Adrian.

"Jadi,kau halalkan je la dia.Boleh kau rindu dia." Balas Luth.

PUTERA SUBUH  Where stories live. Discover now