~1~

24 6 14
                                    

Nama aku Emny Kaisara Binti Dato' Rashid. Umur aku? rahsia! Nanti korang akan tahu juga. Jalan hidup aku ni takde lah indah mana. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang berada, hidup aku tetap sepi sejak 10 tahun yang lalu. Ya, aku sebatang kara. No parents and no siblings. 10 tahun yang lalu, mummy aku meninggal akibat penyakit kanser otak. How about daddy? Aku tak tahu. Dia menghilangkan diri sejak kematian mummy aku. Masa tu aku berumur 14 tahun. Remaja. Dia hantar aku ke rumah kawan dia yang hidup sebatang kara. Seorang wanita berusia awal 40-an. Aunty Lily.

Sejak ditinggalkan oleh daddy, aku hanya hidup berdua dengan Aunty Lily. Aunty Lily layan aku bagai menatang minyak yang penuh. Aku bahagia dengannya dan pada masa yang sama aku kesian dengannya. Kenapa? Sebab dia ada dua orang anak lelaki tapi tiada seorang pun anaknya yang menghiraukannya. Langsung tak menjenguknya di Syah Alam. Bila teringatkan dua orang anak lelaki Aunty Lily, aku teringat juga kepada adik perempuan aku. Ya, aku ada adik! Dua tahun muda dari aku. Aku rindu dia. Daddy aku pisahkan kami berdua. Adik aku, Alya Qistina. Dia dibawa oleh daddy. Herm, sadis jugak rupanya hidup aku bila cerita macam ni tapi apakan daya, dah takdir hidup aku macam ni.

"Inspektor Emny Kaisara binti Dato' Rashid!" Tiba-tiba seseorang memanggil namaku. Pantas saja aku berpaling. Terus terbang lamunanku dek sergahan mengejut itu. Nasib baiklah aku ni bukan jenis yang melatah. Kalau tak, ada jugak orang masuk ICU hari ni.

"Ralit betullah kau ni, Emny! Dari tadi aku panggil, kau buat tak tahu je." Marah Alisa, kawan sehidup semati aku. Eleh!

"Relaks la. Jangan marah-marah. Ha, kenapa? Kalau pasal lunch, macam biasa lah. Aku belanja." Ujarku sambil mengangkat sebelah keningku ala-ala Ziana Zain. herm, dah biasa.

"Bukanlah!! Ketua panggil kau sekarang!" Balas Alisa sambil menepuk bahuku kuat. Geram barangkali.

"HUH??" Sepantas kilat aku berlari ke arah bilik ketua. Alamak! Aku ada buat silap apa-apa ke ni?

--------------------

Aku termenung sendirian di atas bangunan pejabatku. Pandanganku jatuh pada lalulintas yang kelihatan agak sesak. Haih. Berat hati aku nak tinggalkan bandar ni. Negara ni.

~flashback~

"Emny, esok kamu akan ditukarkan ke China.."

"APA??" Aku menjerit nyaring tanpa sedar akan keterlaluan diriku.

"Inspektor Emny, listen to me first!" Ketua ku, Tuan Badrul mencerlung tajam.

Aku mengetap bibir. Ops, sorry. Dengan laju, aku mengangguk sambil menunduk.

"Tuan Chen Liu perlukan khidmat kamu disana. Dia bangga dengan kejayaan kamu menyelesaikan banyak kes jadi dia inginkan kamu untuk uruskan satu kes yang mungkin berisiko tinggi. K.."

"Kes apa t..." Aku terlepas bertanya sebelum dikerling ketua. Haih, tutuplah wahai mulutku!

"Kamu akan tahu tentang kes tu semasa kamu sudah berada di sana. Jadi, saya rasa itu saja yang saya nak cakapkan. So, you can go now." Tuan Badrul memandangku tunak. Aish, garangnya muka tu! Tak boleh senyum sikit ke, cik abang?

"Err, tuan! Saya nak tanya ni. Kalau saya nak tarik diri boleh?" Aku bertanya dengan berani. Iyelah, malu bertanya sesat jalan.

"Are you crazy? NO!!" Tuan Badrul berkata lantang. Gulp, telan air liur aku dibuatnya.

"Tapi tuan..."

"Takde tapi-tapi! Kamu perlu pergi ke sana esok juga! Kalau tak, tahulah kamu nanti apa padahnya! Ingat, jangan malukan kita!" Jerkah Tuan Badrul. Aku merungut dalam hati. Esok? Cepatnya!

"Baik, Tuan."

~end flashback~

Esok. Ye, esok. Aku merungut lagi. Kalau aku pergi, macam mana dengan Aunty Lily? Macam mana dengan tunang aku, Haidar? Ahh, I'm gonna miss both of you!!

~hello sayang, tengah buat apa..~

Aku terkejut. Yah, baru fikir dah call. Ah, tunangku. I'm miss you.

"Assalamualaikum, Haidar!!" Ceria aku bersuara.

"Waalaikumussalam, my girl. So, how are you today? Happy?" Haidar bersuara garau. Suaranya itulah selalu membuatkan aku terbuai. Auch!

"Not really, dear. Saya...." Aku serba salah memberitahunya tentang pertukaran aku ke China. Aduh, macam mana ni?

"Awak apa? Tell me, sweety." Tanya Haidar pula. Dia berkerut kening. Apa terjadi terhadap tunangnya?

"Tadi ketua panggil saya dan dia kata saya kena pindah ke China esok untuk bantu Tuan Chen Liu selesaikan satu kes kat sana." Aku berterus terang.

Senyap. Aik? Kenapa ni?







Nak tahu selanjutnya? Wait for next chapter! Tapi entah bila lah, sayang. Insha Allah, doakan yang baik-baik saja yer. Btw, happy reading ❤️ don't forget to vote and comment ❤️



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DANGEROUS LOVE (OG)Where stories live. Discover now