"Kau betul nak join group aku?" Soal mister L.
Mikayla Arabella mengangguk dengan muka tiada perasaan.
Dia nekad.
"Kau tahu syaratnya bila dah masuk group aku. Aku tak suka pengkhianat" ujar mister L sinis.
Mikayla angguk lagi.
Dah macam burung belantuk.
"Kenapa kau nak sangat join group aku?" Soal mister L. Dia mengeluh. Susah bercakap dengan Mikayla yang pendiam ni.
Hanya tahu angguk sahaja. Dia stress tahu tak.
"Aku cuma inginkan keadilan" ujar Mikayla perlahan.
"Group aku tiada perempuan"
"Ambil aku sebagai perempuan pertama yang bekerja dengan kau"
"Kalau kau nak duit, aku boleh bagi" ujar mister L.
"Kau tak paham bahasa ke? Aku cakap aku nak join group kau kan" ujar Mikayla kasar. Sejurus itu dia bangun dan memandang tajam ke arah mister L.
"Cuba kau bagitahu sebab dia kenapa? Kenapa nak sangat keadilan" Pujuk mister L.
"Kalau kau ada duit kau boleh beli keadilan. Tapi kalau kau tiada duit kau tak boleh beli keadilan" ujar Mikayla Arabella perlahan lalu dia pergi tinggalkan tempat itu.
Mister L mengeluh.
"Esok kalau dia datang, korang ajar la dia cara untuk pertahankan diri. Aku taknak anak buah aku lemah" ujar mister L kepada anak buahnya yang lain.
***
Mikayla Arabella berhenti di suatu tempat. Dia hanya melihat tempat itu dengan perasaan yang bercampur baur.
Dia memejam rapat matanya seketika untuk menghalau kenangan lalu.
"Mak, ayah" ujar Mikayla sebak. Jatuh airmatanya teringat keluarganya.
Ye, dia sedang berada di sebuah rumah kayu usang yang rentung. Kini rumah itu hanya tinggal debu.
Dia saksi segalanya.
Dia melihat segalanya.
Kesakitan.
Jeritan.
FLASHBACK
"Tolong, encik tolong saya" ujar Mikayla teresak-esak.
"Maafkan kami dik tapi keluarga kamu meninggal dalam kebakaran" kata seorang anggota polis disitu.
"Tak. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Ada orang bunuh keluarga saya lepastu diorang bakar rumah saya. Saya nampak semuanya encik" adu Mikayla.
Dia takut.
"Penipu!!!" Jerit suara seseorang disitu.
Itu jirannya.
Elly.
Anak makcik joyah, dia memang sudah lama tidak puas hati dengan Mikayla.
"Saya nampak dia yang bakar rumah ni encik" adu Elly.
Buntang mata Mikayla apabila dituduh begitu.
"Kenapa aku nak bunuh keluarga aku sendiri? Kau memang lama dah tak puas hati dengan aku kan!!" Jerit Mikayla.
Dia ingin mendekati Elly tapi dihalang oleh beberapa anggota polis disitu.
"Cik Mikayla Arabella sila ikut kami ke balai ye" ujar polis perempuan disitu.
Mikayla mengeleng.
"Kenapa cik, kenapa? Keluarga saya dibunuh encikkk!!! Tolong encik, tolong cari pembunuh tuu" rayu Mikayla.
Dia duduk melutut di hadapan itu semua disitu.
"Sila ikut kami" terus tangan Mikayla digari dan dibawa pergi dari situ.
Mikayla mengeleng.
"Takkkk, kenapa saya kena tangkap. Keluarga saya matii!!! Saya nak jumpa mak dan ayah saya!" Jerit Mikayla tapi tak dilayan.
Seseorang memerhati dari jauh sambil tersenyum sinis.
ENDFLASHBACK
"Maafkan Mikayla mak ayah, Mikayla terpaksa buat semua benda ni untuk bela nasib keluarga kita" ujar Mikayla sambil menunduk.
"Mikayla janji Mikayla akan hancurkan pembunuh kejam itu. Itu janji Mikayla"
Mikayla pergi dari situ.
Dia terus memakai topi untuk menutup rambutnya. Topeng muka dipakai untuk menutup wajahnya serta memakai kaca mata hitam bagi mengelakkan jirannya mengecam wajahnya.
Mikayla di siasat oleh polis pada 3 bulan lepas. Dan dia dituduh pembunuh keluarganya sendiri.
Kelakar kan? Tapi itulah kenyataannya.
Sebab?
Kerana kesan cap jari pada pisau.
Dia hanya membuang pisau yang tercucuk pada perut abangnya dan tak disangka dia dituduh pembunuh keluarganya semata-mata hal itu.
Dan dia melarikan diri daripada siasatan polis.
Bukan kerana takut tapi kerana dia inginkan keadilan. Dia kena berduit baru dia akan muncul kembali.
Dia tahu dia sudah masuk perangkap si pembunuh tapi dia tidak akan berputus asa. Dia akan cari pembunuh itu walaupun terpaksa guna cara kotor.
Dengan itu dia pergi ke sebuah club untuk berjumpa dengan owner club itu, Mister L.
Sedang Mikayla berjalan, dia terlanggar seseorang. Mikayla hanya memandang sahaja dan terus berlalu pergi.
Tiada niat untuk meminta maaf.
"Woii, tak reti minta maaf ke?"
Mikayla berpusing memandang wajah itu lalu menunduk.
Dan dia berlalu pergi dari situ.
"Dasar jantan tak guna" marah lelaki itu.
Mikayla yang berada di belakang bangunan di bandar itu hanya melihat lelaki itu melangkah pergi dari situ.
Mikayla tersenyum sinis.
Gotcha.
Dapat pon. Tak susah pon.
Mikayla melihat bangunan di kawasan sekitarnya. Disini rupanya mamat ni berkerja.
Perlahan-lahan airmatanya jatuh.
Lelaki itu...
Yang
Telah
Bunuh seluruh ahli keluarganya.
Ye, kerana dia masih ingat wajah lelaki itu dan kumpulannya.
****
TBC.
YOU ARE READING
OG | Psycho Love
ActionLove series 2 Faqiz Qaisar × Mikayla Arabella FAQIZ QAISAR - Peramah tetapi disebalik peramahnya tiada siapa tahu perangai sebenar dia. Bahkan keluarganya juga tidak tahu. Dia psiko. Dia pendendam Dia dengan bapaknya tiada beza. Sama sahaja. Gila. ...