PROLOG

3 0 0
                                    

"Aku dah mengandung anak kau, Aku nak kau tanggung hasil kau ni!" Jari telunjuk ditunding ke dahi lelaki itu.
"Ye aku tanggungjawab, tapi kau ingat. Aku tak akan ada sekelumit cinta pun pada kau" Ujar Adrien, lalu meninggalkan Irine keseorangan diruang itu. Saat kelibat jejaka itu sudah hilang dari kornea matanya, rambutnya diramas kasar menyebabkan rambutnya menjadi kusut. Matanya menjadi merah menahan marah.

Diusap perlahan perutnya yang masih kelihatan kempis itu. "Anak ibu tak salah, yamg salahnya perbuatan ibu dengan ayah" Ujarnya, pipinya sudah mula dibasahi dengan air mata. "Ibu akan jaga kamu..."

"Puteri Aryssa" Ujarnya, bibirnya melorek senyuman manis.

Adrien menjerit melepaskan kemarahannya itu. Segala khazanah yang ada pada atas almari itu dilempar tepat ke arah dinding. Pecah semua barang yang dilemparnya itu.
"Beban!" Jeritnya sebelum tubuh dihempas keatas katil. Matamya ditutup, tapi tidak lama selepas itu badannya diangkat kembali mejadi posisi duduk. "Buat malang lah perempuan ni, dah jadi satu kes nak kena settle" Keluhan kasar dilepaskan

Punggungnya diangkat, kakinya dihayun keluar menuju ke bilik. Menuju ke ruang bawah tanah. Gelap, tetapi kedengaran sayup-sayup orang yang meringis kesakitan. Suis ditekan, terus terang kawasan yang gelap itu. Ditengah ruang itu, seorang lelaki yang tidak dikenali digantung dan diikat tali pada tangannya. Kaki pula sudah tidak menjejakkan tanah. Hampir setengah tubuhnya disaluti darah

Adrien menghampiri satu meja yang terkumpulnya banyak senjata, Tangan kasarmya mengambil buku lima lalu disarungkan pada tangan. Bibirnya, mula melorekkan senyuman sinis. Kakinya dihayun menghampiri lelaki itu.

"Kenapa kau main taik dengan aku?" Satu tumbukan diaju pada perut lelaki itu. "Macam mana kau boleh menang?" Soalnya lagi, namun tidak dijawab. "kenapa buat hal kat tempat aku?" Bahagian perut kanan lelaki itu ditumbuk. Lelaki itu meringis kesakitan. "Kau tak patut menang, kau main tipu".

Baru sahaja Adrien hendak melepaskan tumbukan, Lelaki itu mengambil kesempatan untuk melutut kepala Adrien. Adrien hilang keseimbamgan menyebabkan dia tersungkur ke belakang.

Adrien mengangkat tubuh, Matanya sedikit membulat melihat lelaki itu sudah tidak tergantung, lelaki itu sudah pon terlepas dari ikatan. Matanya, tertancap pada pisau yang dipegang lelaki itu.

Tubuh diangkat, posisinya sudah kembali berdiri. Jarak mereka hampir tiga meter, Pabila adrien membuka langkah, lelaki itu membaling pisau kearahnya. Adrien sempat mengelak. Tetali Apabila dia berpusing kembali, lelaki itu sudah berlari menghampirinya.

Lagi beberapa langkah sahaja lelaki itu mendekati Adrien, Tubuhnya rebah jatuh ke lantai. Pucuk pistol tersebut ditiup sebelum disimpan dibelakangnya kembali.

Mikael Adrien, tidak berpuas hati dengan kekalahannya ketika bermain judi. Dan, kesemua harta ini hasil daripada kegiatannya haramnya itu. Tidak dikisah halal haram, semua dia melakukan tanpa berfikir dahulu.

"Aduh macam mana ni" Irine meramas rambutnya, dilihat keputusan yang dinyatakan doktor itu. Dia sudah hamil sebulan. Lama kelamaan, sudah pasti perutnya akan membesar. Dia perlu bernikah dengan Adrien secepatnya. Dia tidak mahu aibnya tersebar.

Nombor Adrien didail, ditekan butang hijau yang terdapat pada skrin tersebut. Baru sahaja Irine ingin membuka mulut, dia dijerkah dahulu Adrien. "Apa kau nak ni gila?"
"Bila kau nak jumpa bapak aku?" Tanya Irine, dia sudah cemas. Jikalau Ayahnya tahu, susah pasti dia akan disisih keluarganya. Sudahlah dia anak tunggal, pasti dia tidak akan dianggap keluarga lagi. "Minggu depan" Selesai dia berkata itu, panggilan dimatikan.

Telefon dilempar keatas katil. Malang tidak berbau, namun semua ini berpunca daripada dia juga. Langkahnya dibuka menuju keluar bilik. Ibu dan ayah Irine menoleh kearah tangga, yang kemudiannya menuju ke pintu utama. Keluar dari kawasan rumah itu. Mereka bertatapan, sebelum kedua-duamya mengangkat bahu.

Satu tamparan hinggap di pipi Adrien. Tangan kanannya menyentuh pipi kirinya. Pedih! Namun hujung bibirnya masih mampu menyungging senyuman sinis.

"Kau.. Kau dah senang-senang ambil dara orang. Aku nak kau tanggungjawab! Hari ini juga aku nak satukan kamu berdua" Ujar ayah Irine, jarinya menunding kearah dahi lelaki itu.

Usai sahaja Irine dan Adrien disatukan, Adrien ingin membawa Irine pulang ke rumah. Barang sudah diletakkan didalam kereta. Kakinya dihayun melangkah kedua orang tua nya itu. Disambut tangan kedua orang tuanya itu. Dikucup dengan penuh rasa sayang, sesal dan kesal
"Ibu, Ayah.. Irine minta maaf, Irine salah" Saat itu, pipinya mula dibasahi dengan mutiara jernih. Ibu Bapanya hanya memandang sahaja Irine
"Pergilah Irine, Taat pada suami. Jangan derhaka pada dia. Kami maafkan kamu. Jangan cari kami lagi" Usai berkata sedemikian, Orang tuanya itu beredar dari situ.
Hati Raisya, berkecai. Ahli keluarganya, membuang dia. Mulutnya ditekup menahan nangis. Lama kelamaan, tubuhnya jatuh keatas tanah.

"Sudah, bangun. Aku nak cepat" Kelam kabut Irine bangun dari posisinya itu. Tubuhnya dilabuhkan pada tempat duduk sebelah pemandu

MIS : TERIWhere stories live. Discover now