BAB 2 (PREVIEW EBOOK)

39 10 5
                                    

Suasana bingit di ruang dapur restaurantnya itu menggamit dirinya untuk datang melihat keadaan disana. Setahunya tadi hanya dirinya sahaja yang berada disini kerana para pekerja yang lain diberikan cuti

"Astaghfirullahala'azim, Aus Arsyad! Kenapa ini?" Pangkal hidungnya dipicit melihat ruang dapur yang bersepah dek perbuatan adiknya sendiri.

Arsyad tersengih kekok melihat abangnya yang berdiri dihadapan dengan tatapan garang. "Along janganlah marah, adik ingat nak masakkan nasi tomato untuk family kita sebab itulah adik pinjam dapur along kejap. Nak guna dapur ummi tak bagi, katanya takut terbakar. So, adik datanglah sini." Terangnya dengan bersungguh-sungguh.

Pandangan Aidid meredup. Dia menghampiri sang adik yang bermain dengan jari-jemarinya sendiri. "Kalau nak masak kenapa tak panggil along? Boleh lah along tolong adik." Bukannya marah malah Aidid menegurnya dengan lembut kemudian mengambil jari telunjuk sang adik.

"Sampai terluka macam ini kalau masuk kuman macam mana?" Aidid menarik pergelangan tangan adiknya menuju ke ruang hadapan lalu dicuci terlebih dahulu kemudian dibalut jari Arsyad yang terluka.

Arsyad mendesis merasa kepedihan. Tadi dia tak rasa sangat kerana khusyuk melakukan kerja.

"Panjang luka ini. Potong ayam atau jari ni, dik?" Ketawa kecil dirinya melihat wajah berkerut Arsyad.

Arsyad memuncung sedepa "Kalau tak luka time masak tak sahlah along"

"Haih,,, Macam-macamlah kau ni dik. Ada saja nak menjawabnya" Aidid bangun lalu mengemas barang-barang yang berselerak di dapur.

Arsyad mengedip pelan, namun tak lama kemudian dia pun turut bangun membantu abang sulungnya itu.

"Tak payah, biar along yang kemaskan. Adikkan dah penat-penat masak untuk kita orang." Usirnya perlahan. Arsyad menolak isian pipinya dengan lidah. Tanpa membantah dia bertenggek pada bucu meja yang berada berdekatan dengan dirinya. Sorot matanya tajam memerhati sang abang yang tekun membersihkan dapur. Tiap gerakan abangnya terlihat begitu lihai seakan jejaka itu sudah terbiasa.

Diperhatikan abangnya yang hanya berbaju t-shirt polos berwarna hitam dan juga seluar slack yang senada dengannya. Mask dimuka sudah dibuka sejak dari tadi lagi menunjukkan wajah putih suci yang tiada noda jerawat. Bersih dan mulus. Akan dia minta pada abangnya tentang tips penjagaan wajah nanti.

"Kenapa along tak kahwin lagi eh? Tengok cara along layan kami sekeluarga mesti bakal isteri along akan rasa dia paling bertuah." Gumam Arsyad perlahan tetapi dapat juga didengari oleh telinga lintah Aidid. Tangan yang menampilkan urat hijau itu terhenti seketika daripada mengelap bahagian tepi sinki yang sedikit kotor.

"Ada kah orang nak dekat abang?" Arsyad mendecih mendengar suara sendu Aidid. Bukan dia tidak tahu ramai sahaja pelanggan perempuan yang datang ke kedai mereka semata-mata mahu bertanyakan siapakah gerangan abangnya ini. Wajah yang sentiasa ditutupi mask ditambah pula karakternya yang seakan-akan misteri menjadi tarikan orang ramai. Suaranya yang tegas tetapi masih kedengaran sopan dan lembut mampu membuatkan jantung mereka berdegup kencang.

Aidid tersenyum ramah. "Jodoh tak sampai lagi kut. About layanan itu mestilah along kena beri kasih sayang yang secukupnya dekat family. You know right, I love all the family members." Arsyad menarik seringainya. Dia bersedekap tangan di dada sambil memerhati wajah abangnya tajam.

"But I don't think so. Adik rasa bakal isteri along mesti akan dapat lebih." Jawab Arsyad dengan penuh yakin. Dia dapat rasa abangnya ini mesti akan beri layanan yang lebih istimewa lagi untuk isterinya kelak.

"You know me well" Sabit kecil di sudut bibirnya terukir. Aidid membasahi bibirnya dan menjawab. "My wife, satu-satunya perempuan selepas ummi yang akan dapat special treatment dari along." Katanya dengan penuh erti.

"Tapi sebelum along kahwin, along kena buat nasi minyak dekat adik dulu?" Ruas dahi Arsyad berkerut seribu

"Kenapa?"

"Sebab adik yang akan kahwin dulu" Matanya dijulingkan ke atas.

"laa (tidak). Adik muda lagi lah, baru umur sembilan belas tahun. Alonglah yang patut kahwin dulu sebab umur dah dua puluh enam tahun. Lagi pun mana ada yang nak dekat budak mentah" Arsyad membantah keras. Matanya membulat memandang abangnya.

"Cakap tak serupa bikin. Padahal ramai dah beratur nak daftar jadi calon isteri" Aidid berdecak sinis. Keadaan Arsyad persis sama dengannya tetapi perwatakan mereka sedikit berbeza. Lenggok bahasa Arsyad masih kedengaran manis dan riang pada khalayak ramai tetapi Aidid pula sebaliknya iaitu tegas dan garang. Mereka berdua memang membawa karakter misteri dikhalayak umum kerana tidak mahu dikenali dan bersikap low profile. Malah, kedua adik-beradik ini juga sentiasa menjaga batas pergaulan mereka di antara lelaki dan perempuan.

Ketika Arsyad mahu membalas percakapan abangnya mereka terdengar deringan telefon bergema di ruang tersebut. Aidid mengambil telefonnya yang berada di atas meja lalu ditekapkan di telinga.

"Assalamualaikum abi" Ujar Aidid bergerak mendekat ke arah adiknya. Arsyad mamasang ekspresi penuh tanda tanya.

"Ya, kejap lagi Pian dan Acad balik."

Tidak memerlukan penjelasan yang panjang kerana cukup sahaja dia terdengar ayat yang terbit dari bibir abangnya. Tahulah dia bahawa ketua keluarga itu menyuruh mereka untuk berangkat pulang segera.

"Jom kemas-kemas dan bersiap. Abi dah tunggu kita di surau untuk agihkan makanan dekat fakir miskin" Arsyad bergerak menghampiri tempat penyangkut baju dan dicapai hoodienya berserta topi lalu disarungkan ke tubuhnya.

Aidid pula mengambil mask lalu dipakaikan pada wajahnya sebelum menyebak rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang kemudian bergerak menyusul sang adik yang sudah berjalan terlebih dahulu daripadanya.

TBC

CINTA YANG SUCI (EBOOK) REVAMP VERSIONWhere stories live. Discover now