BAB 3 (PREVIEW EBOOK)

38 9 0
                                    

"Assalamualaikum!" Suara sang gadis bergema di halaman rumah kampung itu.

"Waalaikumussalam! Eh, kakak dah balik? Cakap akan sampai pagi" Soal emaknya yang kebetulan baru sahaja membuka pintu dapur. Rasanya baru sahaja kelmarin dahulu suaminya, Noh Mikail beritahu tentang kepulangan anaknya ini.

"Ya, esokkan dah nak puasa jadi kakak pulang awal sikit." Jam tangan dikerling menunjukkan baru sahaja pukul satu tengahari. Lagi tiga puluh minit azan akan berkumandang menandakan masuknya waktu zuhur.

"Alhamdulillah. Kaih! Mai masuk rumah. Panaih litlit ni." Puan Nayla memimpin tangan anaknya masuk ke dalam rumah.

"Malam ini kan orang dah start solat tarawih?" Puan Nayla mengangguk menjawab pertanyaan dari sang anak.

"Kakak nak pergi tak nanti?"

"Nak! Hari pertama kenalah pergi." Jawab Naurah dengan penuh bersemangat. Beg pakaian diletakkan di penjuru bilik setelah mereka tiba di bilik anak gadis itu. Dia melabuhkan punggung dan menghela nafas panjang.

"Selesanya... Rindu dengan katil ini" Terpatri senyuman pada bibir Puan Nayla. Dia menghampiri anaknya itu dan mengelus puncak kepala Naurah dengan lembut.

"Itulah! Lama sangat tak balik sini"

"Ibukah yang kemas bilik kakak?"

"Habistu, siapa lagi?" Puan Nayla sentuh kepalanya puterinya lalu mengelus lembut. Sentuhan yang sudah lama Naurah tidak rasakan sejak dia mula sibuk dengan hal kerja.

"Maaf sebab susahkan ibu" Netra bulat Naurah terpejam tatkala merasakan kucupan manis pada dahi mulusnya.

"Kakak tak pernah susahkan ibu. Tahun ini raya sini ya?" Tatapan Naurah berubah teduh. Tahulah dia bahawa ibunya pasti terkilan terhadapnya kerana pada tahun lepas dia tidak dapat menyambut hari raya bersama kerana ada hal mustahak yang berlaku di tempat kerjanya.

"Ya. Kakak janji kita akan sambut bertiga tahun ini"

"Bukan bertiga tapi berempat" Gumam Puan Nayla perlahan. Naurah mengedipkan mata beberapa kali. Dia tidak beberapa dengar dengan ayat ibunya itu.

"Hah?"

"Kakak rehatlah dulu mesti penatkan drive jauh-jauh ni." Naurah mengangguk perlahan. Memang sedari tadi dia menahan mata untuk terus berbuka.

"Kalau ibu nak apa-apa nanti kejutkan kakak tau."

"Ya sayang" Puan Nayla mengusap lembut ubun Naurah Rayyani lalu membetulkan postur tidur anaknya sebelum berjalan keluar menuju ke dapur.


Naurah memasang ekspresi takjub melihat pelbagai variasi makanan terpapar di wajahnya. Hari ini mereka sekeluarga merancang untuk makan di luar sebelum menyambutnya bulan ramadhan pada esok hari. Angin-angin sepoi bahasa yang menyapa wajahnya ditambah pula cuaca redup yang tidak terlalu panas pada waktu petang ini membuatkan dia terasa tenang.

"Kakak makanlah, kali ini biar abah pula yang belanja. Selalunya kakak saja yang belanja kita orang" Ujar Encik Noh kepada anaknya, Naurah. Anaknya itu apa lagi, tanpa kata terus dia memasukkan isi ikan siakap tiga rasa itu ke dalam mulutnya. Kesedapan yang dirasai membuatkan dia tanpa sedar menari kecil sebaik sahaja makanan itu meresap ke dalam perutnya.

"Sedapnya! Pandai orang yang masak ni" Encik Noh dan Puan Nayla tergelak melihat kelakuan anak mereka.

"Kan... Kakak percaya tak kalau ibu cakap lelaki yang masakkan semua makanan ini?" Naurah terngadah tidak percaya.

CINTA YANG SUCI (EBOOK) REVAMP VERSIONWhere stories live. Discover now