chapter 1

4 0 0
                                    

Alarm telefon bimbit sebelah Jelita berbunyi. Nur Jelita menekan button 'stop'. Jelita bangun dari tidurnya, melihat di luar tingkap cahaya matahari yang menyinari ruangan bilik. Jelita dengan tenang dan senyuman santai sambil mengerling kearah telefon, terkejut beruk Jelita, sudah pukul 10:30?!. dia sudah lambat pergi bekerja!. Jelita bergegas bangun dari katil, mencapai tuala dan bergegas ke bilik mandi.

Setelah siap memakai baju, Jelita turun menuri tangga menuju ke pintu utama. Jelita melintasi ruang makan yang ada nya Puan Nazifah dan Encik Taufik sedang sarapan.

"Tak sarapan ke?!" jerit Puan nazifah dari ruang makan melihat Jelita tidak makan sarapan dahulu sebelum pergi kerja. takut jelita sakit perut.

"TAK! KAKAK SARAPAN KAT OFFICE JE!" jerit Jelita. Dia menyarung kasut nya sebelum bergegas ke kereta Honda City Putihnya. dia sudah lewat ke kerja!. sudah lah ramai klien hari ini!.

Kereta mula dipandu diatas jalan raya, membelok ke kiri ke kanan dan mencelah kereta dengan kecepatan laju sehingga dihon oleh kereta lain.

Sampai sahaja di perkarangan office nya, Jelita terus mencari parking. Tetapi tiada parking yang kosong. Haihh kenapa lah rama sangat manusia ni, harini lah dia tak ada parking. Bebel Jelita, sudah masuk 4 kali dia pusing kawasan parking itu.

Akhirnya, ada juga parking yang kosong. cepat kereta Honda City Putihnya diletakkan diparking kosong itu. Gear ditarik.. alhamdulillah, ada juga parking, kalau tak ada jugak memang aku parking jelah atas pokok pun. lega Jelita

Jelita mencapai beg tangan nya sebelum keluar dari keretanya, kereta dikunci.
Apabila Jelita hendak berjalan, entah mengapa kaki nya seperti terpaku dan tidak boleh bergerak.

kenapa tak boleh gerak ni? takkan lah sebab semalam aku baca mantra facebook tu? haihh tak boleh jadi. ke aku ada salah baca?. suara hati Jelita, kening nya berkerut sambil kaki cuba bergerak melangkah.

krekk!. Jelita menunduk, terlihat kain baju kurung nya yang tersekat dipintu kereta sudah terkoyak akibat paksaan langkah nya. Jelita mengeluh kesal, dia menunduk dan melihat kesan koyakan itu.

nasib baik koyak sikit. Setelah itu, Jelita mendonggak kembali dan berjalan masuk kedalam office. Langkah agak perlahan kerana tidak mahu koyakkan lebih besar.

Apabila Jelita melangkah masuk, rakan sekerja menyapa nya mesra. tetapi tidak dengan kawan rapat nya itu, biasa lah nama pun kawan rapat.

"Woi minoh!" Jerit Batrisyia Hanah yang berasal daripada kelatey boh! tanpa segan silu Batrisya menjerit didalam office semata-mata mahu memanggil Jelita.

Jelita mengeluh kesal, langkah nya berhenti. Sudah terbiasa dengan perangai batrisyia tetapi tidak semestinya marah atau kesal.

"bakpo mari doh nyoh? oe lain kali mari maley gelap nuh nati, hok ore balik doh nuh. ore siap meeting doh baru sapa mu" (kenapa datang? orang, lain kali datang malam gelap tu, yang orang dah balik dah. Orang dah siap meeting kau baru sampai.) sindir Batrisyia sambil melangkah menghampiri Jelita, Jelita hanya membelalakan mata jengkel.

"sorry dho, aku bangun lewat tadi" Kata jelita sambil menggaru kepala yang berlapik tudung hitam itu. Batrisya didepan jelita menyilangkan tangan didada sambil melihat Jelita atas bawah.

"mu wak gapo maley? oloh lah. Sekarey ni mu makey doh ko?."( kau buat apa semalam? ck ck. sekarang ni kau dah makan?) . Marah marah pun sayang Batrisya kepada Jelita. Jelita menggelengkan kepala.

"Mari lah sarapey dulu belum jupo klien, boss suruh mu sebab yo ado kijo."( jom lah sarapan dulu sebelum jumpa klien. Boss suruh kau sebab dia ada kerja) terang Batrisyia sambil mereka berdua berjalan masuk keruang cafeteria pejabat itu.

Sampai sahaja mereka di cafeteria pejabat itu, mereka memesan makanan dan mengambik tempat duduk. Apabila Jelita duduk, mata nya ternampak seorang lelaki berbadan tegap dan tinggi sekitar 30- an lalu di lorong. Mata nya membulat lelaki kacak itu sehingga tidak berkelip. merasakan perut berama rama.

"Lita? ooo lita? ralik tengok gapo gak?".
(Jelita ooo Jelita? khusyuk tengah tengok apa?) tegur Batrisya sambil mencenklik tangan nya tepat depan mata Jelita. Jelita terserentak tersedar sebelum dia mula mengalihkan pandangan dan memberi perhatian kepada kawan nya.

"tak...urmm... klien hari ni daripada mana?" Jelita berdehem sebelum bertanya mengalihkan topik, tangan mencapai secawan kopi yang baru dihantar tadi lalu menghirup nya.

"dok ahu ah, denga kato orey besa jugok lah. tapi dok ahu lah CEO ko assistant ko. hok penting aku denga dio semak" (tak tahu lah, dengar kata orang besar jugak lah. tapi tak tahu lah dia Ceo ke assistant ke. tapi yang penting aku dengar dia hensem)jelas Batrisya sambil mula memakan roti bakar itu. atas bawah Batrisya pandangn jelita, macam ada benda tak kena je ni.

hampir tersembur kopi jelita, nasih baik sempat telan. tapi tersedak. Cepat Batrisya memberi tisu kepada Jelita.

"kau ni, aku tak tanya dia hensem ke tak. aku tanya dari mana. Dah lah, jom pergi office." Jelita menelan dulu sisa kopi didalam mulut nya, dahi berkerut.

Mereka berdua bangun menuju ke arah lif untuk naik ke lif. Pintu lif terbuka, mereka berdua melangkah masuk sebelum Batrisya menekan butang untuk naik. Dalam lif senyap sunyi, Batrisya menatal telefon manakala Jelita hilang didalam fikiran nya sendiri. entah apa yang dia fikirkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR COLD PUJAAN HATI!Where stories live. Discover now