44

56 5 0
                                    

"Ket termenung fikirkan apa?mind to share with me?" Sejak keluar rumah Pyan sehingga masuk ke kereta, Ket tak bersuara apa. Dia memang sedia maklum Ket yang pendiam tapi takkan lah dengan suami sendiri pun macam tu.

"Ket tengah ingat balik semua benda yang kita buat hari ni" 

"So macam mana, conclusion okay?"

"Okay sangat. Best and meaningful. Thanks ya" Mine yang mendengar respon itu hanya tersenyum.

"Yang mana paling meaningful tu?"kereta Myvi baru melepasi persimpangan Gunung Rapat. Jauh betul lah si Pyan ni beli rumah. Sampai ke Botanic ni. Tapi nak buat macam mana, si Anis mengajar di Medan Gopeng. Kira Pyan berkorban lah untuk Anis walaupun terpaksa drive hampir 45 minit untuk ke kilang di Chemor.

"Mestilah pergi Balkis!"bersemangat dan bercahaya muka Ket mengenang kenangan siang tadi. Mine pun tersenyum. Dia dah agak. Dia sendiri pun merasakan yang sama.

"Jom turun."dia membukakan pintu Ket setelah selamat sampai di hadapan pagar Balkis. Terpaksalah berjalan mendaki bukit sedikit sebab parking kat luar sekolah. Ket menghulurkan tangan minta disambut suami. Mine tersenyum dan menyambut tangannya.

"Ket nervous."

"Abang pun"

"Tapi abang ketua, takkanlah nervous" dia sedia maklum suaminya ini head prefect, head Naqib dan segala head lagi la.

"Abang kan manusia, normal la nervous kan" mereka sama-sama menyusuri jalan mendaki ke Balkis.

"Eh dulu tak ada pokok mangga tu kan?" Siapa lah yang terfikir nak tanam mangga dalam sekolah. Mesti budak-budak berebut nanti. Lagi-lagi budak hostel. Dia mantan budak hostel, dia tahu la 

"Haah tak ada dulu. Mesti Papadom yang tanam" kenapa tukang kebun mereka dipanggil Papadom sebabnya anak dara dia bersekolah di sini dan dia apply jadi tukang kebun selepas pencen tentera sebab tak tau nak buat apa kat rumah. Asalnya nak ikut anak sekolah last-last betul jatuh cinta dengan kerjaya menjaga sekolah. Untung jadi kak Meriam, Papadom ikut sekali satu sekolah sebab terlampau caring sangat anak dara nan seorang.

"Pagola tu dulu warna coklat kayu, dah siapa pula yang cat pink?" Pengetua bagi izin pula cat warna pink. Pelik sungguh dah macam taman kanak-kanak. 

"Pagola sebelah tu warna purple pula" Ket menambah. Tergelak kecil dia melihat perubahan sekolah. Baru tujuh tahun dia keluar dari sekolah ni tapi banyak juga yang berubah.

"Jom pergi taman sains nak?" Ket mengangguk bersetuju.

"Eh angsa dah tak ada la" dulu Mine ingat lagi angsa ada tiga ekor dalam kandang berpagar ni. Kalau nak lepak sini pun kena fikir 33 kali sebab pernah satu kali tragedi Oktober berlaku. 

"Oh angsa tiga ekor tu ek. Angsa yang boleh terbang tinggi" dia tergelak. Ni antara tempat dia suka lepak sebab angsa-angsa tu tak pernah kacau dia. 

"Ada sekali tu, kitorang berenam satu dorm,ingat nak berkelah kat sini la minum petang lepas Asar. Sekali baru nak bentang tikar, angsa tu terbang lepas pagar. Habis kitorang punya makanan dengan baju sekali kotor sebab lintang pukang lari" 

"Yeke. Angsa tu marah la tu makan tak ajak dia. Lain kali bawa la bayam ke kangkung ke bagi dia"

"Mujur la Papadom ada masa tu. Dia buat shuh shuh halau angsa tu balik kandang"Papadom berleter kemudiannya pada mereka. Dia ingat lagi kata-kata Papadom.

"Orang lain nak rehatkan minda pergi main badminton, tidur, tengok bola, yang korang ni berkelah menghadap angsa. Saja la cari nahas. Ha yang kau ni ketua pengawas kan, dah kenapa kau pun ikut sekali? Angsa ni tak suka budak jantan. Dia suka budak perempuan je"

[💚COMPLETED] JODOH MR.MINEWhere stories live. Discover now