45

62 5 0
                                    

Telah sebulan dia menjejakkan kakinya semula ke bumi Sanders. Dia masih menginap di Raymond namun di unit studio. Mine tak kata apa sebab setelah sama-sama memikirkan pro and cons, Ket berpendapat lebih baik duduk seorang. Con cuma satu. Keselamatan. Sejak peristiwa arwah Zahir, Mine agak paranoid membiarkan isterinya seorang. Namun setelah ditimbang tara, pro lagi banyak. Mine kerjanya selalu outstation oversea, andai kata tiba-tiba dapat misi ke New Jersey, boleh la singgah sini. Nak video call pun, tak kacau housemate. Buatnya ada yang telinga berbulu, parah juga nanti. Sambil menantikan Mine online, dia menyiapkan mi segera Indomie. Hari ni kelas habis jam lima, hari-hari lain biasanya kelas pagi je. Semester baru ni dia agak lapang sebab awal dulu dah dia pulun hampir 15 kredit setiap sem. Baru dia nak menyuap mi, Mine telah memberi salam. Mic didekatkan di mulut.

"Waalaikumsalam"

"Tengah makan ke tu?" Dia bukan tak nampak isterinya baru nak menyuap mi segera ke mulut.

"Baru nak makan"

"Instant noodle for instant wife. Perfecto" perli ke suaminya ni. Dia senyum je. Nak marah mesti la tak. Jauh kan. Ket amalkan prinsip 'ada aku kisah' kalau bab kena perli ni. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.

"Instant husband pun apa kurangnya. Makan kedai mamak kan?" Dia pun pandai je jawab. Kalau tak, takkan belajar kat sini.

"Pandai menjawab. Proud of you" Ket memang banyak je cakapnya. Dia dah lama tahu, sejak zaman sekolah, dia nampak Ket yang peramah dan selalu menegur kerani sekolah, Papadom, angsa, rabbit, keli yada yada.

"Abang makan apa harini?"dia menyuapkan indomie ke mulut.

"Hari ni nasi goreng pataya. Lunch bos belanja nasi padang " bos nak belanja, dia tak banyak kira meskipun tekaknya lagi suka nasi campur biasa.

"Abang ok ke?"

"Alhamdulillah macam ni la. Sihat tapi rasa pelik je"

"Pelik sebab apa?"

"Selalu bangun pagi, ada breakfast dah ready kat rumah. Kali ni pandang meja tu ada pasu bunga je" tu pun nasib la pasu bunga tu Ket bertegas nak beli kat SKK florist Ipoh. Gadis tu suka pokok. Eh bukan gadis dah.

"Tu pun nasib la ada pasu bunga kan" nah Ket dah menyuarakan apa yang terlintas di fikirannya tadi. Dia tergelak secara tiba-tiba membuatkan Ket mengerutkan dahi.

"Kenapa gelak?" Ada ke Ket buat lawak tang mana-mana tadi? Macam tak ada.

"Sejak kita kahwin ni, Ket macam boleh baca fikiran abang. Abang perasan benda ni"

"Abang memang perasan" selesai dah suapan terakhir Indomie nya. Sedap pula mi segera ni.

"Sempat mengena abang ya. Hari ni sempat buat solat sunat tak?" Dia sentiasa mengingatkan Ket supaya jangan tinggalkan yang wajib dan kerapkan yang sunat.

"Sempat Dhuha pagi tadi kat bawah tangga Hall. Sempat sunat Qabliyah. Sempat Ali-Imran satu page" harini dia bawa bekal chicken wrap ke kelas dengan kopi satu flask. Jadi banyak masa dia dapat jimat di kampus.

"Alhamdulillah patutlah hati abang pun tenang je hari ni. Dapat pula makan free bos belanja. Mesti Ket doakan abang kan" dia tahu keberkatan rezekinya atas doa isterinya juga.

"insha'Allah hari-hari Ket doakan abang. Abang pun doakan Ket selamat kat sini, sihat, dan senang dapat ilmu"

"Ket pun selalu dalam doa abang. Result previous sem dapat dah kan. Berapa cgpa?"

"Alhamdulillah dah 3.89"

"Congrats, Ket. Doa banyak-banyak supaya Allah berikan yang terbaik untuk Ket. Kadang-kadang kita rasa kita nak pointer tinggi supaya senang dapat kerja, dapat kerja yang elok. Tapi kita lupa, mungkin Allah akan bagi pointer rendah supaya kita belajar bersyukur. Atau mungkin untuk Ket boleh belajar jaga makan pakai abang"sesungguhnya dia rindukan sambal kerang Ket. Kalau sambal ikan bilis pun jadilah.

"Eh abang ni. Ke situ pula" beriya dia mendengar tazkirah suaminya, alih-alih sempat juga ayat menyakat itu keluar. 

"Eh betul lah kan. Kalau pointer tak berapa tinggi, duduk rumah, jaga makan minum pakai suami la. Lagi afdhal" saja nak tambah usikan. Padahal dia suka jika Ket bekerja dan berbakti kepada masyarakat. Lagipun Ket seorang yang bijak, sayang jika duduk di rumah sahaja. 

"Kalau dah tu yang abang suruh, nak buat macam mana. Tapi abang bayarkan la sponsorship balik ye" yelah kalau pointer drop,silap-silap kena bayar semula separuh duit tajaan. 

"Kita sama-sama buka stall jual nasi lemak berlauk la Ket. Abang bungkus nasi, Ket masak je"

"Gaya cakap macam senang je." Penat sangat kalau nak jual berlauk ni. Elok siap sedia packing macam dia buat dulu.

"Berat sama dipikul,Ket. Lately abang tak selera sangat makan,Ket. Tekak tak sedap. Allah tarik selera makan abang"tergolek orang single kalau dengar dia mengadu macam ni.

"Abang kena cari makan yang abang boleh telan. Abang kena ada tenaga untuk kerja dan sihat"

"Itu yang susah tu nak cari yang kena dengan tekak. Dah biasa makan kari kepala ikan yang Ket masak,  sambal kerang yang Ket tumis, datanglah nasi kandar viral bagi makan free pun, abang tak lalu, Ket" orang single ibarat jatuh ditimpa tangga. Cair tahi telinga. Ini kalau Ammar anak tauke restoran nasi campur merangkap teman kuliahnya dulu dengar, mesti dia dah kena baling dengan sudip. Apalah khabar rakannya itu sekarang. Masih single yang pastinya.

"Ataupun sebab Ket pregnant kot" selamba je Ket mengucapkannya. Tapi sepasang telinga yang mendengar rasa tak selamba. Rasa tiba-tiba pekak.

"Ha?pregnant? Macam mana pula?" Benda macam ni jangan buat main. Melibatkan hati dan perasaan.

"Entah. Ye la kot. Empat kali dah test" kali pertama dapat double line, terlepas test kit dari tangan. Kali kedua test, dia letak atas sink toilet rumah dan pergi kelas dengan harapan kot la result tu error dan jadi single line. Kali ketiga dia test semalam sebelum tidur selepas minum susu kurma secawan, air masak secawan, kot la result tu negatif.  Kali keempat dia test tengah hari tadi selepas minum kopi. Dia test di kampus dengan harapan test di waktu tengah hari,result bertukar single. Akhirnya dia redho. Inilah jawapan Allah nak bagi padanya.

"Ket, betul ke ni?" Biar betul. Macam mimpi je ni. Tangan kanan dah mencubit tangan kirinya.

"InshaAllah. Kalau betul ada rezeki, ada la ni"

"Alhamdulillah" Mine bangun dari kerusi. Lupa agaknya bini ada kat depan skrin.

"Abang nak pergi toilet ke tu?"

"Sujud syukur"




[💚COMPLETED] JODOH MR.MINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang