𝑀𝑟𝑠. 𝑅𝑎𝑧𝑖𝑓| 0.5

1K 59 2
                                    

"Kalau kami teruskan CPR, tulang rusuk anak makcik akan patah. Jadi sekali lagi kalau jantung dia berhenti, makcik masih nak teruskan CPR?"

Mendengar ayat yang keluar dari lelaki yang memakai kot putih itu, wanita bergelar ibu itu hampir rebah ke lantai. Mujur ditahan oleh beberapa orang jururawat di situ.

Ya Allah... Betapa terseksanya anaknya...

Semalam saja sudah tiga kali doktor melakukan CPR. Ditambah pula hari ni. Tadi sudah masuk dua kali. Tidak mustahil apa yang dikata doktor itu benar.

Wanita berumur lebih separuh abad itu memejamkan mata, menelan satu per satu keperitan waktu itu. Apa pilihan terbaik yang dia ada? Jika teruskan CPR, tulang rusuk anaknya kemungkinan patah. Sekiranya anak tunggalnya itu sedar, pasti dia tersiksa. Sekiranya tidak, tak mustahil jantung anaknya itu akan berhenti lagi.

Dia buntu... Andai dia memilih untuk berhenti membuat CPR, bagaimana pula penerimaan menantunya yang masih belum sedar itu? Mereka berdua kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dia.

࿇ ══━━━━✥◈✥━━━━══ ࿇

Ya Allah... Kau turunkan lah keajaiban buat anak menantuku...

Selesai mengaminkan solat dan tertib, wanita lebih separuh abad itu menjejak keluar dari surau hospital itu. Langkah dibawa semula untuk ke bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana terletak anak tunggalnya itu. Setiap langkah yang dipasang tidak lah sempurna seperti orang muda. Perlahan saja kerana dia sudah tidak mempu untuk berjalan laju.

Tadi sebelum menunaikan solat dhuha, dia terlebih dahulu melawat menantunya yang sudah dipindahkan ke wad biasa. Syukur kerana menantunya itu sudah berada dalam keadaan stabil dan baik-baik sahaja. Cumanya masih belum sedar.

Sebaik sahaja tiba di pintu ICU, dia dapat mendengar bunyi mesin yang agak kuat dari biasa. Dapat dilihat juga dari luar sedikit kekalutan di dalam sana. Lantas wanita itu melangkah ke dalam sewaktu mendapati bahawa katil yang ditempatkan anaknya itu ditutup dengan langsir.

"Makcik... Sekejap, makcik..." Wanita bergelar ibu itu sedikit meronta apabila dirinya dipegang kejap oleh seorang doktor perempuan. Dia tiada pilihan lain selain menghentikan dari sini.

"Doktor... Berhenti lah... Jangan seksa anak makcik lagi... Biarkan dia..."

Sejurus itu, bunyi katil pesakit yang bergoncang akibat CPR yang dilakukan tadi terus terhenti. Dalam masa yang sama, bunyi mesin yang agak bingit turut kedengaran. Hanya buat beberapa ketika, suasana ICU itu kedengaran seperti biasa menandakan mesin anaknya telah dicabut.

Muhammad Idham Adif sudah pergi meninggalkan ibu seorang diri.

Disapu air mata yang jatuh ke pipi.

Ya Allah... Andai terselit hikmah disebalik pemergian anak tunggal aku ini, aku redha...

Ketika itu, terlintas pula nama Naura di fikirannya. Menantunya itu harus terima.

࿇ ══━━━━✥◈✥━━━━══ ࿇

A

nak tunggalnya baru sahaja pergi dua hari yang lalu, kini dia dapat pula panggilan daripada keluarga menantunya menyatakan menantunya sudah sedar. Kata mereka, Naura meraung sebaik sahaja mendengar berita tentang Idham.

Terus dia bergegas untuk ke wad menantunya pula.
Sebaik tiba di wad menantunya, dia lihat Naura sudah duduk di katil seolah-olah menunggu sesuatu.

"Ibu... Idham mana? Dia okay, kan? Naura nak jumpa Idham..." Jelas suara Naura kedengaran seperti sedang merayu di telinganya. Wanita itu mendekati menantunya. Pipi menantunya diusap.

"Naura... Idham dah tak ada, sayang. Anak ibu dah tak ada... Jangan macam ni..." Menantunya ditarik ke dalam pelukan. Ditepuk-tepuk belakang Naura bagi menyedarkan Naura pada realiti.

Dia tahu Naura terlalu sayangkan anak tunggalnya.

"Ibu... Suami Naura, ibu..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CS| Razif's Angel Where stories live. Discover now