02

516 27 1
                                    

"Lara , aku nak kau jaga diri kau elok-elok okay? Kalau kau ada apa-apa terus call aku. Aku sentiasa ada dengan kau okay?" Kata Haura.

Elara mengangguk perlahan.

"Ya , Haura. Kalau aku ada apa-apa masalah nanti aku terus kau ya? Dah. Aku masuk dalam dulu. Terima kasih sebab dah tolong hantarkan aku sampai ke rumah. And terima kasih juga sebab dah banyak tolong aku. Aku terhutang budi sangat-sangat dengan kau. Kau jaga diri juga. Kau tu dah tak lama lagi bakal jadi isteri orang."

Haura melorekkan senyuman. Kita nasihatkan dia , eh dia pula yang nasihatkan kita.

"Ya , Lara. Kau tak payah risau pasal aku. Kau patut risaukan diri kau tu. Dah pergi masuk dalam cepat." Halau Haura.

"Ya Haura." Ujar Elara sambil membuka pintu kereta.

Perlahan-lahan Elara menutup pintu. Tubuh ditundukkan sedikit pada tingkap kereta.

"Sekali lagi , terima kasih sebab hantar aku sampai ke rumah. Aku masuk dalam dulu. Bye , Haura. Elok-elok drive. Kalau ada masa nanti kita jumpa lagi!" Kata Elara sebelum dia membuka langkah masuk ke dalam rumah.

Haura membalas dengan senyuman. Haura hanya memandang kepergian Elara. Usai Elara melangkah masuk ke dalam rumah , Haura terus memecut keretanya.

Elara berjalan menuju ke arah ruang tamu. Baru sahaja hendak merebahkan diri di atas sofa , bunyi ketukan pada pintu yang kuat menghentikan tindakannya.

Tanpa menunggu masa yang lama , Elara membuka langkah menuju ke arah pintu.

Beberapa orang lelaki berpakaian formal berwarna hitam sedang berdiri tegak di hadapan rumahnya.

Bebola mata Elara tertumpu kepada seseorang jejaka lengkap berhelmet hitam yang masih berada di atas motor yang berjenama kawasaki ninja H2r serta empat buah kereta yang berwarna hitam terparkir di halaman rumahnya.

Elara mulai rasa curiga dan pelik. Tak pernah sekalipun rumahnya dihuni lelaki selain Encik Sofian. Ini kali pertama terjadi dalam hidupnya.

Jejaka yang berada di atas motor itu tadi menanggalkan helmet lalu meletakkannya di atas motor. Wajahnya memandang ke arah Elara.

Elara sukar untuk mentafsir wajah jejaka itu kerana ia berselindung di sebalik topeng muka yang dipakai jejaka tersebut. Hanya matanya yang berwarna biru laut sahaja yang dapat dilihat.

Jejaka itu berjalan dan mendekati ke arah Elara yang masih diam berdiri di muka pintu. Mata jejaka itu tidak henti-henti merenung Elara. 

Elara rasa tidak selesa dengan renungan yang dilemparkan oleh jejaka itu.

"Uhm , ya cari siapa?" Soal Elara dengan berani.

Jejaka tersebut menanggalkan topeng muka. Setelah topeng muka dibuka , Elara diam terpaku. Bukan main hensem orangnya. Elara memerhati dari atas hingga ke bawah.

Jejaka itu lengkap berpakaian serba hitam. Jaket kulit berwarna hitam dan juga leather pants berwarna hitam.

"Encik Sofian house , right?" Soal jejaka itu.

Perlahan-lahan Elara mengangguk.

"Ya ni rumah ayah saya. Encik ni siapa ya? Kenapa encik cari ayah saya?" Soal Elara pula.

"So , you are his daughter right? Untuk pengetahuan kau , dia ada berhutang dengan aku. Dah masuk lima bulan dia tak bayar hutang. So , nak tak nak terpaksa lah aku datang ke rumah dia. Dia ada tak?"

Hutang? Dia tak salah dengar kan? Tapi sejak bila? Kenapa dia tak tahu tentang perkara ini?

"Dia tak ada dekat rumah. Saya tak tahu ke mana dia pergi sebab awal-awal pagi lagi dia keluar. Boleh saya tahu berapa yang ayah saya berhutang pada Encik?"

AARON KYLE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now