AQHAR memerhati sekeliling kawasan perumahan mangsa. Mencari dimana terletaknya CCTV yang dia lihat di balai tadi.
Aqhar mencari bahan bukti di tempat pembuangan sampah, walaupun kawasan itu sedang di periksa tetapi Aqhar mahu mencari bukti sendiri.
Aqhar mencari dengan teliti, memerhati setiap tong sampah. Tiba-tiba Aqhar melihat sesuatu benda yang aneh.
Terlihat sebiji botol kecil yang seperti dicampak kearah tong sampah tetapi tidak masuk kedalam, dengan pantas Aqhar menyuruh seorang ahli forensik agar mengambil botol itu untuk menjadikan bahan bukti.
"Jazi, cari rakaman CCTV di kawasan pembuangan sampah berdekatan rumah mangsa." Dari panggilan itu, Aqhar menyuruh Detektif Aiman.
________
"NI rakaman CCTV yang kau minta." kata Jazi setibanya Aqhar di balai.
Aqhar mengambil Flash Drive tersebut dan pergi ke komputernya. Detektif Jazi mengikuti Aqhar untuk lihat apa yang Aqhar telah temui.
Di dalam rakaman tersebut terlihat seorang identiti yang berpakaian serba hitam melalui tempat pembuangan sampah tersebut pada waktu malam dan telah melemparkan sesuatu ke arah itu. Setelah itu identiti tersebut berpaling kebelakang seperti ingin memastikan tiada sesiapa yang melihat.Tetapi kerana CCTV di kawasan tersebut berkualiti rendah wajahnya kabur.
"Lepas aku hantar rakaman ni dekat unit IT, kau ikut aku pergi pejabat mangsa." kata Detektif Jazi. Aqhar mengangguk dan teruskan penyiasatannya. Manakala Detektif Jazi berlalu pergi dari situ.
_________
"TEMPAT Encik Rizwan dimana?" soal Aqhar kepada salah seorang pekerja disana.
Pekerja tersebut menunjukkan tempat mangsa kepada mereka berdua. Tanpa membuang masa mereka berdua mengeledah tempat itu untuk mencari bukti seterusnya.
Selepas 10 minit pencarian, Detektif Jazi memanggil Aqhar.
"Aqhar." Aqhar berpaling ke arah Detektif Jazi, lalu Detektif Jazi menunjukkan beberapa helaian kertas yang bertulis dengan marker merah seperti amaran.
- MATI LA KAU! -
- KAU TAKKAN BERJAYA!! -
- KAU TARIK DIRI DARI PROJEK TU!!! -Dari nota itu Aqhar dapat meneka siapa pembunuh sebenar.
ring...ring...
![](https://img.wattpad.com/cover/366866799-288-k713195.jpg)
YOU ARE READING
UNKNOW GANGSTER
Misteri / ThrillerMisi mencari punca kematian kesemua suspek yang mati setiap kali pihak polis ingin menangkap. Siapakah dalang dari semua ini? cinta antara detektif dan guru yang berputik semasa dalam misi menyiasat. Apa yang berlaku pada Aqhar selepas kantoi dengan...