Aku membawa Syafira dan Shafiq ke taman permainan. Kali ini, aku turut membawa kak Aishah bersama. Sebenarnya, kak Aishah yang beriya-iya mahu mengikuti kami. Dia risau Badrul datang mengganggu aku seperti sebelum ini.
Tujuan aku ke taman permainan ini hanyalah mahu menghirup udara luar sambil cuci mata. Ingatkan bolehlah tengok pemuda-pemuda yang bersenam bersebelahan taman permainan ini. Malang buat aku kerana yang melakukan senaman bukanlah pemuda tapi golongan yang sudah mempunyai isteri dan anak. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan daripada terus melihat mereka untuk mengelakkan salah faham yang akan terjadi. Aku tak mahulah dituduh ‘penyondol’ dalam rumah tangga orang. Minta dijauhkanlah semua itu.
Lamunan aku terhenti apabila deringan telefon pintarku berbunyi dari dalam poket seluar. Terpampang nama Hakimi di skrin telefon sedang membuat panggilan kepadaku.
“Assalamualaikum angah. Angah sihat?”, ucap Hakimi.
“Waalaikumussalam. Angah sihat, Alhamdulillah. Kimi pula?”, balasku.
Soalan yang agak cliché ditanyakan setiap kali kami membuat panggilan. Permulaan panggilan perlulah sopan dan lembut supaya kedua-dua pihak berasa selesa untuk teruskan perbicaraan. Di peringkat pertengahan barulah keluar segala kata-kata ‘pujian’ antara satu sama lain. Itulah salah satu punca hubungan rapat antara kami adik-beradik.
“Kimi pun sihat juga. Mama dan abah ada?”
“Emm, angah kat taman dengan kak Aishah, Fira dan Fiq. Mama dan abah ada kat rumah.”
“Ouhh ye ke. Tak apalah, nanti angah tolong kirimkan salam kat dia orang.”
“Okey, nanti angah beritahu dia orang. Sekarang Kimi tengah buat apa?”
“Kimi tengah jalan-jalan kat taman kawasan rumah sewa ni. Saja nak tenangkan fikiran.”
Berkerut dahi aku mendengar ayat Hakimi. Macam frust je. Dia putus cinta ke? Tapi, bila masa dia bercinta? Tak beritahu aku pun. Atau dia ada masalah dalam pelajaran? Kurang duit? Masalah kawan? Aku kena ‘korek’ ni.
“Kenapa? Macam ada masalah je. Ceritalah dengan angah. Jangan pendam sorang-sorang, tak elok untuk otak”, pujukku.
“Tak adalah berat sangat. Cuma, minggu depan Kimi exam. Kimi ada beberapa tajuk yang tak berapa faham. Susahlah angah”, adunya.
Aku bersyukur kerana hubungan aku dan Hakimi tersangatlah rapat membuatkan kami tidak berasa janggal untuk mengadu masalah. Walaupun berjauhan, kami selalu bertanya khabar jika ada masa terluang. Mama dan abah juga selalu menasihati kami supaya menjaga tali persaudaraan kami.
“Nak tuntut ilmu memang susah, Kimi. Kita pernah baca kisah macam mana para ulama’ dahulu gigih menuntut ilmu sehingga sanggup menjelajah negara lain. Kalau Kimi rasa penat, berehatlah. Cari motivasi Kimi untuk dapatkan semula semangat belajar”, nasihatku.
“Kimi cakap ada beberapa tajuk yang tak berapa faham, kan? Angah cadangkan Kimi minta tolong kawan-kawan yang faham tajuk tu untuk ajar Kimi, ala-ala private tuition la. In Shaa Allah, usaha Kimi membuahkan hasil. Allah tengok usaha kita, Kimi”, sambungku.
Aku cuba selembut mungkin menasihati Hakimi. Sebolehnya, aku tidak mahu memaksanya untuk melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Aku cukup faham rasanya apabila dipaksa. Aku juga tidak mahu dia menuturkan ayat, ‘angah cakap bolehlah’, ‘angah tak faham Kimi’. Ayat-ayat itu sangat menyakitkan jika ditujukan kepada aku.
“Okey angah. Kimi minta tolong sorang kawan Kimi, dia faham tajuk yang Kimi bermasalah. Terima kasih angah sebab selalu tolong Kimi.”
“Tak ada apalah, angah tolong yang mana mampu je. Haa, satu benda lagi angah nak pesan. Solat jangan tinggal tau. Penat macam mana sekalipun tetap utamakan solat. Tak guna kalau Kimi study 24 jam tapi solat entah kemana. Ingat tau.”
“Baik angah.”
“Duit ada lagi? Kalau kurang, bagitahulah.” Soalan tentang duit memang aku akan tanya. Adik aku ni terlebih malu untuk meminta duit. Aku faham perasaan tu akan wujud bila kita sudah dewasa. Mestilah malu sebab kita sudah besar panjang masih meminta duit daripada keluarga. Tapi, adik aku ni masih belajar. Tak pelik untuk meminta duit jika berkaitan dengan pelajaran dan hal rumah sewa. Lagipun, kadang-kadang Hakimi bekerja jika ada kelapangan.
“Duit ada lagi. Along pun baru bank in duit kat akaun Kimi.”
“Ouhh okey.”
“Angah, Kimi tutup dulu call ya. Kimi nak lepak dengan kawan sekejap. Assalamualaikum, bye.”
“Waalaikumussalam.”
Telefon dimasukkan semula ke dalam poket seluar. Pandanganku kembali beralih kepada kak Aishah. Aku melihat kak Aishah yang sedang mengelap peluh dengan menggunakan lengan bajunya, penat melayan karenah Syafira dan Shafiq. Aku melangkah kearah mereka. Kesian pula melihat kak Aishah. Biar aku ambil alih tempat dia pula.
YOU ARE READING
Kerana Cinta Dia(SU)
RomanceKehidupan Nurul Khairunnisa tersangatlah bahagia. Dia dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya ditambah pula kerjayanya sebagai seorang penulis novel menaikkan lagi seri hidupnya. Namun, itu semua hanyalah pandangan dari orang...