PRAKATA

422 6 0
                                    

Hubungan kasih sayang antara ibu dan anak lelaki adalah antara hubungan yang paling indah di dunia ini. Seorang ibu mengambil masa 9 bulan untuk mengandungkan anaknya dan mengambil masa berbelas-belas tahun lagi untuk menjaga dan membesarkan anaknya sehinggalah anak tadi menjadi manusia dewasa yang cukup matang. Ada banyak cabaran yang dihadapi oleh para ibu di sekeliling kita, namun cabaran yang luar biasa sudah pastilah datang daripada seorang anak lelaki yang gagah tetapi keras kepala.

Kasih seorang ibu tiada sempadannya. Walaupun anak lelaki seringkali tidak mendengar kata, seorang ibu tetap setia mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga. Kasih sayang yang tidak ternilai dengan harta benda adalah satu-satunya 'senjata' yang ampuh buat para ibu untuk membuatkan anak lelaki mereka kekal setia bersama mereka tak kira masa.

Apabila anak lelaki mula menghargai ibunya, sudah pasti anak lelaki sangat suka melakukan perkara-perkara yang baik terhadap ibu mereka. Namun bagi kelompok masyarakat yang masih jumud dan terkongkong, ada tindakan anak lelaki tersebut dipandang serong dan tidak dipersetujui sama sekali sampaikan menghina hubungan suci antara ibu dan anak.

Para ibu yang menerima kasih sayang yang terlampau daripada anak lelaki mereka sedikit sebanyak berasa risau dengan cabaran serta masa depan yang bakal mereka tempuhi akibat melawan arus masyarakat. Namun begitu, ibu-ibu sebenarnya adalah golongan manusia yang sangat kuat menghadapi segala onak dan duri dalam kehidupan ini. Mereka hanya memerlukan kesetiaan tak berpenghujung anak lelaki mereka dan pada masa yang sama, mereka juga perlukan sokongan komuniti yang memahami untuk membantu mereka menyelesaikan segala bentuk kemusykilan yang mereka hadapi ketika hidup bersama dengan anak lelaki dengan cara yang cukup luar biasa.

Sebagai salah seorang ahli komuniti yang memahami kehidupan ibu dan anak lelaki seperti yang telah disebutkan, saya mengambil keputusan untuk menjawab persoalan-persoalan para ibu yang memerlukan pandangan orang luar untuk meredakan kegusaran dalam hubungan kekeluargaan yang dizahirkan dengan cara yang cukup berbeza daripada kebiasaan.

Golongan pembaca yang sama sekali tidak bersetuju dengan setiap persoalan dan jawapan yang dipaparkan dalam buku ini dinasihatkan supaya tidak lagi menyelak buku ini yang sekadar diterbitkan dalam aplikasi Wattpad. Carilah buku lain yang lebih menepati citarasa anda dan elakkanlah daripada bertelagah di ruang komen. Semoga kita semua mendapat kebahagiaan yang kita inginkan dalam hidup ini.

Terima kasih kerana membaca.

Daripada penulis,

Isaaf Syarir

SOALAN LUAR KOTAK PARA IBUWhere stories live. Discover now