Naz memerhati dua orang pelajar tahun 1 yang sedang duduk di depannya. Seorang bertubuh rendah dan berkaca mata tetapi kulitnya cerah. Seakan-akan anak Cina tapi namanya Afiq. Comel. Tetapi yang lebih menarik perhatian Naz sejak awal tadi ialah seorang lagi yang duduk di sebelah Afiq. Namanya Khairul. Mungkin kerana perawakannya yang lebih matang dengan tubuh yang lebih tegap dan kulit sawo matang membuatkan pandangan Naz asyik terarah kepadanya."Kamu berdua ni faham ke tak apa yang saya terangkan tadi?" Tanya Naz, menyambung semula perbualan yang terhenti seketika tadi kerana Afiq dan Khairul diminta berbincang untuk mencari jawapan bagi soalan spontan yang diajukan oleh Naz.
Afiq dan Khairul teragak-agak untuk mengangguk.
"Subjek Anatomi dan Fisiologi ni memang perlu banyak berimaginasi, supaya kamu dapat faham bentuk, saiz, fungsi setiap organ dalam tubuh kita ni," terang Naz lagi.
"Habis tu macam mana Sir?" Afiq bertanya. Dia risau jika dia tidak dapat memahami subjek itu dan akhirnya nanti dia gagal dalam peperiksaan.
"Kamu berdua kena masuk kelab yang saya nak tubuhkan nanti. Lebih kurang Kelab Sains, tapi kelab ini lebih kepada kesihatan lelaki. Salah satu aktiviti yang kita akan buat nanti ialah belajar tentang anatomi dan fisiologi masa," balas Naz.
"Kamu berdua sebagai mentee saya di fakulti, saya wajibkan join kelab ni nanti. Credit untuk kokurikulum pun dapat, pass anatomi pun dapat," sambungnya.
"Khairul, okey?" Tergamam Khairul dibuatnya apabila Naz tiba-tiba bertanya. Dia terus sahaja mengangguk. Sememangnya dia perasan yang pensyarah lelaki muda di depannya itu asyik memerhatikan dirinya.
Tok. Tok.
"Masuk'" laung Naz, memberi kebenaran supaya pintu biliknya dibuka oleh orang yang mengetuk dari luar.
Sebaik daun pintu dibuka, terpancul Johan di muka pintu. Afiq yang pertama kali melihat Johan jadi ternganga.
"Jo, kamu rupanya. Masuklah. Kebetulab saya pun tengah ada mentor-mentee meeting ni. Dua- dua ni junior kamu, first year," terang Naz.
Johan menghulur salam kepada Khairul dan Afiq. Entah kenapa Afiq jadi malu-malu untuk bersalaman dengan Johan. Namun salaman Johan tetap juga disambut mesra.
"Sorry Sir. Saya ingat Sir tengah free. Tapi saya ada hal sikit nak discuss tentang kelab baru kita tu," Johan menerangkan tujuan kedatangannya.
"Tak apa, kami pun dah nak habis ni. Yang kamu ni beria sangat dengan sweater tu kenapa. Tanggalkan dulu, gantungkan di kayu penyangkut tu".
Johan tersengih. Dia akur dengan kata-kata pensyarahnya. Lalu dia menanggalkan sweater yang disarungkannya, menyerlahkan tubuhnya yang hanya bersinglet. Sebagai seorang yang gemar bersukan dan menghabiskan masa di gim, tubuh Johan sememangnya kekar. Biseps di lengannya terbentuk cantik. Naz ternampak Afiq yang mencuri pandangan pada otot di tubuh Johan. Jelas sekali Afiq menikmati pandangan matanya saat itu.
"Afiq. Khairul. Selain belajar di kelab tu nanti. Kamu berdua boleh minta tolong Johan ajarkan juga. Dia ni pakar bab anatomi ni," kata-kata Naz mengejutkan Afiq. Khairul hanya mengangguk.
"Afiq, nanti kamu bagi nombor telefon pada Johan. Senang kalau dia nak contact nanti," sambung Naz lagi. Afiq kelihatan teruja, dia terus mengangguk sambip tersenyum. Johan ikut sama tersengih.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, Khairup dengan Afiq boleh balik dulu. Jangan lupa, once enrollment to this club is opened, kamu berdua kena isi borang dan join," pesan Naz kepada dua pelajar junior itu.
"Baik Sir. Sir, boleh nanti saya nak jumpa Sir lagi?" Tanya Khairul sebelum beredar.
Naz senyum. "Of course. Anything just text me, okay?". Khairul membalas senyum dan mengangguk
YOU ARE READING
Kelab Lelaki Budiman - Semester 1
RomanceKisah Nazri atau lebih mesra disapa Naz, seorang pensyarah muda di sebuah universiti swasta di tengah ibu kota yang berhasrat untuk mewujudkan Kelab Jejaka Budiman. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpulkan pelajar lelaki yang boleh dilatih untuk me...