Pada pagi itu, Fayona sedang bersiap didalam biliknya untuk pergi ke kerja semula. Katanya dah sembuh, jadi bolehlah dia pergi ke kerja kembali, lagi pula dia rindu untuk tengok staf - stafnnya disitu, mesti semuanya sedang sibuk.
"Morning y'all! Eh mana Nadia dengan Aryan? Bukan diaorang ke selalu mangkit awal? Ni tak ada pula" kata Fayona sambil melihat sekeliling itu yang hanya ada sosok Ratna sahaja yang sedang bermain telefon bimbitnya diatas sofa dengan perkaian baju kerjanya yang bewarna maroon.
"Eh kau lupa ke? Diaorangkan tengah jalankan misi diaorang, katanya Boss Freya suruh, engkau tak terlibat sebab semalam diaorang dah ajak, cumanya kau yang taknak" Kata Ratna kemudian menjeling matanya kepada Fayona. Amboi kemain dia ni eh!
"Boss Freya? Ohhh minah tu! Eh bulan puasa pun main tembak - tembak ke? Astaghfirullahalazim! Tak baiklah!" Kata Fayona dan tiba - tiba... Plak! Satu tamparan terlepas dipipi Fayona. "Kau ni punnn! Mana ada lah! Diaorang cuma cari identity mangsa jelah! Ada pula diaorang nak bunuh - bunuh time puasa ni! Haish!" Kata Ratna kemudian dia bergegas berdiri dari sofa tersebut. "Dah aku nak pergi kerja dah, jangan lupa suruh Mak Timah siram pokok - pokok kat belakang rumah tu. Bye Assalammualaikum!"
"Yelah, bye Waalaikumussalam." Kata Fayona ringkas lalu dia pergi kebelakang rumah untuk memanggil Mak Timah. "Mak Timah oo Mak Timah!" Kata Fayona sambil mencari sosok Mak Timah itu.
"Ya Puan Fayona? Pasal pokok ya? Ah jangan risau la! Mak Timah jurus la nanti haha" Kata Mak Timah yang tiba - tiba muncul dibelakang Fayona. Terkejut mak ai!
"Opocot mak kau! Aish Mak Timah ni! Terkejut Fayona! Astaghfirullahalazim! Dah tahu ya? Bagusla. Okey lah babai Assalammualaikum!" Kata Fayona menyalam tangan dan mencium pipi Mak Timah sebelum beredar pergi keluar rumah itu. Mak Timah sudahpun dianggap mak kandung Fayona kerana dia terlalu baik sehingga Fayona tidak mampu berkata apa - apa.
Sesampainya Fayona ditempat kerjanya, ramai yang mengucap selamat datang kembali ke tempat kerjanya itu. Ada juga yang senyum ramah kepada dia.
Dia memasuki kepejabatnya itu dan kemudian dia menghidu pewangi bilik yang sangat disukai oleh Fayona. Dia teramatlah rindu dengan tempat kerjanya ini. Sejak dia berkahwin dengan Fayyadh, tak pernah - pernah dia menjejak kakinya ketempat sebegini.
Pada pukul 1:30 tengah hari, tiba masanya untuk Fayona dan rakan - rakannya untuk pergi berehat. Dia mengambil 'handbag' nya itu yang berada diatas meja kemudian dia mencapai telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon di screen telefonnya itu.
"Oi Nad, jadi kan harini lunch sekali?" Kata Fayona sambil telefonnya diletakkan ditelinga manakala kedua belah tangannya sedang menegemas fail - fail yang merantakan diatas mejanya itu.
"Gila kau. Harini puasa lah! Tapi... Aku nak jumpa dengan sorang laki ni... sambil - sambil boleh la perkenalkan dekat korang sekali." Kata Nadia dengan suara yang agak malu dan gembira.
"Hah? Laki? Sape pulak yang kau kenal ni? Bukan ke kau trauma dengan laki-" Kata Fayona terpotong apabila Nadia sempat bercakap.
"Diam. Jangan mention nama jantan tu lagi. Kau meet je dekat location yang aku bagi. Jangan lupa bagitau dekat Ratna dan Aryan. Bye Assalammualaikum." Lantas dia meletak telefon tersebut. Fayona yang garu kepalanya yang tidak gatal itu terus melihat kearah screen fonnya. Aik? Letak dah? Tanpa melengahkan masa dia terus keluar ke pejabatnya dan kemudian kawasan sekeliling agak sunyi kerana semua staff sudah pulang kerumah mungkin. Yalah, harini kan bulan puasa, jadi Fayona bagi kelonggaran untuk membenarkan mereka pulang awal terlebih dahulu kerana ada juga yang harus mengambil anak mereka pulang sekolah, jadi keadaan agak sunyi sedikit.