BAB 1 : Orientasi

28 4 0
                                    

Jam menunjukkan sudah pukul 5:10 pagi, alarm telefon Ally berdering dengan keras. Dalam masa beberapa minit selepas mendengar deringan alarm tersebut Ally terus bangun dari tidurnya. Dia memegang telefom bimbitnya dan melihat jam ditelefonnya, sudah pukul 5:14 pagi.

"huhh, awal lagi rupanya..." kata Ally

"nak tidur balik ke tak eh?" tanya Ally dalam hati dengan tenang, eh tiba-tiba ada bunyi ketukan pintu pula

"aishh, siapa pulak yang ketuk pintu bilik aku pagi-pagi buta nih!!" kata Ally dengan geram dalam hati, dia pun dengan mamainya lagi perlahan-lahan duduk dikatilnya. Tidak bergerak langsung untuk pergi membuka pintu biliknya itu

Sekali lagi dia mendengar bunyi ketukan pintu bilik dia diketuk, tiba-tiba ada orang membuka pintu bilik dia dari luar. Rupa-rupanya itu Abang Naufal yang ketuk...

"lah, kau rupanya yang ketuk. Aku ingatkan siapa tadi" kata Ally sambil menggosok matanya

"haah, aku ketuk pun sebab nak kejut kau. Eh tau-tau kau dah bangun sendiri" kata Abang Naufal sambil menyandar ke dinding bilik Ally

"kau buat apa kat situ? blah la" kata Ally

"aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri yang kau pergi ke bilik air dan mandi sekarang!" kata Abang Naufal dengan nada sedikit tegas

"hah? mandi pagi-pagi buta ni?!" kata Ally

"yela, nantikan kita kena pergi sekolah dengan awal" kata Abang Naufal

"lah, taktau pulak aku sesi pagi..." ngeluh Ally, malas betul la nak mandi pagi-pagi ni. Dah lah air sejuk!!!

"haah, kat sekolah aku form 1 dengan form 3 sesi pagi." kata Abang Naufal

"sekolah kau?" tanya Ally

"eh, sekolah kita" kata Abang Naufal sambil ketawa kecil

"dah-dah, pergi mandi" suruh Abang Naufal

"yela" setuju Ally

dia pun pergi mengambil tuala mandinya dan ke bilik air.

Selepas mandi, dia pun segera mengenakan baju kurung putih bersihnya berserta kain sekolah yang berwarna biru muda. Dia juga mengenakan tudung dua lapis selepas mengenakan pakaiannya tadi.

Dia pun kemas buku mengikut jadual kelas yang telah diberikan oleh guru kelas dia, Cikgu Yunus yang mengajar subjek sains dikelasnya nanti.

Lalu pintu biliknya dibuka oleh Abang Naufal. Abang Naufal mengenakan baju uniform sekolah yang berlengan panjang berwarna kuning muda berserta blazer yang berwarna hitam, dia juga memakai seluar sekolah yang berwarna hitam. Pakaian yang Abang Naufal kenakan adalah pakaian pengawas sekolah.

"Dah ready?" tanya Abang Naufal

"ready apa" tanya Ally

"ready nak breakfast then pergi sekolah la" kata Abang Naufal

"ouh, ready!!!" kata Ally dengan semangat, dia tak sabar betul nak tengok sekolah baru dia nanti!

Selepas bersarapan dirumah, Encik Hamid yang merupakan ayah kepada Abang Naufal dan Ally pun menghantar mereka berdua ke Sekolah Menengah Sungai Mekong pada pukul 6:30 pagi.

Apabila tibanya mereka berdua disekolah, mata Ally berpinar-pinar melihat bangunan-bangunan sekolah yang besar dan bertingkat-tingkat itu.

"woahh" kata Ally dengan kagum

"heh, ni la sekolah kita" kata Abang Naufal

"besar jugak eh..." kata Ally

"haah, setiap blok ni ada 4 tingkat. Dan kesemua blok yang ada kat sekolah ni ada 5 je" kata Abang Naufal

"ouh..." jawab Ally dengan ringkas

"hm, awal lagi kita ni... peehimpunan bermula pukul 7:20 pagi. Sekarang baru pukul 6:34 pagi, Kita nak buat apa ni Ally?" tanya Abang Naufal

"hmm, jom lepak nak" kata Ally

"boleh, ikut aku" kata Abang Naufal

Dia menarik tangan Ally lagi sehingga mereka pergi ke kantin sekolah, mereka duduk disitu bersebelahan.

- timeskip pada pukul 7:10 pagi -

"eh, dah pukul 7:10 pagi! jom pergi Dataran Alibaba sekarang!" kata Abang Naufal

"Dataran Alibaba? peliknya nama" kata Ally

"eh kau, ikut jelah aku!" kata Abang Naufal

Dia menarik tangan Ally ke Dataran Alibaba, semua murid telah berkumpul didataran dan ada juga diantara mereka yang baru sahaja tiba disekolah.

Apabila semua murid telah berkumpul dan semua pengawas juga telah berdiri di tempat masing-masing, cikgu pun memberikan taklimat dan beberapa ucapan terutamanya kepada murid-murid tingkatan satu.

Seperti peraturan-peraturan disekolah ini, program-program yang akan dianjurkan disekolah ini sempena kedatangan murid-murid tingkatan satu dan semua yang berkaitan tentang tingkatan satu untuk minggu ini

- timeskip selepas habis waktu perhimpunan -

Semua pengawas ditugaskan untuk membawa murid-murid kelas lain ke kelas mereka, satu kelas satu pengawas. Begitu juga dengan kelas 1 Mawar iaitu kelas Ally, dan pengawas yang ditugaskan untuk membawa mereka ke kelas mereka ialah Abang Senior Tingkatan 3 Mawar iaitu Putera Yusof Mikhail.

Beliau berdiri dihadapan murid-murid 1 Mawar yang masih duduk di dataran Alibaba

"Semua murid 1 Mawar, bangun sekarang" kata Abang Yusof

Semua murid 1 Mawar berdiri dengan segera sambil menggalaskan beg masing-masing

Tanpa melengahkan masa, Abang Yusof terus berjalan dan mereka mengikutinya dari belakang. Abang Yusof membawa mereka tepat dihadapan kelas mereka yang berada ditingkat 4 iaitu tingkat paling atas sekali.

Mereka memasuki kelas mereka dan segera mencari tempat duduk masing-masing, Abang Yusof juga memasuki kelas mereka dan berdiri dimeja guru sambil memerhatikan murid-murid 1 Mawar.

Apabila semua dah ada tempat duduk masing-masing, Abang Yusof pun berkata

"hm, jadi memandangkan ini first day korang kat sekolah ni... apakata kalau kita buat sesi perkenalan diri sambil menunggu guru kelas korang, Cikgu Yunus datang kesini?"

Semua menganguk tanda setuju

"baiklah semua, nama abang Putera Yusuf Mikhail bin Putera Yusri Ghazali. Abang daripada kelas 3 Mawar, selamat berkenalan semua." kata Abang Yusof sambil senyum

"okay, so siapa nak perkenalkan diri dahulu?" tanya Abang Yusof, mata dia memerhatikan seorang demi seorang murid kelas 1 Mawar, dan mata dia berpaling ke Ally. Dia pun berkata

"Saya nak awak perkenalkan diri awak kepada rakan-rakan awak yang lain, boleh?" katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya betul-betul ke muka Ally

Semua mata memandang Ally, menunggu Ally perkenalkan diri seperti apa yang disuruh oleh Abang Yusof

"h-hah? saya ke bang?" tanya Ally dengan ragu-ragu

"iya, awaklah" kata Abang Yusof

Ally dengan segan pun berdiri ditempat duduknya, dia tetap memberanikan diri untuk cuba memperkenalkan dirinya

"h-hai, nama saya Nur Natallya Fiona binti Abdul Hamid. Korang boleh panggil saya Ally je, selamat berkenalan semua." kata Ally dengan ragu-ragu. Dia pun duduk ditempat duduknya

"binti Abdul Hamid?" kata Abang Yusof dalam hati

"kawan aku pun berbinkan Abdul Hamid, ah! kebetulan je tu..." kata Abang Yusof lagi dalam hati

Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu diketuk oleh seseorang dihadapan kelas 1 Mawar, ternyata ia adalah guru kelas 1 Mawar, Cikgu Yunus.

- tbc -

𝐒𝐞𝐧𝐢𝐨𝐫𝐤𝐮, 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮? || 𝐨𝐠Where stories live. Discover now