BAB 2 : Sesi Perkenalan

13 4 0
                                    

"Assalammualaikum semua" kata Cikgu Yunus sambil berjalan masuk kedalam kelas 1 Mawar dan berdiri di sebelah Abang Yusof dimeja gurunya

"waalaikumusalam" jawab Abang Yusof

"eh? Abang Yusof je jawab salam saya? Saya bagi salam dekat orang ke dekat dinding ni?!" kata Cikgu Yunus

"waalaikumusalam" jawab murid kelas 1 Mawar

"ha, jawab pun..." kata Cikgu Yunus

"jadi korang dah buat sesi perkenalan belum?" tanya Cikgu Yunus

"baru sorang je yang buat, yang lain belum lagi" kata Abang Yusof

"siapa orangnya?" tanya Cikgu Yunus

Abang Yusof pun menuding jarinya ke Ally

"dia, nama dia Nur Natallya Fiona binti Abdul Hamid, betul?" kata Abang Yusof

Ally pun menganguk tanda betul

Sesi berkenalan pun dimulakan dikelas 1 Mawar, semua murid memperkenalkan diri masing-masing dihadapan rakan-rakannya yang lain.

"Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua, nama saya Puteri Yaya Mikaella binti Putera Yusri Ghazali. Boleh panggil saya Yaya, Mika atau Ella je!" kata Yaya yang menjadi seatmate Ally

"alright, so semua dah perkenalkan diri betul? kalau macam tu saya pergi dulu ya..." kata Abang Yusof

"baik, pergilah" kata Cikgu Yunus

Abang Yusof pun beredar dari kelas 1 Mawar

"baik semua, terima kasih kerana memberanikan diri untuk perkenalkan diri masing-masing. Sampaikan saya lupa pula nak perkenalkan diri saya sendiri hehe!" kata Cikgu Yunus

"Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, nama saya Putera Yunus Ghazali bin Putera Ahmad Sudin. Saya guru kelas awak untuk tahun ni dan saya mengajar subjek Sains." kata Cikgu Yunus

"ada apa-apa soalan tak nak tanya saya?" tanya Cikgu Yunus. Semua murid kelas 1 Mawar membisu, sepertinya tiada diantara mereka yang ingin menanyakan sebarang soalan

"hm, disebabkan kamu semua membisu je, saya akan terus buat pelantikan jawatan dalam kelas ni boleh?" kata Cikgu Yunus, Semua murid 1 Mawar menganguk tanda setuju

"baik, jadi jawatan dikelas ini hanya ada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari, Setiausaha, AJK Kebersihan dan juga AJK Keceriaan." kata Cikgu Yunus

"jadi ada sesiapa nak lantik diri atau melantik kawan-kawan sendiri? boleh angkat tangan ya." kata Cikgu Yunus lagi.

Yaya pun mengangkat tangannya

"Cikgu, Saya nak jadi penolong ketua kelas!" kata Yaya dengan kuat

"boleh, sila datang kedepan dan perkenalkan diri kamu ye" kata Cikgu Yunus

Yaya pun dekat berani pergi ke hadapan kelas dan berkata

"Assalammualaikum semua! nama saya Puteri Yaya Mikaella binti Putera Yusri Ghazali!" kata Yaya dengan confident.

"baik, saya dah tulis nama awak. Jadi semua, bermula hari ini Yaya akan menjadi Penolong Ketua Kelas 1 Mawar, jelas?" kata Cikgu Yunus

Semua murid menganguk tanda setuju

- timeskip selepas perlantikkan -

Loceng sekolah berbunyi menandakan sudah tibanya waktu rehat

"eh, sudah waktu rehat... Semua! beratur diluar kelas sekarang!" arah Cikgu Yunus

Semua Murid 1 Mawar pun bergegas beratur dengan tersusun, Cikgu Yunus pun membawa mereka ke kantin sekolah

Tibanya dikantin sekolah, kelihatan sudah ada ramai pelajar dari kelas lain yang turut berehat sekali disini

"inilah kantin sekolah kita" kata Cikgu Yunus

"apa-apa pun beli je makanan dan minuman disini, saya akan berada dikelas okay?" kata Cikgu Yunus lagi lalu beliau beredar dari situ

murid-murid pun menjelajahi kantin sekolah ini, ianya sangat besar dan mempunyai banyak pilihan makanan dan minuman untuk dibeli. Ally pun membeli Nasi Ayam dengan air mineral dan mencari tempat duduk, dia pun duduk disebelah Yaya

"haii" kata Ally

"awak Yaya kan? Penolong Ketua Kelas 1 Mawar?" tanya Ally

"ya, sayalah orangnya" kata Yaya

"nama awak Natallya kan?" tanya Yaya

"ya, tapi awak boleh panggil saya Ally je" kata Ally

"oh, selamat berkenalan!" kata Yaya

"juga" kata Ally dengan ringkas

Mereka berdua pun berborak sambil memakan makanan yang mereka beli, Yaya memakan mee goreng yang dibelinya dikantin tadi dan dia juga turut membeli jus anggur

"awak ada abang tak dekat sekolah ni?" tanya Yaya

"ada je" kata Ally

"siapa?" tanya Yaya

"nama abang saya Muhammad Naufal Faid, dia pengawas dekat sekolah ni" kata Ally

"ohh, abang saya pulak ketua pengawas tadi la! Putera Yusof Mikhail" kata Yaya

"wah, yeke?!" kata Ally dengan terkejut

"iyaa" kata Yaya

"abang awak kelas mana?" tanya Yaya

"3 Mawar" kata Ally

"eh abang kita pun samalah hehe" kata Yaya

Loceng berbunyi menandakan sudah tamatnya waktu rehat, semua murid segera kembali ke kelas masing-masing

Setibanya mereka berdua dikelas, murid-murid dikelas hanya bermain dan membuat kerja sendiri sahaja. Mereka pun apa lagi, berborak aje lah!

"awak, nak nombor" kata Yaya

"boleh" jawab Ally

Ally pun memberikan nombor telefonnya ke Yaya

- timeskip waktu balik -

Loceng sekolah berbunyi menandakan sudah tibanya waktu pulang sekolah

Encik Hamid pun mengambil Naufal dan Ally dari sekolah dan mereka bertiga dalam perjalanan untuk pulang kerumah

"macam mana sekolah hari ni?" tanya Encik Hamid

"oke je" jawab Ally

"ada kawan tak?" tanya Encik Hamid

"baru buat sorang" jawab Ally

"ouhh" jawab Encik Hamid

Setibanya mereka dirumah, Ally bergegas naik ke tingkat 2 dan masuk kebiliknya. Dia pun pergi mandi, selepas mandi dia mengenakan baju pajamas hello kitty berserta seluar hello kitty. Dia pun mengambil telefon bimbitnya dan mula menambah kontak nombor Yaya kedalam aplikasi whatsapp, mereka pun berbual secara dalam talian

Tiba tiba ada nombor yang tidak dikenali memesej Ally

"Assalammualaikum. Ni Ally adik Naufal kan?"

Ally pun menjawab

"Waalaikumusalam, ya saya. Siapa ni?" jawab Ally

"Nama saya Putera Yusof Mikhail dari kelas 3 Mawar, saya kawan abang awak dan saya juga abang kepada kawan awak, Yaya" kata Abang Yusof

"ouhh, mana abang dapat nombor saya ni?" tanya Ally

"dari Yaya" jawab Abang Yusof

"lah, minah tu pergi bagi nombor aku ni kt abang ni ke" tanya Ally dalam hati

"ouhh, ada apa ni bang?" tanya Ally

"takde apa-apa, saja nak save nombor" kata Abang Yusof

"ouh, okay" kata Ally

- tbc -

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐒𝐞𝐧𝐢𝐨𝐫𝐤𝐮, 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮? || 𝐨𝐠Where stories live. Discover now