Hai, new chapter is done! This chapter is a bit emotional for me 😓
Enjoy your reading!
[ Write: 110524 ]
[ Pub: 180524 ]
AKU meneruskan langkah untuk pusing satu sekolah setelah berjam-jam aku duduk di atas kerusi dan mengulang kaji tanpa rehat. Ini kalau aku teruskan belajar, mahunya pengsan juga nanti. Baik aku rehatkan minda kejap dengan menikmati keindahan alam yang ada di sekolah ini.Aku mengecilkan mata apabila terlihat ramai pelajar yang berkumpul di tepi pentas. Kebanyakan dari mereka merupakan pengawas sekolah. Beberapa saat kemudian, mereka semua mula berpusu-pusu ke arah dataran dan membuat tiga barisan depan, belakang, dan tepi. Langkahku terus terhenti dan mata meliarkan ke sekeliling mencari tempat untuk duduk.
Okey, jumpa!
Aku menapak mendekati bangku panjang yang tidak jauh dariku lalu mula melabuhkan punggung di situ. Bangku itu berhadapan dengan dataran. Rasa nak tengok apa pengawas-pengawas di situ buat. Aku mula menopang dagu menggunakan tangan belah kanan sambil melihat ke depan.
Mataku terus membulat apabila ternampak kelibat Mikael yang berlari anak mendekati barisan pengawas itu. Begnya sempat diletakkan di tepi pentas sebelum masuk ke dalam barisan. Dia hanya memakai t-shirt dan seluar trek beserta topi yang menutupi rambutnya. Penampilan Mikael saat ini nampak hensem sangat!
Telefon yang berada dalam poket seluar dikeluar lalu aplikasi Instagram aku buat. Bahagian mesej aku tekan lalu username Mikael yang memang awal-awal lagi aku telah pinkan dibuka. Kemudian jari lincah menaik di papan kekunci.
Aku angkat kepala dan mata tidak lepas memerhatikan Mikael yang sedang memandang telefonnya. Kemudian dia mula menaip lalu beberapa saat kemudian telefon ditutup dan disimpan ke dalam kocek seluar.
Ting! Ting!
Bunyi notifikasi dari aplikasi Instagram menjengah pendengaranku. Telefon dikeluarkan sekejap lalu aku membaca balasannya. Senyuman terus terukir di bibir.
a.mikael
Aaa aku dah lambat sebenarnya! Btw, aku ada join senamrobik khas untuk pengawas.
I saw you! Nanti aku pergi dekat kau. Babai.
Telefon dengan segera ditutup lalu disimpan kembali dalam kocek seluar. Takut cikgu tiba-tiba muncul dan merampas telefonku. Lagipun aku masih berada dalam kawasan sekolah. Jadi mana boleh aku bawa sepatutnya.
Aku mula fokus melihat pengawas-pengawas di situ berlatih senamrobik untuk hari sukan yang akan diadakan seminggu lagi. Mikael yang memilih kedudukan di tengah-tengah itu memudahkan aku untuk melihatnya. Sekejap sahaja aku dapat mengecam tubuh dan wajahnya.
YOU ARE READING
Until We Meet Again [C]
Teen Fiction• Third novel by: @imsyazz • 2nd Teen Fiction by: @imsyazz "I just can love you from afar." Ifti Liyana, seorang budak perempuan yang selalu berseorangan dan di fikirannya asyik fikir pasal belajar, belajar dan belajar. Tak rasa lengkap harinya kala...