Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading! 🤍
| 190324 |
TEGAK aku berdiri di dalam barisan rumah sukanku. Mata melilau melihat sekeliling. Masing-masing memakai baju rumah sukan berwarna biru. Tudung bawalku yang hampir sahaja terbang ditiup angin dibetulkan. Kuat pula angin petang-petang ini.Hari ini ada latihan untuk merentas desa. Merentas desa yang sebenarnya akan diadakan pada minggu depan. Cikgu pula galakkan untuk semua hadir. Dan disebabkan aku telah memegang jawatan yang agak tinggi, jadi kehadiranku memang wajib.
Disebabkan aku tiada kawan lain selain Alysa, jadi aku lebih selesa untuk buat hal sendiri. Aku pula bukan jenis pandai bergaul dengan orang lain. Biar orang yang tegur aku daripada aku tegur orang lain.
''Kak.''
Terangkat kedua belah bahu apabila seseorang menegurku dari arah belakang. Aku pusingkan badan 180 darjah menghadapnya. Wajah manisnya menyapa pandanganku.
''Abang tu panggil akak,'' ujar budak perempuan itu sambil menunjukkan ke arah Mikael. Aku terkebil-kebil memandang Mikael yang sedang bercakap dengan cikgu rumah sukanku. Boleh percaya ke budak ini?
Seperti tahu sahaja aku memerhatikannya, badannya dipusingkan menghadap ke arah aku. Isyarat mata diberikan. Menyuruh aku untuk datang ke arahnya. Teragak-agak tangan diangkat lalu jari telunjuk ditunjukkan ke arah diri sendiri.
Dia mengganguk.
Gulp!
Kenapa dia panggil pula ni?
Lantas aku mengatur langkah mendekatinya yang jauh kira-kira 5 meter dari kedudukan aku sekarang. Mata-mata yang memerhatikan gerakan aku diabaikan. Tak pelik kalau ada mata yang memandang.
Mikael Ayden, kan.
Sampai sahaja di depan, aku memilih untuk berdiri di sebelahnya. Lagipun, dia saje yang aku selesa dekat sini. Menyedari aku di sebelahnya, dia terus menghadiahkan senyuman di bibir.
Aku terkelu seketika sebelum membalas kembali senyumannya.
''Boleh tolong aku tak, Ifti?'' tanya Mikael.
''Apa dia?'' balasku sambil menjongket kening belah kanan.
''Kau nak teman tak aku jaga check point? Untuk hari ni je. Kalau roadrun yang sebenar, orang lain yang jaga. Ini sebab tak cukup orang.''
YOU ARE READING
Until We Meet Again [C]
Genç Kurgu• Third novel by: @imsyazz • 2nd Teen Fiction by: @imsyazz "I just can love you from afar." Ifti Liyana, seorang budak perempuan yang selalu berseorangan dan di fikirannya asyik fikir pasal belajar, belajar dan belajar. Tak rasa lengkap harinya kala...