Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading!
[ Write: 03-040724 ]
[ Pub: 050724 ]
RIUH satu kelas apabila rakan sekelasku yang juga merangkap sebagai ketua kelas, Khairul memberitahu bahawa tiada cikgu yang akan masuk bagi menggantikan Cikgu Gary yang mengajar subjek Bahasa Inggeris. Waktu subjek Bahasa Inggerislah selalunya cikgu-cikgu yang mengajar tidak akan masuk ke dalam kelas.Ke kelas aku ini ada beef dengan cikgu-cikgu subjek Bahasa Inggeris?
Aku menyandarkan badan di kerusi sambil mata diliarkan ke sekeliling, melihat setiap tingkah laku rakan sekelasku. Ada yang dah mula lena di atas meja, yang rajin terlebih akan menggunakan masa seperti ini untuk menggulang kaji pelajaran. Tidak terkecuali kumpulan-kumpulan 'mak cik bawang' yang sibuk mencanang tentang gosip-gosip di sekolah.
Termasuklah kawan baikku sendiri, Alysa.
Dialah paling laju bergerak ke belakang untuk sertai kumpulan budak perempuan yang sedang bergosip.
Kepalaku pantas digelengkan.
Malas nak membuang masa, aku pantas mengeluarkan buku latihan subjek Matematik Tambahan lalu diletakkan di atas meja. Dah tak boleh main-main macam lower form. Payah nak cover kembali semua bab yang tertinggal.
"Ifti!"
Terhinjut kedua belah bahu apabila suara nyaring Alysa menyapa di telingaku. Pantas aku menoleh ke arahnya dan satu jelingan dihadiahkan. Minah ini memang tak ada kerja ke apa?
"Jom, pusing-pusing!" ajak Alysa setelah melabuhkan punggung di sebelahku. Kedua belah matanya terkelip-kelip memandangku. Taktik untuk pujuk.
"Malas aku. Kau tak nampak ni buku-buku aku ada atas meja? PPT nak dekat okay. Sedar sikit." Tak pasal-pasal aku mulakan mukadimah dengan bebelan. Alysa terus menayangkan wajah cemberut tanda tidak puas hati.
Padan muka!
"Alah, kejap je!"
"Malas!"
''Sampai hati kau, Ifti. Kau sanggup biarkan kawan kau sorang-sorang jalan dekat sekolah. Kau tak takut ke kalau aku kena culik ke, kena bunuh ke? Macam ni kau cakap bestie? Sampai hati...''
Dah mula dah drama Alysa ini. Aku hanya pekakkan telinga dan menyambung kembali mengira. Jari laju menekan kalkulator dan sambil-sambil itu aku mengerling Alysa di sebelah. Mulutnya masih lagi menuturkan kata-kata untuk memujuk aku untuk menemaninya.
''Kau bayangkan, Ifti. Tengah kau pusing-pusing sekolah, suddenly kau terserempak dengan Mikael. Tak ke jodoh tu!'' Kali ini Alysa menggunakan nama Mikael pula. Aku pantas menghela nafas berat lalu pen diletakkan di atas meja. Badan dihalakan menghadap Alysa.
YOU ARE READING
Until We Meet Again [C]
Fiksi Remaja• Third novel by: @imsyazz • 2nd Teen Fiction by: @imsyazz "I just can love you from afar." Ifti Liyana, seorang budak perempuan yang selalu berseorangan dan di fikirannya asyik fikir pasal belajar, belajar dan belajar. Tak rasa lengkap harinya kala...