Crush #2

0 0 0
                                        

Nayli masih lagi tergamam. Rasa seperti bermimpi. Entah betul atau tidak apa yang matanya lihat sekarang. Mulut rasa berat, nyawa rasa tersekat.

"Cik, awak okey tak ni ?" Soal lelaki tersebut pada Nayli.

Nayli cepat-cepat mengambil barangnya dari lelaki tersebut. Entah apa yang dia fikirkan sampai benda penting macam tu pun boleh terlupa.

"Saya okey. Saya okey" ulang Nayli sambil tersenyum segan.

"Kalau okey tak apalah. Saya pergi dulu. Jaga elok-elok barang cik tu. Mahal tu laptop tu." Pesan lelaki tersebut. Nayli tersenyum dan mengangguk tanda faham.

Dalam hati Nayli berkira-kira mahu tanya atau tidak nama sebenar lelaki tersebut. Risau dia salah orang nanti malu pulak kan.

Ah tanya je lah !

"Awak ni Hilmi Hijazi kan ?" Nayli beranikan diri bertanya.

Lelaki tersebut tertawa kecil dan mengangguk.

"Iya, saya Hilmi Hijazi wahai Cik Ava Nayli," balas Hilmi dibalas dengan nafas lega Nayli.

Mereka berdua tertawa kecil. Nayli pula lega dia tidak salah orang. Kalau dia salah tadi rasanya dia nak berjalan sambil tutup muka dengan beg laptop kot. Bukan apa kadang-kadang tahap confident dia tu ke langit ketujuh sangat.

Hilmi Hijazi merupakan kenalan Nayli semasa di bangku sekolah menengah. Mereka bukan satu sekolah tetapi berjumpa semasa ada pertandingan perbahasan di sekolah Nayli. Hilmi Hijazi dan tiga lagi kawan sekolahnya memenangi tempat kedua manakala Nayli dan kawan-kawannya mendapat tempat pertama. Hendak dijadikan cerita kedua-dua pasukan ini dihantar mewakili daerah sebagai satu pasukan untuk ke peringkat negeri.

Dari situlah Nayli dan Hilmi Hijazi berkenalan lebih rapat. Ketika itu ramailah gadis-gadis cemburu dengan Nayli yang rapat dengan Hilmi. Maklumlah, Hilmi Hijazi ini boleh dikatakan segak orangnya. Kemas dan bijak pula tu. Sekali pandang seperti Farid Kamil sewaktu muda pula. Cumanya wajah Hilmi Hijazi lebih garang. Kalau sesiapa tidak mengenali Hilmi Hijazi pasti ingat dia sombong. Rupa-rupanya kalau dia senyum, burung tengah terbang pon boleh jatuh. Punyalah manis !

"Awak ingat nama saya lagi ya? Dah lama kita tak jumpa. Buat apa kat sini Hilmi?" Soal Nayli malu-malu. Dia sendiri tak faham kenapa dadanya berdebar sakan. Buang tebiat gamaknya.

Hilmi memberikan isyarat mengajak Nayli duduk dulu di meja makan berhampiran mereka. Nayli mengangguk setuju.

Mereka berdua bersama-sama menghampiri meja makan tersebut dan Hilmi memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan mereka.

Setelah selesai membuat pesanan, Hilmi memulakan perbicaraan mereka semula.

"Saya memang selalu lunch disini. Selalu jugak nampak awak kat sini sebenarnya. Cuma saya je tak berani nak tegur. Takut salah orang. Harini baru ada kesempatan nak tegur. Mujurlah tak salah orang," kata Hilmi sambil tersenyum.

Nayli meneguk airnya yang sudah sampai untuk basahkan tekak yang tak kering itu atau boleh kita katakan lagi untuk tenangkan jantung yang berdebar tadi.

'Relakslah Nayli. Dia crush kau waktu sekolah je kot. Takkan sekarang pon nak berdebar lagi?' Gumam Nayli dalam hati.

"Oh yeke! Tak perasan pulak awak kat sini. Awak buat apa je sekarang?" Soal Nayli.

"Saya lecturer dekat kolej dekat-dekat sini je. Awak ?" Balas Hilmi.

'Padanlah segak semacam je dia ni dengan kemejanya. Ada lah sikit gaya-gaya guru tu.' Puji Nayli dalam hati.

"I see. Awak mengajar kos apa tu ? Saya macam ni jelah sekarang, buka kedai tudung sendiri. Bisnes kecil-kecil je," Nayli menyambung sedut airnya.

"Kos mekanikal je. Sebelum ni saya engineer di Singapore 5 tahun. Balik sini sebab mama tak sihat. Jadi saya tukar bidang jadi lecturer aje lah.' Jawab Hilmi.

Mereka sambung berbual mengenai diri masing-masing sehingga tak sedar masa berlalu. Banyak topik nak kena kejar. Hampir 10 tahun mereka berdua tidak berhubung. Mesti macam-macam cerita menarik nak dikongsi.

.....................

Nayli rebahkan badannya ke katil. Dia merenung kipas yang ligat berpusing. Sesekali wajah Hilmi muncul di depannya. Dia menggeleng lalu mengalihkan badan ke kanan dan sambung termenung.

Muncul lagi wajah garang-garang manis Hilmi Hijazi depannya. Dia alihkan badan ke kiri pula. Dengan harapan hilanglah bayangan wajah Hilmi Hijazi itu. Eh, dia boleh muncul lagi !

Nayli terbaring semula sambil mengibas-ngibas bayangan wajah Hilmi tadi.

"Aku ni angau sangat ke ? Mana boleh macam ni Nayli. Dia bagitahu dia dah berpunya kot tadi. Jangan nak berharaplah! Dia segak macam tu mana nak pandang aku lagi dah. Dulu masa sekolah iya lah kita ni sepadan," ujar Nayli kepada dirinya sendiri.

Perasaan berbunga-bunga semasa pertama kali bertentang mata dengan Hilmi Hijazi iaitu crush zaman sekolahnya itu telah berubah mendung apabila Hilmi memaklumkan bahawa hatinya sudah dimiliki seseorang. Terpaksalah Nayli buang kembali perasaan berkobarnya itu.

Tak apalah Nayli. Kumbang bukan seekor !

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 27, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Bersama Tak SelamanyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang