2-💰

6.2K 96 29
                                        

Author pov

"Papa! It's not fair" Radhif buat video call dengan ayahnya yang sedang duduk di meja kerja.

"Hm" ayahnya leka menulis sesuatu di ipad.

"Pa kenapa papa suruh orang-orang papa untuk lepaskan dia, kepala Adif bocor tahu tak" kata Radhif tak puas hati.

Papanya berhenti sejenak lalu lihat keadaan anaknya "stop whinning you already 23 years old now" suara papanya yang tegas mengerunkan Radhif.

"B-but.."

"Drop the case or papa tambah sakit kamu tu"

Tut

Tut

Radhif pandang skrin dia yang dah gelap bila papanya putuskan sambungan talian "arggh fuck off"

Sementara itu

Gatwick Airports

Zaem dah siap beli tiket penerbangan untuk kembali ke Malaysia dia takut Radhif ubah fikiran dan tangkap dia semula.

Sudah 3 tahun dia duduk dekat negara asing sendirian itupun setelah dihalau oleh bapa kandungnya.

Yelah siapa je tak terkejut anak jantan dia yang bongsu dan masih bersekolah bukan bawa awek tapi mengaku diri sendiri gay memang minta kena ganyang.

Flashback

"Ayoh.." Zaem yang baru tingkatan 2 merenung ayahnya di meja makan.

"Kenapa?" pelik Ziyad.

"Kalau Zaem cakap ni ayoh jangan marah ya" Zaem kuis kuis nasi dekat pinggan.

"Cakaplah"

"Ayoh....Zaem"

"...."

"Zaem..." susah betul dia nak luah.

"Zaem apa?.."

"Zaem kan ayoh...." Zaem cemas.

Brak

Ayahnya yang tak sabar pergi hentak meja dan buatkan Zaem melatah "Zaem apa?" marah Ziyad.

"Oh mak kau aku gay" lantang Zaem tanpa sempat tutup mulut habis terkedu mereka berdua.

"Budak tak guna!!!" begitulah kejadian yang buat badan Zaem berbirat-birat akibat dirotan ayah sendiri lalu dirinya diikat dekat pokok mangga semalaman.

Nekpah yang sapu ubat padanya lalu Zaem tinggal bersama Nekpah sampai dia habis belajar dan lanjutkan pelajaran di negara itu.

Nekpah ada pujuk Zaem supaya balik tapi Zaem takut ayahnya mengamuk lagi.

End of flashback

"Kalau ayoh tahu aku masuk penjara sebab bekas teman lelaki aku confrim aku lepak underground join umi minum kopi" Zaem geleng kepala dengan fikiran konyol dia.

"Haaa balik sana kena cari kerja lagi takkan nak duduk kampung pula tak sanggup aku" Zaem buat muka tak rela dia sedar dia anak kampung tapi dia geli dengan lumpur dan sebagainya.

Senang cerita dia adalah kaum duduk rumah lipat baju!

Perjalanan balik dari London ke Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 13 jam dan akhirnya Zaem sampai di tanah air tercinta.

"Haaa memang panas ni yang aku paling tak tahan sekali" belum apa-apa dia dah buka hoodie dan hanya pakai t-shirt lengan pendek.

Zaem ambil grab menuju ke rumah sepupunya Jasmine Farhana.

"Hey sir my name is Karim Abdullah you can call me Karim and welcome to Malaysia" sambut pemandu grab dengan senyuman.

Zaem ketawa kekok "pokcik saya orang melayu" tegur dia.

"Owalah melayu awat yang rambut warna biru  pakcik ingat artis kpop mana tadi" kata pakcik Karim itu.

Zaem mampu sengih macam kerang busuk je menyesal dia kata dia orang sini dah kena tadah telinga sepanjang perjalanan kalau dia diam je tadi rasanya pakcik Karim pun tak ada tanya dia bukan-bukan.

Setelah sampai dia keluar dari kereta dan lihat apartment. yang bersih di hadapannya "hello Jas cepatlah ambil aku terbakar dah ni" rungut Zaem.

"Sabarlah" marah Jasmine.

Zaem dengar derapan langkah kaki yang tergesa-gesa keluar dari lif dia balikkan badan dan rentang tangan "Jas!!" jerit Zaem.

"Aghh botiku" Senyuman Zaem mati.

"Kurang ajar" Mereka berpelukan juga.

"Dah jom masuk" Jasmine bawa Zaem dalam rumahnya yang sederhana. Zaem tengok dekorasi memang cantik cuma minah ni pengotor sikit.

"Jas ni rumah ke kandang babi" perli Zaem.

"Ah shut up you" Jasmine pekakkan telinga, Zaem tak tahu nak duduk mana sebab dia tak nampak lantai.

"Okay hamba abdi sila masakan aku makanan tengahari sebab aku dah lama gila" Jasmine tarik Zaem ke dapur yang berdekatan ruang tamu.

Mata Zaem terbeliak "Jas sumpahlah..." mulut dia melopong, dekat singki penuh pinggang mangkuk dengan sisa makanan yang tak dibuang lagi.

Zaem tarik rambut Jasmine yang dicat warna merah "kau perempuan dekat luar bukan main lawa macam Amelia Henderson tapi dekat rumah macam tarzan" bebel Zaem.

"Alah babe tak sempat kemas lah" Jasmine buat muka sedih.

"Tak sempat kemas sebab apa? Cucuk langit kan" Zaem memerli. Tak pasal-pasal Jasmine kena tadah telinga dengan Zaem membebel.

Zaem buat spotcheck kemas satu rumah sepupunya sampai berkilat, lantai tu kalau tak hati-hati mau tergolek sebab licin sangat.

"Haaa" Zaem mengeluh ingatkan balik dapat lah dia rehat tapi memandangkan sepupunya dah bagi izin tinggal tanpa bayaran dia tak boleh merungut.

"Babe aku nak bersiap kau tolong angkat telefon kalau ada yang call" jerit Jasmine dari dalam bilik air.

"Ah!" sahut Zaem.

Zaem belek majalah sambil makan buah tiba-tiba ada panggilan masuk dari telefon bimbit Jasmine "Bos gila?" gumam Zaem.

"Jasmine didn't i tell you to cancel my meeting with Mr.Jushua tomorrow?" suara garau nan berat menerpa gegendang telinga Zaem.

"Ah maaf encik tapi Jasmine tengah ada urusan dia takde kat sini" balas Zaem walaupun dia tak kenal siapa itu dia rasa gerun seolah-olah dia yang buat salah.

"Oh..."

"Suruh dia call saya balik nanti"

"Baik encik-"

Tutt

Tutt

Panggilan dimatikan sepihak

Bersambung

Vote and comments

Happy reading🥰

Sugar DaddyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang