9-💰

1.3K 33 9
                                    

Author pov

"Aku hantar 20 orang tapi sorang pun tak selamat?" kata lelaki berambut blonde yang diwarnakan. Lelaki berumur 30 an itu sedang menghisap rokok di tangannya.

"Maaf Jai tapi tak ada yang balik" kata salah seorang kaki tangan dia. Jai adalah gangster yang berpengaruh di Malaysia banyak kali ditangkap tapi selalu terlepas.

"Korang memang sial lah" desis Jai perlahan. Dia nak bekerjasama dengan Val tapi lelaki bodoh itu jual mahal dan cakap depan mukanya yang dia taknak ada najis melekat dalam urus niaga dia.

Sebab itu Jai berdendam dengan Valerian. Disebabkan Valerian bukan orang tempatan Jai selalu ambil kesempatan untuk buatkan imej Valerian dicemari.

Dia hanya berjaya buat beberapa rakan kongsi Valerian berpaling tadah dan masuk dalam syarikat dia tapi itu tidak berpengaruh langsung pada Valerian.

"Aku cuma minta korang libatkan dia dalam kes dadah tapi KERJA SENANG MACAM TU PUN KAU TAK BOLEH BUAT ANJING" Jai lepaskan kemarahan dia dengan memukuli anak-anak buah dia sampai mereka babak belur.

Bugh

Bughhh

Dada dia berombak kencang Jai meludah di lantai "takpe kita tengok seberapa jauh dia boleh lawan hahaha orang tua tu memang dah sepatutnya aku hantar masuk dalam kubur"

"Anjing keparat" dia berdecih lalu pergi setelah buat ruangan miliknya hancur bagai dilanda badai. Jai masih ada beberapa cara kotor agar Valerian jatuh dibawah kaki dia.

. . .

"Bukan mayat pengawal dekat kelab je tapi gangster sekali dengan dua orang asing yang sampai sekarang tiada identiti" kata Ismat.

"Kalau sampai orang luar buat kotor dekat negara kita tuan kita tak boleh biarkan mereka terlepas" Ismat pandang Raif yang sedang sibuk meneliti kesan luka di badan mayat-mayat tersebut.

"Tuan rasa minah yang kita cekup tu bersubahat dengan mana-mana pihak ke?" soal dia. Raif geleng kepala "budak perempuan tu cuma salah seorang pelanggan dan dia ada alibi yang cukup jadi kita tak boleh terus tahan dia" jawab Raif.

"Tuan!" panggil ahli forensik.

Raif menoleh "apa?"

"Kami jumpa dompet dan satu telefon bimbit pintar di ruangan rahsia yang ada dekat premis, kemungkinan besar itu ruang pemilik kelab tersebut" Forensik hulur beg plastik B.B pada Raif.

"Identiti pemilik barang ni?"

"Data masih dikumpulkan tapi dia bukan diantara mereka yang terkorban" Forensik itu kemudian pergi setelah menyerahkan barang bukti pada Raif.

"Kita kena cari dia" jelas Raif lalu Ismat angguk dan bergegas semula ke ibu pejabat. Sesampai saja mereka di sana mereka kembali ke bilik siasatan dan lihat Jasmine sudah bangun terpisat-pisat.

"Tuan?"

"Baiklah Cik Jasmine kamu dibebaskan tapi ingat kalau ada sebarang perkara yang mencurigakan sila hubungi kami" kata Ismat. Jasmine senyum lebar akhirnya dia boleh balik.

Ismat mengiringi Jasmine tapi ada anggota yang menahan dia "Tuan telefon bimbit itu kepunyaan Zaem Firdaus dari fail dia tak ada sebarang rekod jenayah lampau"

Mata Jasmine terbuntang Zaem! kenapa nama sepupu dia pula kena petik ni? Jasmine cuba buat muka biasa "saya balik dulu ya Tuan terima kasih" dia segera memesan grabcar menuju ke rumah.

Dia harap Zaem ada di rumah ketika dia sampai "Zaem apa kau buat" cemas Jasmine rasa menyesal tidur dekat jamban semalam sekarang satu benda pun dia tak tahu menahu.

Sugar DaddyWhere stories live. Discover now