Prolog-Skrip teater(POV Farisya)

32 7 3
                                    

Pada waktu petang di Bandar Tun Razak,hujan mula turun dengan lebatnya dan peredaran angin juga sangat kencang ketika itu.Aku yang kebetulan pula berada di hadapan tingkap,semestinya dapat merasakannya kerana tingkap tersebut terbuka.Macam biasa pada waktu itu Arisya sedang berada di dalam bilik berlatih tarian dengan lagu k-pop dari kumpulan seventeen,aku pula sedang menulis beberapa buah draf kepada novel aku dan Arisya tetapi aku masih buntu bagaimana untuk menulisnya.Manakan lah tidak buntu jikalau aku sendiri bukan penulis novel 'thriller' atau 'romantik' yang berpengalaman.Kertas yang aku gunakan untuk menulis draf juga sudah basah sekurang-kurangnya tidak basah kuyup, mungkinkah aku tidak perlu hiraukan sangat projek novel kami berdua rancangkan ini? Disebabkan kebuntuan idea untuk aku hadapi aku terus menutup tingkap yang terbuka sebentar tadi dan pergi ke arah sofa untuk baring buat seketika sambil membuka televisyen.
Krak..
Pintu bilik Arisya tiba-tiba terbuka dan dia terus keluar menuju ke arah aku.

"Farisya,minggu depan kan kita dah balik kampus.Teman saya pergi barang esok...boleh?"

"Ok..pukul berapa?"

"10:00.Dekat Watson's kat Bandar Sri Permaisuri."

"Ok,esok kita beli barang awak."

"Ok!!thank you cumi-cumi."

"Ehh?? tapi bukan ke esok kita dah kena balik kampus."

"Ye ke???"

"Ye,kan cuti kita ni sekejap je sebab kita dapat cuti sebab kampus kita banjir."

"Ohhh...shibal!!"

"Kenapa?"

"Saya tak kemas beg lagi beli barang pun belum.."

"Keje yang lect awak bagi dah siap?"

"Saya lupa nak siapkan skrip untuk kelas teater En Abral.Awak kena tolong saya.Saya dah lah mengantuk ni tidur lambat semalam sebab sibuk baca fan-fic bts,otak pun dah jadi blank."

"Ok tapi tentang apa?"

"Nah tengok lah sendiri."
Arisya menunjukkan aku salah satu contoh yang diberikan oleh pensyarah kelas teater iaitu En Abral yang kadangkala diberi panggilan 'Pok Ro'.

"Oligarki?"

"Ye awak kena tolong saya buat skrip lakonan berdasarkan bende alah Oligark apa tah ni?"

"Ok biar saya tengok dulu kejap lagi saya tolong awak,awak pergilah kemas beg dulu."

"Tak nak...malas."Arisya berkata dalam nada sindiran

Tidak mengapalah...aku rasa menarik juga skrip contoh yang diberikan pensyarah Arisya ini.Ia mendalam dan penggunaan bahasanya chef kiss walaupun ringkas.Sekali baca belum tentu ada individu yang boleh faham,aku juga mengambil masa untuk memahami apa yang cuba disampaikan menerusi skrip ini,kali ketiga aku membacanya barulah aku fahami apa yang cuba disampaikan menerusi skrip dengan tajuk yang mengingatkan aku dengan kelas sejarah tingkatan 1 berkaitan dengan empayar greek atau rom.

Selepas 20 minit kemudian.....

"Arisya..." aku memanggil kerana aku sudah bersedia untuk membantunya menyiapkan tugasan kelas teaternya itu.
Selepas kali ketiga aku memanggil secara berterusan,tiada apa-apa respon...adakah dia tidak mendengar suara aku?
Aku menuju ke bilik Arisya dan mengetuk pintu.Sunyi...bukankah dia suka mengemas barangnya dengan mendengar lagu k-pop dari telefonnya?

"Arisya??"

Masih tiada respon...aku cuba membuka pintu dengan tangan yang menggigil-gigil sebab rasa takut dan seram sejuk.Juga ditemani bunyi titisan hujan yang kelihatan seperti mahu reda.Ia menambahkan ketakutan dalam diri aku untuk membuka pintu bilik walaupun aku duduk dalam salah satu apartmen yang besar di pekan Bandar Tun Razak,keadaan di sini sentiasa lengang seperti tidak berpenghuni...
Krakkkk aku membuka pintu dan










Gakk!!!

















Tiba-tiba seekor burung gagak keluar dari biliknya lalu menuju ke arah tingkap yang terbuka di ruang tamu.
"Ahhh!!"aku terkejut lalu jatuh ke belakang...aku ambil beberapa minit untuk menenangkan diri dari perasaan terkejut yang aku lalui sebentar tadi.Aku cuba beristighfar supaya aku dapat berdiri semula dan menutup tingkap yang terbuka itu.Semasa aku terduduk aku terdengar akan bunyi angin yang bertiup kencang ditemani bunyi kilat yang berdentum.Akhirnya,aku berjaya berdiri lalu menutup kedua-dua tingkap tersebut iaitu tingkap ruang tamu dan bilik Arisya lalu aku tersedar yang aku telah menutup kedua-duanya sebelum ini,mungkin sebab peredaran angin yang kuat ia terbuka semula..ia bukan hal yang besar pun.Semasa mahu keluar dari bilik Arisya aku terlihat akan nota yang tertulis.

Saya keluar nak pergi barang dekat Watson's sorang-sorang sebab takut terlambat, saya nak awak tolong siapkan skrip untuk kelas teater tu boleh? Kalau tak boleh buatkan sikit-sikit pun tak pe lah.Thank you cumi-cumi...(Oscar Oasis)
Kim-Ari❤️

Nampaknya aku masih kena siapkan skrip itulah jawabnya... Tidak mengapalah sudah lama aku tidak menulis sesuatu yang berkaitan dengan sastera walaupun aku sangat meminatinya ia sering dibayangi oleh sifat ingat tahu aku dalam bidang sains sebab itu aku mengambil keputusan untuk mengambil bidang sains dan matematik sebagai titik permulaan aku sebagai warga pendidik.Baiklah,Encik Abral,encik hendak tengok skrip lakonan klasik...saya akan beri lebih dari skrip klasik.

~Penamat prolog:Skrip teater~

Nota penulis:Kepada orang yang cakap takkan dia tak perasan yang dia dah tutup tingkap tu sebelum ni...ye dia dah tutup tapi tingkap itu dijadikan untuk terbuka semula kerana angin dan tujuan plot.Terima kasih membaca karya saya yang tidak seberapa ini.💖Maaf sebab dah re upload cerita ini banyak kali...author ada masalah takut yang karya dia tidak cukup bagus untuk dipamerkan di khalayak ramai.
Yang benar,
Canned fish(🐟).

HELLHOUSE Where stories live. Discover now