Bab Bonus-Tujuh belas burung merpati di bawah cahaya purnama(POV Arisya)

8 3 0
                                    

Malam itu merupakan malam dimana bintang-bintang sejajar antara satu sama lain untuk membentuk buruj berbentuk hati.Pada malam itu juga bulan sejajar dengan garisan khatulistiwa.Air pasang besar mungkin melanda.

Dua orang anti romantik yang tidak pernah merasakan perasaan cinta bersua semula hanya untuk mereka jatuh cinta pandang pertama.(Sekali lagi?)

Ketika Arisya menghabiskan masanya di luar di pondok kecil di hadapan rumahnya,Dia dapat merasakan angin dingin dari lautan yang menyejukkan hatinya yang penuh amarah selepas bertengkar dengan keluarganya.Dia berjalan melintasi pantai pasir sambil ombak bergelora perlahan-lahan mendekati pantai menjadikan persekitaran kelihatan seperti fantasi.Dia berehat di bawah pokok kelapa kerana kakinya berasa agak sakit kerana berjalan melalui pantai 'asmara'seperti yang dipanggil oleh penduduk tempatan,Selepas beberapa minit kelopak matanya mula terasa sayu menandakan dia berasa mengantuk selepas bertengkar dengan keluarganya dan kemudian mendapati dirinya telah tertidur di bawah pokok kelapa di tengah-tengah pantai.

Apabila dia sedar, dia terkejut apabila melihat akan kehadiranntujuh belas burung merpati di hadapan matanya yang semuanya berwarna putih seperti salji dan kelihatan ringan seperti bulu pelepah.Janggal jika mahu diperkatakan mungkin kerana jarang sekali kelihatan burung lain di pantai ini kecuali burung camar.Selepas memerhati kumpulan burung merpati itu seekor demi seekor dia nampak seekor burung merpati dengan sesuatu yang diikat pada kakinya dengan riben merah.
Dia berjalan perlahan-lahan ke arah kumpulan burung merpati itu supaya dia tidak menakutkan mereka,Yang menghairankan ialah mereka langsung tidak terbang pergi namun mereka semakin mendekatinya seolah-olah mereka mengenali Arisya. Apabila dia sampai di hadapan burung merpati yang terdapat sesuatu yang diikat pada kakinya dia perlahan-lahan meleraikan ikatan riben tersebut dia mendapati bahawa benda yang terikat pada kaki burung merpati tersebut merupakan sehelai surat kecil yang ditulis dengan tulisan yang kemas.

'Adakah kita akan berjumpa sekali lagi?'
-A<3

Tiba-tiba kumpulan tujuh belas burung merpati itu terbang tinggi membawa surat itu jauh dari genggaman Arisya sambil dia memerhatikannya perlahan-lahan terbang dari pandangannya.

"Adakah kita akan bertemu sekali lagi? Macam pernah dengar." Kata Arisya dengan suara yang agak lembut dan terkejut.

'Saya tidak kenal siapa awak tapi saya rasa saya ingat siapa awak.'Arisya berkata dengan nada perlahan.


Sambil air mata bergenang di matanya dia cuba menahan perasaan sambil cuba melupakan masa lalu antara dia dan lelaki yang mungkin menjadi pengirim surat itu. Namun perasaan pilu di dalam hatinya ibarat sembilu apabila dia mengenang semula apa yang berlaku bertahun-tahun lalu antara dia dan lelaki yang matanya penuh dengan penipuan semata-mata...kata-katanya dusta.

"Maafkan saya." Ujarnya sambil air matanya jatuh ke pasir kerana tidak dapat mengawal dirinya untuk berhenti memikirkan lelaki itu sambil berlari dari pokok kelapa.


Ketika Ammar memerhati dari jauh, dia mengeluh melihat Arisya membaca surat itu dengan mata yang bergenang air mata menunjukkan bahawa dia belum bersedia untuk memaafkannya terhadap perbuatannya bertahun-tahun yang lalu. Walaupun Ammar terkenal dengan keperibadiannya yang tabah,Air mata jatuh dari matanya yang berbentuk badam sambil memegang seekor burung merpati putihnya yang bernama 'Ari' yang dinamakan sempena nama wanita yang pernah meminatinya...Kini wanita yang pernah memberikan ketenangan dan kegembiraan kepadanya tidak dapat memaafkannya kerana sikapnya.... Tindakan jahil dan nista.


"Ohh Ari apa yang mesti saya buat? Dia tidak akan melupakan atau memaafkan perkara yang berlaku antara kami." Katanya dengan suara yang kecewa apabila mengenangkan apa yang telah dia lakukan terhadap Arisya.

Kini hati Ammar duka sambil otaknya asyik memikirkan rancangan untuk memujuk Arisya agar memaafkan kata-kata dan perbuatan bodohnya itu.


Dari malam yang sempurna ia bertukar menjadi malam yang menyedihkan untuk dua kekasih kita...kini awan berarak perlahan menghalang cahaya bulan purnama yang indah.Memandangkan kedua-duanya mesti mencari jalan untuk mencapai ketenangan jiwa raga sekali lagi.



Pagi itu Arisya bangun di bawah sinaran matahari apabila matahari sudah bersinar. Bagaimana dia tahu? Sudah tentu melalui tingkap biliknya.Ketika matahari menyinari tirai tingkapnya walaupun ia membuatkan keadaan cahaya matahari agak malap ia sudah cukup untuk membuatkan mata hazel nya bersinar.
Dia berjalan menerusi seluruh pelusuk rumahnya hanya untuk mendapati dia seorang sahaja yang berada rumah....sekali lagi.


Begitu juga dengan Ammar, dia bangun awal kerana ingin membantu abangnya mengendalikan rumah api tetapi akhirnya dia ditinggalkan keseorangan di resort yang disewa keluarganya. Dia masuk semula ke dalam bilik tidurnya dan berbaring semula di atas katilnya kerana mengetahui bahawa Arisya masih tidak akan memaafkannya.
Petang itu...
Arisya pergi ke pondok kecil di mana dia selalu menghabiskan masanya pada waktu petang membaca. Sambil dia cuba mencapai buku lain yang diletakkan di atas meja, tangan seorang jejaka telah mengambil buku itu perlahan-lahan dari meja yang diperbuat daripada kayu mahogani itu.


"Saya masih ingat kali pertama awak berkongsi minat awak dengan saya." Ujar Ammar dengan senyuman lembut di wajahnya.

"Kenapa awak masih di sini?" Arisya berkata dengan nada dingin sambil menunduk.

"Saya nak bagi awak ni...Saya masih ingat masa kita pernah buat 'Potify playlist' kemudian kita bertukar-tukar lagu menggunakan 'playlist' tu." Ujar Ammar dengan nada mesre sambil cuba duduk di sebelah Arisya.

Dengan suara yang terkejut Arisya berkata "Awak...awak masih ingat?"

"Mestilah di sini dan sini." Ujar Ammar sambil menunjukkan kepalanya yang aku anggap mewakili ingatan dan hatinya mewakili cinta....cinta itu tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan aku dengannya.

Arisya menyilangkan lengannya dan berkata "Adakah awak fikir ia akan mengubah apa-apa yang jadi sebelum ini?"Dengan nada kesal.

"Saya tahu ia tidak akan mengubahnya...tapi sekurang-kurangnya saya harap awak akan setia menunggu saya."Ammar berjalan keluar dari pondok sambil memberi jawapan sambil dia melihat matahari pada waktu ia hampir terbenam.
Ketika mentari menyinar di waktu petang Arisya memandang ke arah lelaki yang pernah disayangi dahulu dengan nafas panjang memandangkan dia terlupa betapa menariknya lelaki itu.


"Setia menunggu?"Arisya berkata dengan nada terkejut yang perlahan.

"Ammar!!"Jerit seseorang dari jauh.

"Saya harap cinta kita masih dapat disemai di hati awak,Arisya Saffiya.Saya akan tunggu bila awak sudah bersedia.Terima kasih buat masa ini."Ujar Ammar sambil tersenyum lembut sebelum berlari ke arah lelaki yang memanggilnya sebentar tadi.

"Dia- dia masih cintakan saya? Selepas bertahun-tahun.."kata Arisya dengan suara yang riang tetapi tenang.

"Kau dah ada awek ke Ammar?Siapa dia tu?"

"Dia kata dia dari pulau."

"Ye ye je lah kau."

Pengakuan penulis:Kenapa saya tulis bab bonus ini 2 kali ini dalam bahasa Melayu kerana ia merupakan permintaan daripada ahli penerbitan/plot Mint_gyuu.Ini juga untuk memudahkan pembaca yang mungkin tidak biasa dengan bahasa Inggeris jadi minta maaf kerana menerbitkan bahagian ini dalam bahasa Inggeris pada awalnya dengan menggunakan perkataan kompleks macam tulis essay sekolah😭😭. Selepas saya upload bahagian ini saya akan upload bab bonus yang kedua(mungkin bukan hari ini).Inspirasi untuk cerita ini merupakan komik tempatan bertajuk 'Renda Cinta' karya Ben Wong(sebab komik ini memang best,ada vibe high school love+Malaysian problems/conflict). Terima kasih kepada yang sudi membaca walaupun ini hanya bahagian re-uploaded dan translated version untuk bab bonus ni,saya amat menghargai sokongan anda sebagai pembaca.💓♥️

Yang benar,
Risywrites(Canned fish 🐟).

HELLHOUSE Where stories live. Discover now