Bab 2-Ujian untuk pulang(POV Arisya)

28 7 18
                                    

Aku baru sahaja pulang dari Watson's untuk memberi barang, selalunya pada minggu-minggu terakhir cuti semester akan ada ramai orang yang sebaya dengan aku untuk membeli kelengkapan tetapi agak pelik tiada langsung orang yang sebaya dengan aku disana... Aku menuju masuk ke apartmen dan terus menuju ke bilik,aku terlihat akan skrip teater yang telah disiapkan dan dibelakangnya terselit sehelai kertas kecil berwarna merah jambu yang tertulis


Walaupun aku sudah tahu Farisya selalu pergi ke perpustakaan pada waktu begini,aku buat hal aku sendiri bukannya aku tidak suka akan perpustakaan tersebut.Cuma aku tidak pernah pergi ke sana...aku langsung tidak mengenali rakan-rakan Farisya yang berada di sana.

'Saya dh siapkan skrip teater, saya pergi keluar sekejap untuk pulangkan buku dekat library.Bye :)'

Aku berehat sebentar lalu aku terus membuka komputer ribaku dan aku mula menaip skrip teater yang telah disediakan oleh Farisya.Aku cuma memandang skrip yang ditulis diatas itu dengan satu pandangan,aku tahu ia akan menjadi panjang tetapi apabila aku membacanya ia boleh tahan menarik aku suka macam dia masukkan elemen-elemen Korea dalam skrip ini.Tangan aku juga penat setelah berjaya menaip skrip teater tersebut ke komputer ribaku jadi sekarang aku boleh berehat sambil membaca fan-fiction di Wattpad.Semasa aku sedang khusyuk membaca fan-fiction mengenai kumpulan K-pop 'Seventeen' aku terdengar akan bunyi kunci dari luar.

'Itu mesti Farisya.'aku berfikir sendiri.
Aku terus keluar dari bilik.

"Baru nak balik?"

"Sorry lah tadi ada kejadian sikit dekat library."

"Kejadian apa?"

"Panjang kalau nak cerita."

"Ohh ok ...awak buat apa je kat sana?"

"Saya pulangkan buku, yang saya pinjam minggu lepas."

"Jom kemas barang."

"Ok,Jom."

Kami menghabiskan beberapa jam mengemas barang keperluan yang perlu kami bawa ke pulang ke kampus.Cuti semesta akhirnya berakhir,jadi ini merupakan hari kami di apartmen yang dikatakan menyeramkan oleh Farisya.Aku sendiri tidak faham apa masalahnya semua benda kalau boleh hendak dikatakan seram.

"Awak jangan lupa bawa teleskop awak tu tau."

"Mestilah saya bawa,kena marah nanti dengan Prof Salina kalau tak bawa teleskop pergi kelas astronomi dia."

"Prof Salina yang mana satu?"

"Yang...-"

"Takpe lah tak kenal."

Walaupun Farisya sering bercerita tentang pensyarah-pensyarah yang mengajar aku tidak pernah mengingati satu pun nama mereka kerana pada aku jika mereka tidak mengajar aku mungkin aku tidak perlu mengingati nama mereka bukannya mereka mengenali aku pun tetapi Farisya sahaja yang ingat nama-nama pensyarahku sedangkan aku jarang bercerita tentang mereka mungkin sebab dia merupakan salah seorang ahli pengendali data di perpustakaan kampus kami,dia boleh mengakses maklumat pensyarah dan siswa-siswi dikampus kmi sebab itulah dia beruntung... kalau dia ada 'crush' dia boleh ambil kesempatan untuk mengakses data dari pusat data perpustakaan... memang tidak adil tetapi setakat ini dia pernah menceritakan apa-apa tentang 'crush' sekiranya dia ada.... semestinya dia akan memberitahu aku...dia tidak beberapa pandai sangat menyorokkan sesuatu perkara,semua orang dikampus tahu tentangnya.
.........................................................

Kesunyian kini menyelubungi seluruh ruang dalam apartmen,jam dinding di dalam bilikku kini menunjukkan bahawa kini telah masuk pukul 12:30 malam yang bermakna kini telah masuk waktu-waktu tengah malam.Aku sepatutnya tidur tetapi aku tidak boleh aku rasa tidak mengantuk jadi aku mengambil telefon bimbit aku yang berada di atas meja aku yang berada disisi bilikku yang tidak jauh dari tingkap.Aku lalu membuka telefon bimbit dan membuka aplikasi 'Wattpad' untuk menyambung membaca 'fan-fiction' yang aku masih belum sempat menghabiskan kerana terlalu banyak bab dan ia berkaitan dengan Wonwoo dari kumpulan seventeen.Ia tidak beberapa lama kemudian,mata aku sudah mahu tertutup dan aku terlihat akan skrin telefon bimbitku yang menunjukkan kini sudah pukul 1:55 pagi.Tetapi sebelum aku meletakkan telefon terpapar mesej dari nombor yang tidak dikenali...

HELLHOUSE Where stories live. Discover now