Bab 7:Aura dan Perasaan(POV Arisya)

5 1 0
                                    

Aku bangun pada pagi itu dengan perasaan yang sungguh gembira mungkin kerana mimpi yang aku lalui semalam.Aku mengambil barang keperluan dan pergi untuk bersiap,Baru sahaja aku hendak membuka komputer ribaku untuk membuat beberapa perkara aku terdengar bunyi benda yang keras saling bersentuhan seakan-akan bunyi pedang?

Kerana risau aku turun dan aku juga mungkin berhadapan dengan Ammar sekali lagi.heheheh

'Apa yang aku mengarut ni aku tak suka dia setakat orang baru jumpa apalah sangat...Rupa dia handsome,soft-spoken and he was such a nice guy.Apa yang aku merepek lagi ni.'Aku bermonolog sendiri sebelum tiba di kawasan ruang makan.

Semasa aku berada di bawah aku dapat mengenal pasti mana bunyi itu datang ia datang dari halaman belakang rumah.Kedengaran juga ketawa Tuan Haziff yang psikotik itu yang disertai bunyi benda keras yang saling bersentuhan itu secara berterusan.Aku menuju ke sana menerusi pintu belakang yang tertutup rapat itu,Aku membukanya perlahan kerana ia agak berat untuk ditarik atau ditolak secara keseluruhan macam pintu yang lama tidak diletakkan minyak pelincir.Akhirnya aku berjaya tetapi aku terkejut apabila melihat kawannya aku yang seorang itu sibuk berlawan dengan pemilik rumah agam yang aku sendiri pasti akan niat sebenarnya, Kawanku yang kelihatan rebah itu terduduk di atas rumput sambil tercungap-cungap untuk meneruskan perlawanannya dengan Tuan Haziff.Aku memerhatikan keadaan sekeliling dengan pantas supaya aku dapat memikirkan cara untuk aku membantu kawanku itu, Tetapi apa yang aku jumpa hanyalah beberapa beg plastik yang berisi baja organik...

'Baja apa aku nak buat dengan ni?'Aku berkata dalam keadaan panik kerana risau aku tidak dapat menolong rakanku itu.

Dalam keadaan aku yang sedang ralit cuba mencari apa-apa sahaja objek yang aku boleh gunakan untuk mempertahankan diri aku tidak sedar bahawa aku sedang diperhatikan oleh Tuan Haziff yang baru sahaja sedar akan kehadiran aku apabila sedar bahawa aku sedang diperhatikan semasa berpaling ke atas selepas mencari apa-apa peralatan yang terdapat di atas tanah.Tuan Haziff memandang tepat ke arah wajah ku dengan perlahan dengan wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman yang sungguh sinis dan kemudian mula menjejakkan kakinya dengan perlahan yang menunjukkan bahawa dia mahu menuju ke arah aku.

Atas sebab yang aku tidak dapat jelaskan, Badan ku mula menggigil bukan kerana kesejukan tetapi perasaan takut,entah kenapa juga aku berpeluh-peluh dengan banyak semasa kejadian itu.Aku dapat merasakan aura yang gelap datang dari Tuan Haziff walaupun dia menunjukkan senyuman di wajahnya... Auranya yang sungguh gelap dipenuhi kesengsaraan dan..... Kesedihan.Kali terakhir aku merasai semua ini adalah semasa aku berada di tingkatan satu tidak mungkin ia tiba-tiba sahaja muncul semula ini bukan kebetulan...Aku pasti ada rahsia yang masih hendak disorokkan olehnya.

Pada peringkat ini,bunyi tapak kakinya semakin kedengaran dengan jelas... Farisya pun masih belum sedar dari keadaan yang merebahkannya sebentar tadi...

'Apa yang Tuan Haziff dah buat sampai Farisya jadi macam tu.'Aku berkata dalam hati sambil memerhatikan keadaan Farisya dan pada masa yang sama memerhatikan Tuan Haziff yang semakin dekat dengan ku.

Selepas memperoleh keberanian semula aku terus berjalan laju masuk semula ke dalam walaupun aku tahu yang kawanku masih berada di luar dalam keadaan sebegitu tetapi aku tahu aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana aku takut....Melihat keadaan kawanku yang kelihatan rebah itu.

Aku duduk di meja makan untuk memikirkan semula hal-hal yang telah berlaku semasa berada di halaman belakang rumah agam itu.Aura yang aku lihat itu bukan khayalan... Bagaimana aku tahu kerana ia sungguh nyata tetapi pada masa yang sama ia samar-samar.Semasa aura itu kelihatan kedengaran juga suara-suara halus yang tidak seragam dengan personaliti yang ditonjolkan oleh Tuan Haziff terhadap kami.

'Kesengsaraan yang abadi.'Itu sahaja suara-suara halus yang aku dapat dengarkan dengan jelas ia sungguh menakutkan untuk difikirkan semula... Entah-entah Tuan Haziff ini ada sa...

HELLHOUSE Where stories live. Discover now